Ketua Keselamatan PAS DUN Sura ditetak

DUNGUN, Isnin - Petang semalam, Ketua Keselamatan PAS DUN Sura, Saudara Mokhtar telah ditetak dengan parang oleh seorang pemuda berusia lebih kurang 24 tahun. Pemuda tersebut bersama dengan dua orang rakannya telah menetak sdr. Mokhtar dengan parang ketika sdr. Mokhtar menaiki motosikal berhampiran rumahnya.

Saudara Mokhtar yang tercedera dibahagian kaki (berhampiran lutut) dikejarkan ke hospital Kuala Terengganu.

Pada pukul 12.00 malam semalam saudara Mokhtar masih lagi berada di Wad Kecemesan Hospital Besar Kuala Terengganu.

Maklumat lanjut akan diumum kemudiaan.