Make your own free website on Tripod.com
klik Untuk Ke Menu Utama Dewan Pemuda
Memampar berita atau isu semasa terkini.
Kemaskini setiap hari untuk Berita Terkini dan hari Ahad untuk Berita Mingguan.
Kemaskini Terkini : 12.00 tengahari, Jumaat 10 Disember 1999

  BERITA DPPKD MINGGU KE - 34 5 - 11 DISEMBER 1999  

Berita Terkini                                                   Menu Utama
   BERITA HAIRAN menipu lagi ! 
   Laporan FEER - Malaysia jalin hubungan Israel 
   Ust Fadhil Ketua Pembangkang baru 
   MB Terengganu Tak akan tekan wartawan 
   Ramadhan : Kakitangan Kerajaan Trg balik awal 
   Saman Jomo - SPR Minta ketepi 20 Dis ini 
   Terengganu tukar 8 pegawai kanan 
   Kharaj - Terengganu akan bincang dengan Pusat 
   Ketua Keselamatan PAS Dun Sura ditetak
   Kerusi Balai Raya Duyong hilang !
   PAS akan berlaku adil
   MB : Janji tidak boleh ditunai jika tiada kerjasama
   Karpal letak jawatan Pengerusi DAP PP
   PAS akan menjelaskan kepada bukan Islam
   Pencapaian Undi Kroni PM
   Badan Bebas : Terdapat Pengundi Hantu
   Penipuan Dalam Pilihan Raya
   Penciptaan Al-Quran Braille Jawi Pertama di Dunia
   Siapa sebenarnya kena reject ?
   Siapa MB Kedah ?
   Surat Terbuka Bukan Islam kepada MB Terengganu
   Wan Mohtar Bertanggungjawab
   Sanusi Mengundur Diri dari MB

Jika anda tertinggal
maklumat sila lawat
Akid Berita di sebelah

Bermula dari tarikh kemenangan Islam di Negeri Terengganu, kami pihak Dewan Pemuda PAS Kawasan Dungun menyediakan Berita Semasa secara harian, ini bermakna Berita ini akan diupdate setiap hari, walaubagaimana pun ia tidak mengubah konsep asal bahagian ini iaitu BERITA MINGGUAN.

Pihak kami mengharapkan sumbangan maklumat dan berita daripada anda. Walaupun maklumat itu biasa bagi anda mungkin ia bermakna bagi semua. Oleh itu jangan lepaskan perluang dalam penyebaran maklumat terkini. Sumbangan atau maklumat hendaklah emailkan kepada kami melalui menu hantar maklumat atau email di bawah :-
dppkd@hotmail.com

Bicara Editor
PAS TAWAN TERENGGANU
Tanda Awal UMNO bukan lagi parti alternatif orang Melayu

Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang
Menteri Besar Terengganu Baru
Setelah meneliti senarai calon-calon BN/UMNO Terengganu yang diumumkan, saya telah merasakan bahawa kemenangan PAS dan agenda menawan Terengganu mula terpancar cerah pada pilihan raya ke-10 pada 29 November ini nanti.
Sebelum ini kita pun tahu, beberapa petunjuk jelas telah menunjukkan bahawa politik semasa memihak kepada PAS, seperti kehadiran beberapa tokoh ulama penting yang menyertai serta bergiat cergas dalam PAS.
Tambah pula kemasukan beramai-ramai tokoh-tokoh muda UMNO ke dalam PAS serta kegagalan banyak program UMNO dalam menanggani hati rakyat. UMNO Terengganu makin dibebani dengan krisis kepimpinan dimana tiada tokoh yang boleh menjadi simbol kekuatan mereka. Harapan kepada Datuk seri Wan Mokhtar sudah tidak boleh diambil kira lagi, walaupun kita tahu ada beberapa tokoh yang boleh ditojolkan tapi semua terlibat dalam krisis.
Senarai calon-calon yang diumumkan oleh Datuk Seri Wan Mokhtar adalah terdiri daripada golongan baru yang kurang dikenali dan tokoh lama yang tidak disukai oleh rakyat. Di antara calon baru yang tidak disangka dan tidak pupular ialah Ashaari Idris bagi Dun Langkap dan Zaaba Mohd Adid bagi DUN Sura. Penyokong Datuk Mamat Ghazalee diberitakan amat marah kerana beliau masih popular dan disegani oleh banyak pihak walaupun pernah menghadapi masalah kesihatan. Di samping itu, calon-calon lain yang tidak mendapat tempat dihati pengundi adalah Mohd. Jidin (Permaisuri) -kurang bergaul dengan masyarakat, Senator Hasan Ali(Tepuh) - tiada kelulusan dan kurang daya kepimpinan, Datuk Ibrahim Awang (Dungun) - sudah lapuk dan tidak progresif,
Begitu juga dengan Syed Omar dan Din Adam yang merasakan mereka tersisih sedangkan mereka bekerja kuat untuk parti.
Harus diingat budaya 'peteh-memeteh' yang sangat ketara dikalangan puak UMNO yang kecewa ini boleh menjadi faktor 'peluang'(SWOT) kepada PAS. Sedang semua orang tahu bahawa PAS sudah bersedia sekian lama di Terengganu dan pimpinannya telah belajar banyak daripada sikapnya yang agak tak berapa terbuka dalam pilihan raya terdahulu. Ahli-ahli PAS Terengganu mula mantang dalam menanggani isu-isu politik semasa.
Pekerja-pekerja PAS dalam menghadapi pilihan raya ini bekerja sunggup mantap, suatu pengalaman yang saya lalu sukar digambarkan......

...bersambung

# Tok Ayah

Perbincangan semasa
Tindakan ke atas guru Pinda soalan - Punca Najib Kalah Teruk !

Kementerian Pendidikan telah mengarahkan Ketua Pengarahnya mengambil tindakan tatatertib terhadap seorang guru di Kedah yang meminda soalan peperiksaan bermotif politik bagi membangkitkan kebencian murid terhadap kerajaan dan Menterinya, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata bahawa dengan terang dan jelas telah melanggar disiplin dan tatatertib perguruan.
Isu guru menyediakan soalan yang melibatkan nama-mana orang kenamaan politik ini sudah selesai tetapi sengaja diperbesarkan oleh Datuk Seri Najib atas usaha beliau untuk mencari publisiti hampir pilihan raya akhirnya hampir menjerat diri sendiri.
Mungkin Najib tidak sedar bahawa isu kecil (lokal) yang sepatutnya diselesaikan secara profesinal tetapi dijadikan isu nasional melibatkan marauh guru-guru seluruh Malaysia.
Sedar atau tidak sedar bilangan guru sudah cukup untuk membolehkan seseorang pemimpin itu tersungkur......
Kita tunggu dan lihat selepas ini, apabila senarai karbinet baru diumumkan.


Sedutan dan Contoh Soalan


Fokus Isu Mingguan
Isu Pilihan raya, Akuan Berkanun Dato' Murad tidak ditekankan - Kenapa ?

Akuan Berkanun Dato Abdul Murad Khalid tidak lebih dari sambungan drama untuk terus menyerang dan memfitnah Datuk Seri Anwar Ibrahim. DSAI digambarkan oleh Dato Seri Dr. Mahathir Mohammad, sekutunya dan media elektronik dan cetak yang dikuasai oleh regimnya sebagai individu paling jelek.
Merujuk kepada Akuan Berkanun tersebut, kita ulangi cabaran kepada Dato Seri Dr. Mahathir dan Kerajaan Barisan Nasional supaya segera menubuhkan Badan Siasatan Bebas menyiasat tuduhan tersebut. Siasatan tersebut seharusnya mencakup persoalan rasuah, penyalahgunaan kuasa yang mengaitkan semua pemimpin tanpa kecuali termasuk Dato Seri Dr. Mahathir Mohammad dan Tun Daim Zainuddin. Semua kekayaan terkumpul didalam dan luar negeri; semua kelulusan saham, kontrak, lesen, penswastaan kepada keluarga, sanak saudara dan kroni perlu disiasat teliti dan rapi. Pihak kita juga bukan sahaja mengalu-alukan siasatan tetapi Insya-Allah akan memberikan kerjasama sepenuhnya kepada Badan tersebut.
Rakyat berhak mengetahui keadaan sebenarnya. Mana-mana pemimpin yang berpura-pura menjadi jaguh tetapi memunggah khazanah negara untuk kepentingan peribadi, keluarga dan kroni akan diketahui juga akhirnya. Kita juga sedar "pengakuan" Dato Murad adalah dalam keadaan terpaksa, juga terdesak setelah menghadapi tuduhan rasuah yang berat sebagaimana cara "pengakuan" tersebut sudah lumrah seperti mereka-mereka yang terdahulu setelah mereka ini ditangkap dan didera oleh pihak Polis terutamanya Cawangan Khas.
Kita telah saksikan penjelasan dan pendedah Dr. Munawar Anees, Sukma Darmawan dan Mior Abdul Razak umpamanya yang membuat pengakuan palsu mengaibkan DSAI dan kemudiannya memberi penjelasan dan keterangan sebenar, menafikan dakwaan tersebut setelah mereka dibebas.
...apakah perancangan mereka, kita tunggu bagaimana kesudahanya ?



Berita Tempatan
UMNO Dungun tidak bermaruah ?

Penangkapan Pengedaran HARAKAH Palsu didalam van yang bertulis 'Badan Perhubungan UMNO Terengganu Bahagian Dungun' berserta dengan HARAKAH Palsu di Markah Besar UMNO oleh Unit Keselamatan dan UTK PAS Kawasan Dungun amat jelas menunjukkan UMNO bukannya parti yang bermaruah, kerana menggunakan tektik kotor untuk memenangi pilihan raya ke-10 ini.

Bilangan Harakah Palsu dan risalah propaganda yang dikatakan lebih kurang 400,000 naskah ini adalah sebahagian daripada agenda penipuan UMNO untuk memburujk-burukkan parti lawan. Sudahlah mereka ini menggunakan peralatan dan bangunan kerajaan untuk kempen parti mereka, mereka masih lagi tidak mempunyai keyakinan untuk menang..begitulah rendahnya moral dan semangat mereka. Akhirnya kita nampak sendiri apabila rakyat Dungun dan Terengganu seluruhnya menolak mereka.
Saya tak tahu apakah akan terjadi kepada pemimpin-pemimpin UMNO yang jiwa lemah ini apabila menjadi pembangkang nanti...?




BILANGAN PELAWAT

semenjak13 Mac 1999.

Penulis Tamu - Sila Klik Untuk Artikal

MAKLUMAT TERPILIH

HUJAH-HUJAH
MENJAWAB ISU BN

  1. Perbedaan UMNO-PAS 1
  2. Perbedaan UMNO-PAS 2
  3. Ujian Arsenik Tak Releven ?
  4. Kenyataan Hina Syariat
  5. Jawapan Isu Mencarut
  6. Benarkah Dia Homoseks ?

FAKTA PENTING


  1. Laporan Perubatan 4 Oktober 1999

RENCAH BERITA


  1. Soal jawab ekonomi semasa
  2. Sejarah Dr Mahathir
  3. Kelantan tiada baki hutang
  4. Hutan kita
  5. Karya Shanon Terkini - MahaMaha
  6. UMNO Guna Warga Tua
  7. Perlu sokong PAS?
  8. Mahathir Musuh Media
  9. Dedahkah Kewangan Dain
  10. Provokasi Polis
  11. Salahguna Pendaftaran
  12. Lembu dimport, babi ??
  13. Motif Pemberiaan Senjata
  14. Kenyataan Akhbar Pemuda PAS
  15. Tukang Karut Mahathir
  16. Mengapa OIC mmembisu ?
  17. Lima pemimpin Kosovo dibunuh
  18. Kenyataan Anwar terakhir
  19. Mahathir di Mekkah?
  20. Pemuda UMNO Saman Harakah

RENCANA PILIHAN


  1. Tektik Lalaikan Sikap Orang Melayu
  2. Mahathir Cari Kawasan Selamat ?
  3. Perlu ke PKN ?

SURAT PEMBACA

  1. Cakap Tak serupa bikin
  2. Surat Kepada DSWA
  3. Surat Terbuka MB Terengganu
  4. UMNO Menangis di Besut




lembik jugak buat Homepage ni
HARAP MAAF MASIH DALAM PEMBINAAN

TEGURAN DAN PANDANGAN ANDA
Assalamualaikum wm. wbt. Memandangkan Homepage ini baru dibina dengan pelbagai kelemahan
diharap anda boleh memberi sedikit teguran di bawah dalam BUKU PELAWAT....Insya-Allah 

BUKU PELAWAT
Memberi Komen atau teguran anda pada Buku Pelawat
Melihat komen atau teguran pengunjung pada Buku Pelawat

 

BILANGAN PELAWAT
Jumlah Pelawat yang Memasuki Halaman ini ialah


semenjak 13 Mac 1999 lalu.

HOMEPAGE DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN DUNGUN
ini dikendalikan oleh Lajnah Penerangan dan Dakwah.
Dewan Pemuda PAS Kawasan Dungun (DPPKD).
Tel/Faks : 09-8485001


PERHATIAN:
PANDANGAN DALAM HOMEPAGE INI TIDAK SEMESTINYA MENUNJUKKAN SIKAP DPPKD
Anda juga dialu-alukan untuk menghantar sebarang maklumat ke halaman ini
E-mel:dppkd@hotmail.com