Komen Terbuka Terhadap MB Terengganu
Assalamualaikum dan selamat petang kepada semua pejuang keadilan....
Membaca tulisan Tan Sri Wan Mokhtar Ahmad (W Mokhtar), MB Terengganu yang bertajuk 'Pas Dan Dasar Kepuakan' di dalam Berita Harian, 6 Mei 1999, dirasakan seumpama menyaksikan beliau meludah ke langit, akhirnya kotoran dan najis yang diludah tadi bersepai di atas mukanya sendiri. Sebagai anak watan Terengganu yang menjadi saksi pemerintahannya di negeri ini semenjak puluhan tahun yang lalu, izinkan saya untuk membuat ulasan, agar pembaca faham duduk perkara sebenarnya dan WMokhtar sendiri kembali sedar, jangan menunding jari kepada orang lain, tapi lihat ke dalam diri sendiri, lebih-lebih lagi sebagai MB yang paling lama ( dan semakin berkarat ) di Malaysia.


Pengakhir kata, saya menyeru WMokhtar agar tidak menyibuk dengan negeri atau hal ehwal orang lain. Selama lebih 24 tahun beliau memerintah Terengganu, status ulamak dan lulusan Al-Azhar yang dimilikinya tidak banyak memberi kelebihan, terutama dari segi keugamaan, jika berbanding dengan negeri-negeri lain yang diperintah oleh orang yang kadang-kadang membaca Quranpun pelat. Maksiat makin berleluasa, kadar jenayah tidak pernah turun pada setiap tahun, kemiskinan masih menimbun walaupun negeri ini sarat dengan Emas Hitam dan terkenal dengan 'Kuwait Malaysia'. Premis-premis perjudian juga amat memualkan. Pelanggan Melayu jauh lebih ramai dari bukan Melayu. Tetapi tidak satupun nampak gaya macam jutawan hasil judi, makin sengkek adalah. Fenomena ini amat memalukan..berlaku hatta di bulan puasa. Malah setengah tempat, penjual tiket judi tersebut terdiri dari gadis-gadis Melayu..yang bertudungpun ada. Begitu juga dengan sektor korporat. Sudah menjadi rungutan lazim di kalangan ahli korporat tempatan atau luaran bahawa kerenah pegawai-pegawai yang bertanggungjawab cukup merimaskan. Kita tidak tahu berapa lama lagi yang boleh diberikan kepada WMokhtar dan UMNO untuk memerintah Terengganu. Rasa-rasanya kegelisahan dan kemuakan ini sudah sampai ke kemuncaknya. Ayuh...tukar kerajaan..Pangkah PAS..demi kesejahteraan umat. Al-Ihsan Terengganu