KENYATAAN ANWAR IBRAHIM DI MAHKAMAH

14April 1999
 

Terlebih dahulu saya ingin merakamkan terima kasih dan setinggi-tinggi
penghargaan kepada peguam-peguam yang telah membela saya dengan cara
yang cukup bertenaga. Mereka wajar dikagumi.
 

Saya dari awal tidak menaruh sebarang harapan yang saya akan dibicarakan
dengan adil. Saya mengatakan ini bukanlah didorong oleh rasa prasangka.
tetapi berdasarkan maklumat. Justeru kerana saya mengambil sikap reformis
semasa saya di dalam kerajaan ramai pegawai-pegawai tinggi kerajaan
rnengadu kepada saya ten tang pelbagal penyakit yang merebak dalam jentera
kerajaan. ini termasuklah dalam bidang kehakiman. Ada hakim yang amat
kanan yang secara peribadi dan suka rela memberikan laporan bertulis
terperinci tentang krisis dalam institusi kehakiman, tentang perilaku peribadi
dan penghakirnan kes-kes tertentu yang membuktikan betapa tenatnya krisis
dalam institusi tersebut.

Saya tidak menaruh harapan kerana tuduhan terhadap saya adalah satu
konspirasi politik untuk rnenjatuhkan saya dan mempastikan Datuk Seri Dr
Mahathir Mohamad terus memerintah dengan apa cara sekalipun. hatta
mengorbankan sisa-sisa yang tinggal dalam kewibawaan institusi kehakiman.
“You resign or I charge you " (“Kamu berhenti atau kamu akan didakwa")
Ltulah kata dua yang diberikan oleh Perdana Menteri kepada saya tengahari 2
September 1998. Apakah ini tidak rasuah? Perdana Menteri menggunakan
pendakwaan sebagai alat tekanan politik.

Semua jentera kerajaan, Jabatan Peguam Negara, Jabatani Polis bahkan
institusi kehakiman, telah berada di bawah telunjuk Perdana Menteri. Di
zaman absolute monarchy terdapat ungkapan “rex non potest peccare' raja
tidak akan melakukan kesalahan. Begitulali juga pemerintahan sekarang
dengan mempastikan kelompok pimpinan terlepas dari sebarang tindakan dan
kalangan yang mempertikai kepimpinan mereka diaib, dihina melalui tuduhan
rekaan.

Di awal perbicaraan, yang arif Hakim telah mempamerkan sedikit
keberanian dengan menegur beberapa pemimpin negara supaya jangan
mengulas kes saya. Nampaknva keberanian itu lenyap semasa perbicaraan
sedang berjalan bila Perdana Menteri terang-terang menghina mahkarnah
denganmengatakan andaikata say a didapati tidak bersalah akan berlaku huru
hara dalarn negara. Bukankab ini satu amaran kepada mahkamah? Peguam
Negara juga bisu seribu bahasa. Tetapi yang arif hakirn mempamerkan
kembali ‘keberanian” dan 'ketegasannya" kepada peguam-peguam saya
tatkala mereka mengemukakan permohonan rnelucutkan kelayakan Hakim
mendengar kes.

Sesungguhnya pembicaraan ini memberi kesan kepada rakyat. Bukan sahaja
kepada masyarakat tempatan tetapi juga kepada masyarakat dunia.
Pembicaraan ini telah membuka mata rakyat. Saya dengan segala kempen ke
segenap pelusuk negara belum tentu boleh meyakinkan rakyat jelata tentang
wujudnya konspirasi politik, tetapi mahkamah dengan memutuskan bahawa
konspirasi politik tidak relevan dan penonjolan saksi-saksi tidak relevan telah
membantu saya meyakinkan rakyat bahawa pendakwaan saya adalah satu helah dan
konspirasi politik.

Saya didakwa dengan tuduhan yang direka kerana saya berusaha untuk membanteras rasuah,
penyalahgunaan kuasa, kronisme, nepotisme dalam kerajaan dan hakim membuat kenyataan bahawa
'saya tidak peduli samada seluruh negara rasuah; ia tidak ada kaitan dengan kes ini."
Persoalan pokok adalah rasuah: kerana penentangan saya kepada rasuahlah saya disingkirkan dan kerana rasuahlah
kes ini tidak boleh dibicarakan dengan adil.

Saya dituduh rasuah. Tetapi Peguam Negara tidak berusaha untuk membawa sebarang bukti saya pernah
menggunakan kedudukan saya untuk memperkayakan diri saya dan keluarga saya. Sementara Perdana Menteri
mengarahkan Petronas menyelamatkan Konsortium Perkapalan milik anak beliau , Mirzan Mahathir. Apakah ini bukan rasuah? Masih ada dalam simpanan saya laporan siasatan rasuah ke atas seorang Menteri kabinet yang diserahkan kepada saya oleh
Peguam Negara. Laporan diakhiri dengan ayat berikut : " Badan Pencegah Rasuah dan Bahagian Pendakwaan, Jabatan Peguam Negara mengesyorkan B1 (iaitu menteri berkenaan) dituduh di Mahkamah". Laporan tersebut ditandatangani pada tarikh 14 March 1995 oleh seorang pegawai yang bernama Abdul Gani Patail. Masih ada dalam simpanan saya surat-surat beberapa orang tokoh korporat kepada Tun Daim Zainuddin tatkala beliau menjadi Menteri Kewangan yang diakhiri dengan ayat "  In the event of my death or permanent disablement, this letter shall serve as irrefutable proof of your claim against my estate". Jumlah yang disebutkan dalam surat-surat tersebut adalah ratusan juta ringgit.: Saya ulangi cabaran
saya kepada pimpinan Kerajaan untuk mendedahkan sepenuhnya kelulusan
lesen kontrak dan saham oleh saya dan Tun Daim selaku Menteri Kewangan
dan kelulusan penswastaan oleh Unit Perancangan Ekonorni.

Tuduhan rasuali terhadap saya bukan tuduhan yang mempunyai keuntungan
kewangan, tetapi penyalahgunaan kuasa. Tetapi proses pendakwaan saya
menampilkan insiden-insiden penyalahgunaan kuasa yang paling menjolok
mata dari Perdana Menteri sehingga susah mensifatkannya kecuali sebagai
satu konspirasi.

Tekanan, kata dua. bahkan penyiksaan dilakukan oleli pihak-pihak
bertanggungjawab untuk mencipta bukti bagi menghukum saya. Saya punva
bukti untuk konspirasi tersebtit: dad penglibatan Peguam Negara dalam
affidavit Polis yang rnenghina saya dad kes Dato; Nallakarupan dengan
kaitan salahlaku seks; pengkhianatan terhadap negara, membocor rahsia
kerajaan dan rasuah. kepada kes tekanan dan pemeriksaan terhadap Dr.
Munawar Anees. Sukma Darmawan. Mior Abdul Razak. dan keteran2an
Jamal Arnro. Kenvataan bersurnpah Manjeet Singh yang memperrikal peranan
pihak pendakwa. sehingga perternuan Polis dan Gani Patail di Bukit Aman
pada 20 September 1998. Tetapi hakirn tidak punya kesabaran untuk
mendengamya. Saya teringat kata-kata Sokrates tentang sifat hakim: -- hakim
perlu bersabar mendengar hujah kedua belah pihak... " Sebaliknya dalam
kes saya, seorang peguam saya Zainur Zakaria dihukum kerana menghina
mahkamah dan yang lain diberi amaran akan diambil tindakan yang sama.
Saya punya banyak bukti mengenai muslihat dan pakatan tetapi semuanya
diketepikan; lebih-lebih lagi bila nama Dr Mahathir dan Tun Daim disebut.
seolah-olah mahkamah mahu menyelamatkan mereka.

Semasa saya memegang jawatan dalam negara saya pernah menyebut
perlunya reformasi perundangan, perlunya kebebasan institusi kehakiman di
perkukuhkan. Ramai orang kaya dan berada yang mempunyai kedudukan
tidak rnenyukai kenyataan saya, sementara sebahagian rakyat membaca
kenyataan saya dengan perasaan sangsi. Sekarang mereka tidak sangsi lagi
dengan kenyataan saya. Saya tidak katakan semuanya, tetapi orang Melayu
berkata seekor kerbau membawa lumpur semuanya terpalit. Tindak tanduk
segelintir manusia telah merosakkan nama baik institusi kehakiman. Cuma
saya terlebih dahulu menjadi rnangsa untuk menyakinkan rakyat tentang apa
yang saya katakan. Sedikitpun tidak saya sesali. mungkin inilah sedikit
pengorbanan yang perlu saya lakukan untuk meyakinkan rakyat betapa
rnendesaknnya negara mernerlukan reformasi lebih-lebih lagi pasukan polis,
jabatan peguam dan institusi kehakiman.

Keadilan adalan roh sesuatu bangsa. Tragedi bangsa Malaysia adalah ada
orang yang sang gup menjual roh itu untuk keuntungan yang sedikit.

Sejak kecil saya diajarkan perbilangan: Harimau mati meninggalkan belang.
manusia mati rneninggalkan narna. Saya ingin rnenambah dengan pertanyaan.
Hakim mati meninggalkan apa? Sayakan katakan hakim mati meninggalkan
penghakiman. Kalau adil penghakimannya, akan harum zaman berzaman,
zalim keputusannya bau busuk akan terhidu hingga hari kiamat.

Saya dihukum dengan “with judgement that stinks to high heaven”. Alangkah
aibnya penghakiman ini. Tafsiran rasuah yang tak masuk akal. Meloyakan
bila memikirkan di Malaysia di mana pemimpin-pemimpin melesapkan
ratusan juta ringgit dan bilion ringgit wang kerajaan telah digunakan untuk
menyelamatkan sanak saudara dan kroni. Mereka telah menjadikan tamak
haloba dan kebejatan perilaku sebagai hak mereka, kebal dan sebarang
hukum.

Sava di hukum Tetapi rakyat tahu bahawa hukuman adalah meng ikut skrip
yang direka oleh para konspirator. Bukan mahkamah. tetapi para konspirator
yang me menjarakan saya. Tetapi ingatlah bahawa manusia terdiri dan jasad
dan ruh. Jasad saya boleh dipenjara, tetapi jiwa saya tetap merdeka. Tetapi
ada manusia yang badannya merdeka tetapi jiwanva terpenjara, dipenjara oleh
pangkat dan kedudukan. bahkan jiwa mereka boleh dijual beli.
 

Pernbicaraan ini adalah pernbicaraan politik yang berselindunu di sebalik
topeng undang-undang. Saya ingin menasihati para konspirator. Hentikan
sandiwara politik yang memualkan ini. Kepada rakyat Malaysia yang
berbilang kaum dan segenap lapisan umur saya berterima kasih atas sokongan
mereka. Yakinlah dengan perjuangan. Saymgilah Malaysia. Dan kalau kita
s ayangkan Malaysia perj uangan untuk menentang kezaliman, menegak
keadilan dan kebebasan perlu disemarakkan. Para konspirator yang rasuah
dan rendah akal budi kini bagai cacing kepanasan. Fajar baru sedang terbit di
Malaysia. Man kita pulihkan maruah bangsa dan negara dari najis dan
kekotoran yang ditinggalkan oleh para konspirator. Mari kita bina semula
Malaysia yang gemilang untuk anak-anak kita.