MAHATHIR NAK BERBAIK DENGAN YAHUDI

Malaysia Menjalin hubungan dengan Israel menurut laporan majalah FEER

INDONASIA - Laporan majalah Far Eastern Economic Review (FEER) yang memetik Presiden Indonesia, Abdurrahman Wahid, sebagai berkata bahawa Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad memintanya menjadi orang tengah bagi merapatkan hubungan negara ini dengan Israel.

Dr Mahathir dikatakan pernah meminta pemimpin Indonesia itu membantu mengeratkan hubungan Kuala Lumpur dengan negara Yahudi itu, termasuk dari segi komersil.

Pendirian Malaysia berhubung Israel sekarang ini nampaknya longgar, iaitu kita nampak ada usaha mewujudkan hubungan diplomatik termasuk secara tidak rasmi.

Ruangan 'Intelligence' edisi 9 Disember FEER memetik Abdurrahman sebagai berkata, Malaysia mahu Indonesia mewakilinya sebagai orang tengah (untuk merapatkan hubungan Kuala Lumpur-Tel Aviv).

Tetapi, Abdurrahman berhasrat untuk menggerakkan hubungan perdagangan dengan negara Yahudi itu, kata FEER.

Ia menyatakan bahawa pemimpin Indonesia itu juga berkata, Dr Mahathir mahu mengambil langkah yang sama. Abdurrahman dikatakan memberitahu demikian kepada pemberita yang mengikuti lawatannya ke Asia Barat.

"Mereka tahu kami adalah rakan Israel," lapor FEER yang memetik Abdurrahman sebagai berkata.

Diminta mengulas sikap Abdurrahman yang 'mudah memberi pandangan,' seperti kenyataannya bahawa seseorang itu hanya perlu ke padang golf jika mahu mencari menteri di Malaysia, Syed Hamid berkata:

"Abdurrahman berkata, kenyataannya itu adalah satu pujian kerana beliau sebenarnya berkata, bahawa menteri Malaysia masih membincangkan dasar negara meskipun di padang golf."