EKSKLUSIF: 
BAGAIMANA MAHATHIR DI MEKKAH?

    Dato' Seri Dr.Mahathir Mohamed yang sekarang ini sedang berada di Tanah Suci Mekkah kerana menunaikan fardhu haji.

    Mengenai berita bahawa Dr. Mahathir telah dikunjungi oleh ramai orang disana. Banyak perkara boleh dipersoalkan. Mereka yang bertemu Mahathir tidak putus-putus bertanyakan hal ehwal Anwar Ibrahim sehingga memaksa Mahathir membuat satu sidang media.

    Tekanan yang dihadapi oleh Mahathir dalam menjawab soalan-soalan yang berkaitan dengan Anwar semasa di Tanah Suci, disamping  cuba memulihkan imejnya yang tercemar teruk di mata pemimpin-pemimpin negara Islam seluruh dunia.

    Walaupun berada di Tanah Suci dan sedang dalam ihram menunaikan ibadat haji, sikap suka berbohong terutamanya dalam hal-hal negara telah menjadi suatu amalan yang sudah sebati dengan darah dagingnya. Apakah orang yang macam ini boleh  mendapatkan haji Mabrur jika tabiat buruknya ini masih tidak mahu ditinggalkan? Hanya Allah jualah Yang Maha Mengetahui.

    Malah ramai juga di kalangan rakyat yang mungkin terfikir apakah sanggup Mahathir mengunjungi maqam Rasulullah s.a.w setelah baginda s.a.w  beliau hina dengan begitu hebat sekali - dihinanya  peribadi Nabi s.a.w seperti janggut, dihinanya  ajaran baginda s.a.w  seperti menutup aurat dan diperlekehkannya tuntutan syariat Islam yang lain termasuk melaksanakan hukum Islam dalam sesebuah negara.
.

Sumber Berita DM - Diedit oleh editor Tok Ayah