KENYATAAN BERSAMA OLEH PARTI-PARTI PEMBANGKANG
DEDAHKAN KEKAYAAN YANG DIMILIKI KRONI-KRONI
Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad mendakwa bahawa seorang kroni Datuk Seri
Anwar Ibrahim telah mengumpul sebanyak RM230 juta. Tetapi beliau enggan
menamakan kroni itu.
Tersangat keji dan pengecut sekali bagi Mahathir memfitnah Anwar selepas
menyumbatnya ke dalam penjara. Beliau bertindak tidak ubah seperti bekas KPNnya,
Tan Seri Rahim Noor yang menyerang Anwar secara kejam sewaktu tangannya bergari
dan matanya ditutup.
Cara Mahathir membunuh keperibadian Anwar dengan menggunakan TV serta media
cetak tanpa memberi peluang kepadanya untuk mempertahan diri bukan saja tidak
bertanggungjawab bahkan juga merupakan salah guna kuasa yang keterlaluan.
Cukup memalukan bahawa Mahathir, yang ingin menjadi negarawan dan suara
negara-negara Selatan, bertindak dengan cara begitu rendah untuk terus berpaut
kepada kuasanya.
Anwar telah berulang kali mencabar Mahathir supaya mendedahkan butir-butir
segala kontrak, projek penswastaan dan lesen yang diberikan semasa Tun Daim
Zainuddin dan semasa Anwar menyandang jawatan Menteri Kewangan. Sepatutnya
Mahatir menyambut cabaran ini dan mengumumkan butir-butir tersebut sekarang
supaya rakyat ramai dapat menjadi hakim siapakah yang bersalah mengamalkan
kronisme, Mahathir atau Anwar atau kedua-duanya.
Mahathir tidak seharusnya menunggu sampai kempen pilihan raya bermula dan
kemudian mengeluarkan senarai yang tidak lengkap tentang kroni-kroni yang
dituduh. Tidak ada peluang atau masa untuk rakyat ramai meneliti senarainya
itu. Sekiranya Mahathir benar-benar ikhlas hendak memerangi kronisme beliau
mesti keluarkan senarai penuh sekarang juga.
Kami menyeru Mahathir supaya jangan menyalahgunakan kedudukannya dan
memperalatkan media massa untuk membunuh keperibadian Anwar. Kami mencabarnya
supaya:
- Menamakan kroni Anwar yang dituduh dengan segera.
- Mendedahkan kepada umum butir-butir kekayaan yang dimiliki Mahathir,
isterinya, anaknya
serta keluarga-keluarga mereka, dan bagaimana kekayaan itu diperolehi
mereka.
- Memastikan para menterinya, terutama Daim Zainuddin, memberitahu kepada umum
segala
kekayaan yang mereka sendiri dan anggota-anggota keluarga mereka miliki
secara langsung
atau melalui wakil (nominee), dan bagaimana mereka memperolehi kekayaan
tersebut.
Sekiranya tidak boleh, Mahathir dan kroni-kroninya mesti memberhentikan taktik
kotor mereka.
Ditandatangani oleh:
Dr Wan Azizah Wan Ismail, Presiden KeADILan
YB Dato Haji Fadzil Noor, Presiden PAS
YB Lim Kit Siang, Setiausaha Agung DAP
Dr Syed Husin Ali, Presiden PRM
Dalam Bahasa Inggeris
JOINT STATEMENT OF OPPOSITION PARTIES
DISCLOSE WEALTH OWNED BY CRONIES
Prime Minister Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad made an allegation that a crony
of Datuk Seri Anwar Ibrahim had amassed RM230 million. He has declined to name
the alleged crony.
It is absolutely despicable and cowardly for Mahathir to vilify Anwar after
having him locked up in prison. He is behaving just like his former IGP, Tan
Seri Rahim Noor, who violently assaulted Anwar when he was handcuffed and
blindfolded.
Mahathir's character assassination of Anwar using the TV and print media without
giving Anwar an opportunity to defend himself is not only highly irresponsible
but also a blatant abuse of power.
It is a shame that Mahathir, who has been aspiring to be a statesman and the
voice of the South, should descend so low in order to cling on to power.
Anwar has repeatedly challenged Mahathir to disclose particulars of contracts,
privatised projects and licenses given out during the period Tun Daim Zainuddin
was Finance Minister and also during the period Anwar was Finance Minister.
Mahathir should accept the challenge and disclose the
particulars now so that the public can judge who is guilty of cronyism,Mahathir
or Anwar or both.
Mahathir should not wait until the campaign for elections starts and then bring
out an incomplete and partial list of alleged cronies. There will be no time and
opportunity for the public to scrutinise his list. If Mahathir is sincere in
fighting cronyism he should release the list now.
We call on Mahathir not to abuse his position and use the mass media to
character assassinate Anwar. We challenge him:
1) To name Anwar's alleged crony immediately.
2) To disclose to the public particulars of the wealth owned by Mahathir, his
wife, his children
and members of his and his wife's families and how they acquired it.
3) To get all his ministers, especially Daim Zainudin, to disclose to the
public the wealth
owned by them and members of their families directly or through nominees and
how they
acquired such wealth.
If Dr Mahathir cannot meet this challenge, then he and his cronies should stop
their dirty tactics.
Signed by:
Dr Wan Azizah Wan Ismail, KeADILan President
YB Dato Haji Fadzil Noor, PAS President
YB Lim Kit Siang, DAP Secretary General
Dr Syed Husin Ali, PRM President