Soal Jawab Persoalan Ekonomi Semasa

Terlebih dahulu, beberapa pandangan balas dan cadangan kritikal daripada seorang sahabat.

Adakah kesemua soalan dan jawapan yang dipaparkan benar-benar perlu? Pada dasarnya, adalah lebih baik untuk kita tentukan apakah fokus yang perlu diberikan, ringkaskan keseluruhannya dsb. Dan bukannya untuk membincangkan keseluruhan temu bual. Tiada siapa yang akan membaca keseluruhan sepuluh halaman - ringkaskan kepada tiga atau empat topik, itu sahaja.

Jika pandangan asalnya adalah untuk mencadangkan program pemulihan ekonomi, senaraikan program tersebut secara objektif, setiap satu dengan sedikit huraian, dan diikuti dengan satu yang dihuraikan dengan agak terperinci berkaitan topik-topik yang penting. Program ini perlu mengambil kira 3 segmen ; kelompok peniaga, profesional dan kelas menengah, kelompok berpendapatan rendah (petani dan  buruh) tetapi, terlebih dahulu perlu menentukan kerangka, iaitu sesuatu yang berkaitan dengan globalisasi ekonomi atau sesuatu yang lebih kecil. Ia tidak seharusnya menjadi landasan untuk kita katakan bahawa BN telah menjalankan tanggungjawab  dengan buruk terutama pada 90an. Pendekatan sedemikian tidak sesuai. Kita perlu menyediakan ringkasan kepada perkembangan ekonomi sedunia yang mana ini tentunya akan menyinggung ramai di antara rakan-rakan saudara, dan menyentuh kedudukan malaysia.

Apa pun, pengalaman lalu telah meninggalkan parut, semacam rasa yang tidak menyenangkan. Meskipun masyarakat mempunyai penghayatan ingatan yang relatif pendek, ianya tidak sebegitu mudah untuk melupakan apa yang telah berlaku, dan usaha penggemblengan akan memulihkan semangat mereka.

Soalan & Jawapan

1. Apakah yang menyebabkan berlakunya kegawatan yang bermula Julai 1997?

Semenjak Presiden Nixon menamatkan sistem Bretton Woods pada 1971, sistem baru telah muncul secara mendadak. Sistem ini tidak stabil, dan sesetengah orang, seperti Soros telah mendakwa bahawa sistem berkenaan akan mengancam masa depan kapitalisme. Tetapi ini hanyalah suatu permulaan.

Faktor utama ataupun katalis yang sebenar adalah panik, dan kemudiannya merebak menjadi suatu '‘wabak'’ . makroekonomi meninggalkan satu ruang harapan, tetapi tidak boleh menerangkan kegawatan ini. Begitu juga, kroni kapitalisme telah menjadi satu masalah sejak sekian lama, dan ianya juga tidak akan dapat memperjelaskan kegawatan ini.

Adakah ianya berpunca daripada sebab-sebab luaran, contohnya ketamakan para spekulator?

Sudah tentu tidak, terdapat banyak negara yang mempunyai latar belakang antarabangsa yang sama, tetapi tidak pula menghadapi masalah berkenaan. Kita yang berada di dalam rantau ini  adalah terlalu rapuh disebabkan oleh polisi-polisi yang lalu, antaranya adalah sandaran kepada US$, yang berjalan dengan baik sekitar 1985 hingga 1995, tetapi menjadi sebaliknya apabila yen merosot berbanding US$ menjelang pertengahan 1995. Dengan meneruskan sandaran kepada US$, seperti yang diingini oleh kelompok kewangan, dalam dan luar negara, kedudukan ekonomi kita telah merosot dan ia juga menjadi rapuh serta cenderung untuk dirobek oleh spekulasi mata wang, memandangkan ianya over-value.

Penurunan nilai kedua berlaku dalam tahun 1994 dan turut memberikan kesan negatif kepada Asia tenggara, terutama daya siang eksport bagi negara Thailand. Malah, terdapat juga faktor bersifat domestik yang memburukkan lagi keadaan. Ledakan peningkatan Malaysia dan Thailand mengakibatkan defisit akaun  semasa yang ditampung oleh kemasukan modal luar. Penarikan keluar modal telah memberikan impak yang buruk.

2. Mengapakah Mahathir menafikan kegagalan beliau di dalam menangani krisis ekonomi semasa?

Saya tidak berupaya membaca fikiran beliau. Namun saya semakin yakin bahawa beliau mereka yang berada di sekeliling beliau tidak begitu memahami apa yang sebenarnya berlaku atau kesalahfahaman itu berpunca dari kerangka pemikiran mereka sendiri.  Oleh keran kronisme dan kaitannya dengan projek mega telah berlarutan sejak sekian lama, beliau tidak mahu mengakui bahawa kesannya telah menimpa. Beliau terus cuba meyakini bahawa kedua-duanya adalah merupakan keajaiban Malaysia - iaitu kehandalan belau sendiri. Apakah mungkin keajaiban ini yang mengakikahkan keruntuhan yang dialami kini?  Penafian yang beliau nyatakan melalui penulis ‘upahan’ (melalui buku A New Deal For Asia) semua orang umumnya mengetahui dan meyakini tentang teori konspirasi, mungkin kerana beliau sendiri terlibat. Bagi mengelakkan penglibatan beliau kelihatan ketara, maka beliau mengambil langkah untuk mengaburkan pemahaman tentang konspirasi itu. Sememangnya konspirasi berlaku dan ianya juga dipergunakan untuk mengelakkan daripada satu analisis yang tajam dilakukan terhadap sesuatu. Barangkali beliau tidak menyedari bahawa penekanan beliau kepada wujudnya konspirasi di pihak musuh luar telah tidak berjaya memadamkan keyakinan terhadap konspirasi yang beliau sendiri terlibat memandangkan terdapat bukti dan fakta yang begitu jelas. Menyalahkan orang asing, terutama barat adalah cukup serasi dengan semangat nasionalisme yang telah beliau tonjolkan selama ini yang juga telah membawa beliau kejayaan di dalam tahun 1995, lalu mengapa tidak menggunakan taktik yang sama sekali lagi?

Apakah kawalan modal di Malaysia berjaya?

Terdapat juga sebilangan di antara kami yang mencadangkan kawalan modal dilakukan selepas kejatuhan pasaran saham pada tahun 1994, dan kami juga mengingatkan tentang kemungkinan krisis di bahagian sini selepas menyaksikan kejatuhan  Mexico pada awal tahun 1995  dan menyatakan kebimbangan kami tentang apa berlaku terhadap wang yang dipinjam dan dilaburkan di sepanjang tempoh 1996 dan sudah tentunya pandangan kami ditolak dan dianggap sebagai pandangan ‘malaikat maut’ oleh sesetengah yang kini menganggotai NEAC.

Kami telah mencadangkan kawalan modal sewaktu kemuncak ekonomi bagi mengelakkan krisis ini dihadapi. Dan untuk berlaku adil, Anwar dan Bank Negara telah memperkenalkan kaedah kawalan sementara pada tahun 1994. Tetapi Malaysia tidak melaksanakan kawalan instrumen yang cekap bagi mengawal  kebangkitan yang berlaku sejurus daripada itu.

Krugman dan yang lain-lain juga telah mempertikaikan kawalan modal sebagai kaedah sementara bagi memperbaiki keadaan, tetapi mereka juga telah diperingatkan bahawa keadaan ini bungkin boleh disalahgunakan. Langkah yang diambil pada September 1998 telah menurunkan kadar ringgit di luar pesisir pantai (terutama di Singapura) dan telah meningkatkan kadar faedah yang kemudiannya terpaksa di diturunkan tanpa perlu mengganggu kedudukan ringgit yang juga telah membantu perbelanjaan pengguna seperti industri kereta dan pembinaan.

Institusi utama untuk penyusunan semula bank telah dilakukan lebih awal dan berjalan dengan agak baik, meskipun terdapat di kalangan mendapati terdapat kecelaruan seperti hutang bank Bumiputera  yang diambil alih oleh Danaharta telah tidak diberikan potongan dan akhirnya membantu Commerce Asset yang dikawal oleh Renong bagi memperolehi keuntungan yang besar.

Tetapi ramai yang mempertikaikan bahawa proses ‘pembersihan’ sistem telah tidak berlaku dengan baik memperlihatkan banyaknya bail-out kepada syarikat yang mempunyai kaitan dengan BN, para kroni dan juga kerabat terdekat.

Dalam kata lain, ramai yang berpandangan, termasuk Krugman, bahawa tawaran peluang memberikan ruan untuk perkembangan ekonomi tetapi juga begitu mudah disalahgunakan terutama untuk mengekalkan penguasaan oleh para kroni dan juga perlaksanaan nepotisme.

Tujuan lain kepada pendekatan yang diwujudkan pada September itu adalah untuk menyekat pengeluaran dana asing. Ini telah mengakibatkan banyak masalah. Ramai yang mula berpandangan bahawa kerajaan yang ada ini mungkin akan menukarkan syarat-syarat, tidak seperti yang pernah dijanjikan. Dan setelah 14 bulan selepas krisis berlaku, tidak banyak dana yang di kumpul, dan ini memburukkan kedudukan mereka yang telah terperangkap sejak awal sewaktu kegawatan memuncak. Persepsi yang timbul adalah mereka yang patuh kepada syaratlah yang telah sebenar-benarnya ter’hukum’.

Lalu, yang diperkenalkan pada tanggal 15 Februari 1999 adalah sebenarnya mengendurkan ketegangan yang timbul hasil dari langkah yang terwujud pada September sebelumnya. Kini, mereka boleh memperolehi berbagai perolehan daripada cukai modal yang menyekat pengaliran masuk modal terutama yang modal jangka pendek. Hasilnya, timbullah satu lagi ‘panik’ memandangkan tiadanya ‘jaminan’ - mereka yang ingin keluar bagi mengurangkan kerugian tidak pula akan dikenakan sebarang tindakan.

Kaedah kawalan modal sepatutnya bersifat counter-cyclical, berpaksikan pasaran, bersifat fleksibel dan tidak sementara. Namun demikian, mereka seolah-olahnya tahu semua yang mereka lakukan.

Orang mula melihat bahawa orang-orang di dalam MTEN ingin mengangkat kawalan modal bagi melayani kelompok kewangan, tetapi tidak dapat melakukan demikian kerana PM telah menyatakan retorik beliau serta ingin menjaga air muka beliau juga.

3. Kelihatannya seolah-olah telah berlaku pemulihan ekonomi dan ini dikaitkan dengan langkah-langkah yang diambil oleh kerajaan. Adakah ini hakikat yang benar?

Situasi ekonomi serantau telah bertambah baik semenjak suku akhir tahun lalu, seperti yang dinyatakan oleh PM, jangka masa terburuk krisis adalah pada pertengahan akhir 1998 terutama suku tahun ketiga dengan kejatuhan ekonomi Russia atas kegagalan merela membayar hutang luar. Pada suku tahun pertama 1999. Korea Selatan berkembang pada kadar 4.6% dan Indonesia pada kadar 1,7%. Hanya Malaysia dan Thailand sahaja dari kalangan negara yang dilanda krisis yang masih berada di dalam  kegawatan, malah ekonomi negara menyusut 1.6%.

Tetapi kita bernasib baik kerana mampu untuk berkembang semula ( berasaskan tahun berbanding kepada kaedah 2Q98’s - 6.8%) menjelang suku tahun kedua. Kenaikan ini meranjau di seluruh rantau dan kita kelihatannya sedikit ketinggalan dan perkembangan ekonomi negara adalah sederhana berbanding Korea dan Filipina. Sebenarnya tiada apa yang boleh dihebohkan  melainkan mereka yang ingin kenaikan yang berlaku ini dikaitkan dengan mereka.

Secara jujur saya nyatakan, tiada siapa yang benar-benar faham pemulihan yang sedang mengambil tempat. Bagi pihak yang cenderung untuk menyokong pendekatan IMF, mereka akan tentunya menuding ke arah Korea sebagai bukti kejayaan malah ke Indonesia bagi membuktikan polisi mereka berkesan dan kita di Malaysia telah dimaklumkan bahawa PM dan MTEN yang bermain peranan. Ini sememangnya biasa terjadi, lebih-lebih pilihan raya menjelang tiba. Bukti yang ada tidak menyokong mana-mana pandangan secara jelas.  Masing-masing boleh menghadirkan statistik bagi menyokong hujan mereka. Cuma, kita perlu bersikap kritikal terhadap mereka yang memuji diri sendiri.

4. Adakah pemulihan yang berlaku akan bertahan?

Saya rasa kedudukan terburuk telah berlalu dan kita sedang menghadapi pemulihan secara perlahan-lahan dan kita tentunya tidak akan dapat mencapai perkembangan rancak seperti yang pernah kita nikmati atas beberapa sebab. Tidak kira sama ada dengan kaedah kawalan modal telah berjaya atau tidak, umumnya kenyataan kini menjejaskan keyakinan pelabur yang dipupuk dengan jayanya oleh kerajaan selama ini.

Mujurlah kadar simpanan kita masih tinggi meskipun pertumbuhan yang dirangsang oleh eksport yang bergantung harap kepada pelaburan langsung asing selama ini. Keadaan akan bertambah sukar untuk kita bersaing dengan lokasi alternatif FDI lain seperti China, India dan lain-lain. Di tokok pula dengan kelembapan ekonomi Jepun dan kebimbangan terhadap kemampuan untuk mengekalkan kejayaan telah melahirkan keraguan di Amerika tentang prospek untuk menjalankan pemulihan berasaskan eksport.

Maka tidak hairanlah MTEN mengumpulkan dana dengan berasaskan domestik meskipun kita melihat pakej polisi mereka tidak selalunya konsisten dengan langkah ini. Lebih penting lagi, asas pembangunan domestik ini memerlukan kemampuan penyebaran kekayaan  yang cekap dan pendapatan yang datang dari dalam negara. Langkah nampaknya tidak begitu mendapat perhatian kerajaan.

5. Dr Mahathir mengaitkan pemulihan ekonomi kini dengan beliau dan Daim. Adakah kenyataan ini berasas?

Saya kira Mahathir layak untuk mengaitkan dirinya dengan langkah berani dalam memperkenalkan kawalan modal, tetapi malangnya, langkah itu ‘too little too late’.  Tiada siapa yang dapat membuktikan bahawa langkah itu berkesan cuma  tidak juga boleh dibuktikan sebagai satu langkah yang gagal. Bukti tidak dapat diperolehi dengan mudah. Apa yang boleh kita katakan adalah pemulihan Malaysia agak lembap berbanding negara lain di rantau ini dan ini mungkin disebabkan oleh langkah yang dijalankan pada September 1998.

Adalah lebih adil untuk kita katakan bahawa berbanding Mahathir yang kelihatannya dogmatik, Daim adalah lebih pragmatik, namun demikian, apakah yang layak untuk Daim raikan?

Walau bagaimana pun, jika kita teliti pada kenyataan-kenyataan yang mereka lahirkan,  ianya kelihatan begitu sederhana sekali. Sebaliknya, MTEN yang kelihatannya mempunyai lebih ramai PR berbanding pakar ekonomi, telah membuat berbagai komentar yang bukan-bukan. Terdapat pula seorang Datuk yang mendakwa bahawa pemulihan ekonomi serantau adalah disebabkan oleh langkah yang diambil oleh Malaysia. Kenyataan ini sebenarnya mengarut, tetapi liputan media yang dikawal ketat telah terlepas daripada sebarang bentuk nasihat dan semakan.

Benar untuk kita katakan bahawa sentimen memainkan peranan di dalam pasaran saham, contohnya langkah 'irrational exuberance’ oleh Greenspan. Ini bermakna, ‘hype’ boleh membantu terutama di dalam bulan-bulan kebelakangan ini meskipun dimensinya agak sempit. Baru-baru ini waran yang hampir tamat tempoh telah melonjak naik harganya dan melibatkan peningkatan MUI, iaitu saham yang berkaitan, sebanyak tiga kali ganda. Begitu juga halnya dengan indeks-indeks berkaitan saham, semuanya hanya kerana terdapat khabar angin bahawa Ku Li akan kembali semula ke arena politik.

Asia Inc’s yang membuat liputan utama tentang kenyataan Daim mengaitkan keajaiban ekonomi negara pada pertengahan tahun 80an dengan beliau. Tanpa menafikan sebahagian daripada kebijaksanaan langkah-langkah beliau,perlu kita ingat bahawa keseluruhan rantau ini, termasuk Thailand dan Indonesia, telah meningkat dengan kemasukan FDI ke Asia Timur ke dalam Asia Tenggara dan China. Malaysia tidak terkecuali. Sesiapa yang tidak menyukai beliau boleh mempertanggungjawabkan beliau sebagai Menteri Kewangan pada tahun 1984, iaitu setahun sebelum resessi bermula pada tahun 1985. Dakwaan sebegini juga tentunya tidak adil bagi beliau. Malang sekali kita tidak mampu untuk  memperdebatkannya dengan bebas, seimbang dan jujur.

6. Negara Korea dan Thailand telah kedua-duanya  mendapat pujian di atas kejayaan penyusunan semula ekonomi mereka. Malah, dalam kes Thailand, pemantauan oleh IMF telah dilonggarkan memandangkan program pemulihan telah berjaya. Apakah ekonomi Malaysia juga telah menjalani proses penyusunan semula?

Saya tidak fikir kita perlu menjejaki langkah Thailand. Terdapat debat yang sihat di Thailand di antara Menteri Kewangan dan menteri perniagaan tentang polisi ekonomi mereka. Kementerian Kewangan mereka telah memenuhi kebanyakan daripada tuntutan IMF; mereka juga yang telah merungut kepada saya bahawa Anwar telah tidak berbuat perkara yang sama.

Di Korea, kerajaan Kim Dae Jung hanya memberikan ‘lip service’ kepada IMF dan kemudiannya membuat konsesi penting, yang menurut pandangan saya adalah suatu yang tidak bijak, tetapi terus-terusan melakukan langkah-langkah sendiri, tanpa benar-benar memenuhi tuntutan IMF. Dengan berbuat demikian, mereka telah meyakinkan pelabur dan pasaran, dan dalam waktu yang sama memperuntukkan ruang terus melakukan perkara yang dianggap penting atas nama ‘penyusunan semula’. Meskipun saya mempunyai beberapa ‘reservations’ terhadap beberapa perkara yang sedang mereka lakukan, saya masih beranggapan bahawa pengalaman mereka wajar diteladani.

Sebaliknya, di Malaysia, retorik kita kebanyakannya nasionalistik meskipun polisi sebenarnya kita menidakkan retorik berkenaan. Jadi, sesetengah orang asing mengatakan, “Jangan bimbang, salakan orang tua itu lebih berbisa daripada gigitannya”. Sebagai contoh, semenjak era Tun Razak, kita tidak pernah membenarkan orang asing untuk menguasai industri pengeluaran untuk pasaran domestik yang terkawal. Tetapi, akhir-akhir ini FDI telah terlibat di dalam gabungan dan pemilikan industri terbabit (simen, telekomunikasi, tenaga elektrik) dengan pelonggaran syarat.

7. Indonesia kelihatannya agak ketinggalan dari segi pemulihan ekonomi tetapi mereka agak terkehadapan di dalam reformasi politik. Apakah komen tuan berhubung hal ini di dalam jangka masa panjang?

Tidak juga, dan ini mungkin memeranjatkan ramai. Indonesia berkembang pada kadar 1.7% di dalam suku tahun pertama 1999 sementara Malaysia menurun sebanyak -1.6%. Walaupun saya tidak begitu mengendahkan pasaran saham, tetapi pasaran saham Jakarta telah meningkat paling tinggi di dalam rantau ini dalam 1999. Malah lebih menarik lagi, pasaran meningkat ketika mana keputusan pilihan raya tidak memihak kepada Golkar. Perlu diingatkan bahawa Golkar sentiasa menguasai 70 - 80 % undi di dalam pilihan raya lalu di bawah Suharto, kini mereka bernasib baik jika mendapatkan 20-25% undi.

Seperti mana di Malaysia, sementara sesetengah kaunter yang dikaitkan dengan kroni hampir-hampir tumbang, pasaran mungkin akan pulih bagi mengelakkan kecenderungan kepada pihak pembangkang. Meskipun tertakluk kepada pemantauan yang teliti, pihak pembangkang di lihat sebagai bersih dan dijangka akan menamatkan penyalahgunaan kuasa yang bermula sejak berdekad, terutama di dalam tahun-tahun 80an.

Tiada siapa yang sebenarnya menghendaki politik wang, melainkan mereka yang benar-benar mendapat manfaatnya iaitu pakatan pemerintah dan kroni mereka. Dan tiada siapa yang benar-benar percaya bahawa BN mempunyai monopoli ataupun keupayaan sebenar untuk bersaing.

Namun demikian,  reformasi politik yang mengambil tempat di sekitar rantau ini akan tentunya menggalakkan kepada ketelusan, pertanggungjawaban dan pentadbiran yang baik, yang mana ini sememangnya diharapkan oleh kebanyakan orang kini. Perubahan di Indonesia mungkin akan berterusan setelah berubahnya kerajaan. Perlembagaan baru Thailand pula menghendaki agar politik wang dikaitkan dengan ‘undi bank di kawasan pedalaman’. Ahli parlimen perlu meletakkan jawatan bagi membolehkan mereka bertugas sebagai menteri. Lebih banyak ketelusan yang akan mempastikan lebih banyak pertanggungjawaban.

Walau bagaimanapun trend di Malaysia adalah sebaliknya. Semenjak Tun Hussein meletakkan jawatan, sebagai contoh dalam tahun 1986 pindaan kepada Akta rahsia Rasmi (OSA) telah memberi ruang kepada penyalahgunaan kuasa yang melibatkan penswastaan dan pemberian kontrak . hanya breakthrough oleh pembangkang yang akan mengembalikan kita daripada pengamalan ini. Melihat kepada pengalaman di seluruh dunia, di Indonesia, Mexico, Zimbabwe Egypt dan lain-lain, saya mempunyai keyakinan yang kecil terhadap UMNO dan BN untuk melaksanakan reformasi. Tetapi jika pakatan pembangkang gagal, BN akan menjadi satu kuasa ‘penyemak’ yang berkesan dan mungkin kembali sebagai satu political force, bersih daripada kekotorannya pada hari ini.

8. Apakah benar ketika mana Anwar menjadi Menteri Kewangan, beliau tidak melakukan apa-apa untuk memulihkan ekonomi?

Turning point yang sebenar adalah pada krisis pertengahan 1980 bilamana pembuat polisi mengalihkan pandangan daripada interventionism. Mereka tidak dengan mudah membiarkan pasaran untuk menguasai keadaan, tetapi sebaliknya memberikan orientasi baru kepada beberapa polisi  yang kebanyakan tidak kami persetujui.

Merujuk kepada maklum balas terhadap krisis, saya tidak fikir sesiapa yang secara serius mendakwa Anwar tidak melakukan apa-apa untuk memperbaiki keadaan. Seperti ketika polisi beliau pada akhir 1997, beliau mengendalikan ekonomi negara secara berbeza dan tidak munasabah untuk mengatakan bahawa tiadanya kawalan. Pertama, beliau memotong perbelanjaan ke atas projek mega,  dan kemudiannya menambah perbelanjaan kerajaan pada pertengahan 1998 bagi tujuan mewujudkan sosial safety nets dan rumah kos rendah. Anda mungkin tidak bersetuju dengan polisi beliau, tetapi tiada siapa yang mengatakan bahawa beliau tidak menjalankan tugas. Apa yang saya ingat, mereka yang terdiri daripada menteri, ekonomis di dalam MTEN, dan yang mengatakan bahawa Anwar tidak melakukan sesuatu, adalah sebenarnya mereka yang memuji beliau pada tahun 1998. Oleh kerana itu saya tidak begitu mengendahkan mereka ini, mereka bisa tukar pandangan dan haluan pada bila-bila masa sahaja.

Adakah benar bahawa beliau menyokong ‘kaedah IMF’ 100% sebagai satu cara untuk memulihkan ekonomi?

Adalah adil untuk kita katakan bahawa respon awal Mahathir pada pertengahan 1997 tidak membawa apa-apa erti, jika tidakkan pun memburukkan lagi suasana. Anwar lebih dipengaruhi oleh kehendak pasaran konvensional yang turut mempengaruhi pendekatan dan polisi IMF. Selepas beliau di’paksa’ untuk membenarkan pemerolehan semula UEM-Renong pada minggu ketiga November 1997, beliau kembali dengan polisi ortodoks makroekonomi  pada Disember 1997. Beliau memotong perbelanjaan kerajaan, terutama kepada projek mega, mengetatkan kecairan (terutama kepada pinjaman untuk sektor hartanah, yang menyumbang kepada terjadinya ‘bubble’ harga inflasi aset, dan kemudiannya krisis)  bagi membenarkan kadar faedah meningkat, terutama disebabkan oleh desakan pasaran luar dan dalam. Namun begitu, beliau dan Bank Negara juga mempastikan agar kadar faedah tidak meningkat melebihi kadar yang dialami oleh negara lain yang  dilanda krisis, yang mana kesemuanya dikawal-selia oleh IMF (kecuali Filipina). Oleh kerana hutang bertambah sebanyak tiga kali ganda daripada KDNK, sektor korporat pun menghadapi masalah.

Pada 09 Mei 1998, buat pertama kalinya semenjak beliau menyertai parti pemerintah semenjak 1982, saya dengan berat hati menyertai mesyuarat yang beliau kendalikan. Saya pada kebiasaannya blunt dan memberitahu beliau bahawa saya tidak menyetujui tiga pendekatan makroekonomi beliau semenjak 1997 dan mendesak beliau untuk meningkatkan perbelanjaan awam bagi mereka yang tidak begitu berupaya dan juga menurunkan kadar faedah.

Beliau menerangkan bahawa mereka tidak mampu untuk menurunkan kadar faedah kerana terdapatnya jumlah ringgit yang besar di dalam pasaran pesisir pantai (RM25-35 bilion), terutama di Singapura, yang kebanyakannya dimiliki oleh pihak wewenang Singapura. Pada waktu yang sama beliau seolah-olah keberatan untuk menentang arus pasaran kerana bimbang kesan dan implikasi seperti apa yang dapat kita saksikan kini.

Kemudian, pada pertengahan Jun 1998, beliau menurunkan syarat statutori simpanan, yang kemudiannya meningkatkan kecairan, dan turut berusaha menurunkan  kadar faedah dengan cara mengurangkan jumlah rakyat Malaysia yang menyimpan di dalam banyak bank. Meskipun beliau terlibat di dalam kritikan terhadap ‘korupsi, kronisme dan nepotisme’ dan mendesak agar dilakukan pembaharuan di dalam kerajaan, terutama selepas kejatuhan Suharto pada lewat Mei 1998, di dalam ucapan tradisi Timbalan Presiden pemuda dan wanita UMNO lewat bulan tersebut, beliau tidak menyatakan apa-apa. Sebaliknya beliau mengumumkan tambahan peruntukan untuk peruntukan kemudahan awam, jaringan keselamatan sosial (sosial safety nets) dan program pembinaan rumah kos rendah.

Tidak seperti pihak yang sering mengkritik sebelumnya, iaitu mereka yang mendesak agar ‘dikeluarkan dari kegelapan’ tersebut di dalam mesyuarat pada Mei itu, saya tergolong di dalam kelompok minoriti yang mendesak beliau untuk bekerjasama dengan PM bagi mengatasi krisis. Sekali lagi, saya terkejut kerana beliau begitu receptive daripada apa yang saya jangkakan dan memaklum serta mempertahankan kenyataan-kenyataan yang dibuat oleh Mahathir. Kerana itu, tidak seperti pandangan pemerhati lain, saya yakin bahawa beliau cuba untuk mencapai persefahaman dengan PM sewaktu di dalam perhimpunan agung.

 9. Jika pendekatan IMF adalah buruk, seperti yang didakwa oleh sesetengah pihak (terutama Dr Mahathir) bagaimanakah kita memperjelaskan kedudukan pemulihan Korea dan Thailand?
 

Terdapat dua kesilapan IMF di dalam menangani krisis ini. Tindakan awal IMF adalah berdasarkan maklumat yang tidak tepat. Mereka tidak benar-benar melihat ke dalam permasalahan yang ada di rantau ini dan memberikan ubat yang sama seperti mana yang mereka yakini telah ‘mengubati’ Mexico tanpa menimbangkan perbezaan setempat dan tidak mengendahkan kesan panik dan jangkitan. Tetapi meskipun tindakan mereka tidaklah superficial pada ketika itu, tindakan mereka adalah dipengaruhi oleh analisis ortodoks yang silap. Untuk berlaku adil, mereka sendiri mengakui pernah membuat kesilapan. Meskipun terdapat sedikit ‘reservation’ terhadap kawalan modal oleh Malaysia, mereka tidak menentangnya secara dogmatik - tidak seperti kebanyakan pasaran kewangan - dan Camdessus sendiri telah memuji tindakan Malaysia. Saya sering menyangka bahawa mereka melakukan kesilapan di dalam analisis mereka, bukan kerana mereka tidak arif, tetapi kerana mereka menggunapakai pandangan tertentu  berhubung fungsi-fungsi pasaran kewangan, yang telah lama diperdebatkan, terutama kedudukan Keynsenian yang mengiktiraf perilaku tidak rasional dan juga sikap seumpama penjudi di kasino di dalam pasaran.

Tetapi IMF juga pragmatik dan mempunyai tanggungjawab tertentu dan itu berjaya mengelakkan mereka daripada bersikap dogmatik membuta tuli, dan juga tiada pengajaran yang lebih baik daripada kegagalan. Terdapat juga kecenderungan Malaysia untuk meletakkan segala kesalahan kepada IMF dan juga Amerika, sedangkan terdapat banyak percanggahan kuasa di antara kedua-duanya - seperti pasaran dan penguasaan kerajaan yang digunakan.

Saya menganggap pemulihan Korea sebagai penglibatan pragmatik oleh IMF seperti yang saya cadangkan awal-awal lagi. Mereka terlalu memerlukan pinjaman IMF, mereka mempunyai pakar perunding yang baik yang mempunyai keutamaan yang jelas, dan mereka telah menolak apa yang tidak penting dan cuba untuk meletakkan asas-asas yang strategik. Ia sungguh meyakinkan, kerana jika dilihat kepada keupayaan mereka di dalam urusan tawar-menawar, mereka sebenarnya jauh lebih lemah.

Meskipun sesetengah indeks di Thailand juga agak baik, tetapi saya tidak mempunyai pandangan yang sama terhadapnya berbanding pandangan saya terhadap Korea. Terutama Menteri Kewangan Chuan, kelihatannya terlalu banyak mengharap kepada bimbingan IMF. Mereka juga masih belum pulih sepenuhnya. Thailand dan Malaysia adalah dua buah negara yang agak ketinggalan di rantau ini, meskipun Indonesia kelihatan lebih jauh tertinggal.

Pandangan umum di peringkat antarabangsa adalah meskipun terdapat sistem kewangan yang superior sebelum daripada krisis, dan tidak bergantung harap kepada bantuan IMF, Malaysia tidak melaksanakan kawalan modalnya dengan sempurna, kerana ia diperkenalkan setelah agak lewat dan peluang yang ia tawarkan telah disalahgunakan oleh kekangan pasaran dan ketiadaan disiplin. Meskipun penyusunan semula bank telah berlaku dengan agak baik,  pembersihan sistem tidak berjalan dengan lancar termasuklah dari kalangan kroni. Krisis politik dan kecelaruan retorik di kalangan pimpinan kerajaan telah memburukkan lagi suasana.

10. Kerajaan mendakwa bahawa Malaysia akan menjadi negara pertama yang keluar daripada krisis dari segi pemulihan. Pengkritik menganggap bahawa ini tidak benar. Apakah hakikat sebenar?

Saya tidak fikir kini hanya pengkritik sahaja yang beranggapan bahawa Malaysia agak ketinggalan dari segi pemulihan. Malah Mahathir dan Daim sendiri menyedarinya, cuma mainan media dan MTEN dan juga propaganda pra-pilihanrayalah yang menjadikannya bercelaru. Mahathir mengakui bahawa ekonomi negara menguncup pada kadar -1.6% pada suku tahun pertama 1999. Pada waktu yang sama Korea Selatan berkembang pada kadar 4.6% manakala Indonesia meningkat 1.7%. Adalah menyedihkan bahawa di antara lima buah negara yang dilanda kegawatan, pemulihan Malaysia adalah yang paling lembap.

Meskipun kedapatan kawalan kewangan, kadar faedah adalah lebih rendah di Singapura berbanding di Malaysia. Sementara inflasi di Malaysia adalah lebih tinggi berbanding Singapura, Thailand dan Korea selatan.

Seperti yang saya nyatakan tadi, di antara lima buah negara yang dilanda krisis, hanya Malaysia dan Thailand yang tidak menunjukkan perkembangan positif di dalam suku tahun pertama 1999. tetapi saya berpandangan kedudukan terburuk telah berlalu  dan kita tidak akan ketinggalan terlalu jauh. Persoalannya sama ada kita akan terus membungkam atau bergerak menuju pertumbuhan baru.  Di sini saya tidak begitu optimistik terhadap perkembangan ekonomi mahupun politik.

11. Indeks pasaran saham meningkat dan mungkin mencecah 800 tidak lama lagi. Adakah perubahan ini ‘real’? Apakah alasan disebaliknya?

Adalah penting untuk saya menyatakan yang sebenar iaitu, pasaran saham hanya mempunyai pertalian yang kecil dengan ekonomi. Bagaimana mungkin dapat kita perjelaskan kejatuhan pasaran saham 1997 sedangkan ekonomi negara masih berkembang pada kadar 8%? Terdapat juga percubaan dalam negara bilamana kerajaan mengasak naik pasaran saham  sehingga mengakibatkan KWSP kerugian 10 bilion ringgit pada tahun lalu. MTEN terus berusaha untuk memperbaiki keadaan dengan langkah pada 1 September 1998 - dan ini telah meremehkan usaha sebenar (untuk mengawal penarikan keluar modal akibat panik) - telah mengubah sentimen pelabur asing. Orang asing dan orang Malaysia mungkin membeli dan menjangkakan akan berlakunya penyenaraian semula beberapa syarikat di bursa saham KL.

Peningkatan yang menggalakkan di BSKL adalah disebabkan oleh beberapa faktor :

Pertama, kita perlu melihat kepada kejatuhan Indeks Komposit yang jauh lebih teruk dari kemuncak 1300 pada awal 1997 ke 262 pada 1 September 1998 - seperti yang dibentangkan di dalam kertas putih -  magnitud kadar ini telah diperbesar-besarkan.

Jika anda mengambil titik permulaan yang lain, sebagai contoh, bermula pada tahun ini, anda akan melihat pemulihan yang lebih baik di pasaran saham Jakarta iaitu pada kadar 48% bermula 1999 sehinggalah pemilihan umum berlangsung. Apabila keadaan semakin jelas bahawa Megawati akan mendahului pembangkang, peningkatan itu semakin ketara.

Kedua, Kita seharusnya juga tidak melupakan usaha-usaha gigih kerajaan Malaysia untuk memulihkan pasaran saham - seperti yang telah berlaku semenjak pertengahan 80an. Usaha-usaha kerajaan itu sungguh menakjubkan jika diukur pada piawai pasaran yang masih baru bermula.

Ketiga,   kerajaan juga berharap agar pasaran saham pulih bagi menggalakkan ‘positive wealth effect’  yang akan menyuburkan strategi pemulihan berasaskan domestik berbanding usaha untuk memulihkan sistem kewangan.

Keempat , sokongan politik daripada kelas pertengahan dan golongan berada yang sangat diperlukan oleh rejim kini yang telah diruntuhkan kredibilitinya  pada krisis politik tahun lalu. Terdapat bukti dari seluruh dunia, termasuk pengalaman Malaysia yang lalu, tentang berlakunya ‘political business cycle’, bilamana kerajaan yang memerintah akan berbelanja lebih menjelang pilihan raya bagi meraih sokongan. Peringatan yang diberikan oleh Tun Daim kepada menteri kabinet adalah bukti kepada hakikat ini.

Kelima, ramai di kalangan pemerhati berpengalaman yang mengesyaki wujudnya usaha pra-pilihanraya untuk menambah dana pilihan raya BN.

Bila saya menyatakan kesemua faktor ini, saya telah dikritik hebat oleh sahabat yang berada di dalam pasaran yang mendakwa bahawa dana yang dikumpulkan oleh kerajaan adalah untuk membeli saham Malaysia dari Singapura dan Hong Kong bagi melahirkan pandangan wujudnya minat asing dan wang asing yang terperangkap di dalam negara disebabkan oleh langkah September 1998 itu yang telah mengubah pasaran atas sebab kadar faedah rendah yang ditawarkan oleh bank.

Rakyat Malaysia yang mempunyai wang atau akses mudah terhadap dana yang murah mempunyai segala insentif  untuk bermain di pasaran seperti mana yang sedang mereka lakukan sekarang; kemasukan sejumlah RM2 bilion bukanlah ukuran kepada magnitud peningkatan sebenar.

Terdapat beberapa faktor lain di belakang keadaan yang ganjil ini - pemulihan lembap ekonomi dan kenaikan pasaran saham - dan keghairahan tentangnya akan melekakan kita.

Pembuat polisi seolah-olahnya lebih memberatkan soal memenangi pilihan raya, menyelamatkan para kroni, perhubungan awam dan pasaran saham berbanding pemulihan sebenar ekonomi.

12. Peningkatan pasaran saham dikaitkan dengan kemasukan semula dana asing. Tidakkah dana ini juga yang dikritik hebat oleh Dr Mahathir beberapa bulan lalu?

Inilah dilema Mahathir. Anda benar. Peningkatan pasaran saham dikaitkan dengan kemasukan semula dana yang dikeluarkan atas sebab kegawatan. Bagi Daim dan MTEN, inilah satu kejayaan. Mahathir sedar bahaya yang dihadapi, tetapi tidak mempunyai alternatif untuk ditawarkan dan mendakwa bahawa beliau akan mengekalkan kawalan modal sehinggalah komuniti antarabangsa melakukan apa yang beliau kehendaki. Tentunya prospek agak mustahil. Terdapat peluang kecil pada lewat tahun lalu, ketika mana kegawatan melanda Russia dan mengancam untuk terus merebak, tetapi tidak berlaku sedemikian. Cakap-cakap besar tentang menyusun semula kerangka kewangan antarabangsa  akan hanya berakhir dengan beberapa perubahan kecil. Itu adalah retorik nasionalistik yang kosong, yang boleh dijangkakan daripada seorang yang sudah lanjut usia, dan mereka menolaknya dengan mengatakan ‘ salakannya lebih berbisa daripada gigitannya’.

Jangan kita lupakan, Mahathir ini jugalah yang memberikan gambaran-gambaran indah tentang globalisasi, dunia tanpa sempadan yang dibutirkan oleh sahabatnya Ohmae; Mahathir yang samalah yang telah mengarahkan agar Daim meliberalisasikan ekonomi pada pertengahan 80an, untuk menzahirkan idea FLOFFE, yang ditentang oleh Singapura dan Hong Kong, kerana kesan masa hadapan yang rapuh dan pasaran opsyen yang diperkenalkan kepada tapak kasino ekonomi kewangan.

Sementara beliau mengutuk liberalisasi ekonomi dan deregulasi global, beliau membanggakan dirinya sebagai jaguh penswastaan dan meremehkan sektor awam di dalam negara dunia ketiga. Mahathir ini jugalah yang mendabik ketika bull-run pada 1993 bahawa saiz KLSE berada pada nisbah yang lebih besar berbanding NYSE.

Bolehkah ekonomi kita pulih tanpa suntikan dana asing?

Kita mempunyai tabungan yang tertinggi di dalam dunia iaitu mencecah 40% jadi kita tidak begitu memerlukan dana asing. Namun begitu, kerajaan menggalakkan kemasukan dana asing bagi menampung defisit akaun semasa bagi menampung peningkatan sektor binaan dan input-input lain untuk barang-barang yang tidak boleh dieksport. Seketika ia kelihatan baik, tetapi kemudian ia berlaku sebaliknya.

Sebab utama keperluan dana asing adalah FDI, yang malangnya, sangat kita perlukan oleh kerana kemampuan industri yang terhad, terutama untuk pengeluaran bahan eksport. Pada masa lalu, kita hanya membenarkan FDI di kawasan perdagangan  bebas untuk pengeluaran bahan eksport tetapi kerajaan meliberalisasikannya pada 1986 dan sekali lagi ketika menangani kegawatan ini. Lalu, tiga FDI terbesar datangnya dari Brittain - yang dahulunya telah decline pada 60an - dari sektor pembuatan simen, telekomunikasi dan kuasa iaitu kesemuanya untuk pasaran tempatan, bukannya untuk dieksport. FDI ini melibatkan mergers dan pemilikan dan tidak melibatkan  peningkatan produktiviti Malaysia.

Pada masa terdekat, akan terdapat banyak keupayaan yang tidak digembleng sepenuhnya untuk kita jadikan permulaan tanpa bergantung harap kepada pelaburan baru, dana asing mahupun tempatan, dan ini akan berlaku untuk sementara waktu. Melainkan jika kemampuan kita meningkat secara mendadak, yang mana keadaan ini agak sukar berlaku, kita tidak akan dapat bergantung harap kepada pemulihan berasaskan eksport tanpa penglibatan FDI, dan tentunya bukan dari kalangan  FDI yang kini sedang memasuki negara.

13. ‘Pemulihan ekonomi’ seolah-olahnya berlaku pada peringkat makro. Kesan pemulihan kepada peringkat akar umbi amat minimal. Apa komen tuan?

Biar saya perjelaskan bahawa masih tiada pemulihan di peringkat makroekonomi walaupun saya menjangkakan ianya akan beraku dalam jarak waktu terdekat, mungkin suku tahun kedua 1999, tetapi ini akan menjadi ilusi statistik,  kerana penguncupan besar yang berlaku pada suku tahun kedua 1998. Ia juga akan berasaskan domestik, melibatkan pembinaan dan pengangkutan peralatan iaitu jualan kereta. Ini tidaklah begitu meyakinkan untuk menjamin pemulihan yang mapan. Kita juga tidak harus terkeliru dengan pemulihan pasaran saham yang hanya mempunyai hubungan yang kecil dengan ekonomi sebenar. Anda juga tidak boleh mendakwa ketika pasaran saham jatuh, ia tidak ada kena mengena dengan asas-asas ekonomi, seperti mana yang dinyatakan oleh propagandis MTEN.

Proses pemulihan memberikan kesan kepada susuk ekonomi keseluruhannya. Sehingga kini, elektronik (di luar jangkauan kita), kenderaan, dan pembinaan seolah-olah mendahului pemulihan meskipun penggantungan beberapa harta akan lama-kelamaan memberikan sedikit masalah. Sementara itu, perbankan dan sektor lain menawarkan harapan yang sedikit, jadi, prosesnya tidak seimbang, jika dirujuk kepada susun atur ekonomi negara. Kita juga perlu sedar bahawa kegawatan ini memberikan dampak berbeza kepada susuk kumpulan ekonomi yang berbeza.

Faktor antarabangsa juga akan menjadi penting, seperti ekonomi US, Jepun dan ekonomi yang berdaya saing lainnya terutama daripada kalangan negara  pengeluar Asia. Di sudut yang kain, dengan ramainya pekerja asing di dalam ekonomi kita, Malaysia akan turut mendapat kesan daripada guna tenaga. Harga deflasi global telah mencecah eksport komoditi utama, tetapi mujurlah harga minyak kelapa sawit meningkat berbanding ringgit dan meringankan para pengusaha.

14. Seriuskah reformasi perbankan dan kewangan di Malaysia yang telah dilakukan semenjak kegawatan?

Pertama, perlu diingat bahawa sektor perbankan Malaysia berada dalam kedudukan yang baik sebelum kegawatan berbanding ekonomi lain yang turut gawat. Dan juga, bank dan korporat kurang terdedah kepada ekonomi lain dirantau ini kerana syarat Bank Negara yang ketat. Apa yang jelas, MAS, Tenaga dan Telekom berjumlah 90% daripada hutang korporat kepada asing yang mencecah RM35 billion.

Danaharta dan Danamodal ditubuhkan pada suku kedua 1998 dan berkembang agak lancar berbanding negara lain. Meskipun terdapat beberapa kecelaruan (contohnya potongan NPL untuk BBMB; adakah ini merupakan subsidi kepada Commerce Asset yang dikawal oleh Renong, seperti yang dikatakan oleh pemerhati), proses berkenaan bolehlah dibanggakan.

Dasar fiskal telah berubah-ubah semenjak kegawatan. Selepas penolakan pada setengah tahun kedua 1997, ketika perbelanjaan awam berterusan seolah-olah tiada apa yang berlaku, Anwar memotong perbelanjaan kepada projek mega sehingga ke penghujung tahun sebelum meningkatkan semula perbelanjaan awam, terutama di dalam sektor sosial bermula Jun 1998. Sehingga September 1998, dengan ketiadaan Anwar, kita menyaksikan kembalinya projek mega terutama Putrajaya dan Bakun dan juga beberapa projek yang tidak begitu menyerlah. Bulan lalu, Menteri Kewangan kedua mengumumkan bahawa tiada lagi tender terbuka bagi meningkatkan perbelanjaan awam. Jadi, kita telah menjalani satu pusingan penuh, iaitu kembali menjalankan projek mega yang membazir dan juga pengamalan kronisme dan ketidak-telusan.  Dan ini semua berlaku sebelum pilihan raya, seolah-olah mereka tidak mengendahkan pandangan rakyat. Anda boleh menjangkakan yang lebih buruk selepas pilihan raya dengan penswastaan khidmat kesihatan, dan juga kesan-kesan buruk ke atas kesihatan golongan yang kurang mampu.

15. Petronas telah diarahkan untuk mengambil-alih proton. Tidakkah ini merupakan kes mereka yang cuba mengaut untung setelah menjangkakan ketidak-pastian masa depan Proton menjelang AFTA dan WTO? Ataukah ini merupakan bail-out yang jelas?

Berdasarkan maklumat yang saya miliki kini, adalah amat sukar untuk ditentukan. Tahun-tahun sebelumnya, Mahathir telah secara tidak langsung meraikan pandangan yang dilahirkan oleh mendiang Dr Chee Peng Lim dan juga saya yang memberikan maklum balas terhadap pengumuman projek proton pada awal 80an. Tetapi kini strategi beliau tidak sebegitu jelas. Dalam keadaan beliau mengakui kemungkinan-kemungkinan di dalam perkembangan industri automobil antarabangsa, beliau masih mendesak agar proton berjalan seperti biasa.

Mungkin kepimpinan baru akan menjernihkan suasana, dengan mengurangkan kepentingan individu di dalam proton, dan pandangan yang lebih pragmatik, tetapi buat masa ini, saya tidak yakin ini akan menjadi kenyataan. Ia seumpama take over yang akan membolehkan Dr Mahathir mengawal projek dan mengarahkan hala tujunya mengikut apa yang beliau fikir sesuai.  Terdapat cakap-cakap bahawa pembuat kereta Amerika akan membeli sahamnya dengan harapan akan membawa sinar baru atau terus berada dalam pasaran terbuka melalui take over itu. Anda mungkin benar dengan mengatakan ianya bail-out.

16. Bolehkah tuan memberikan sedikit gambaran tentang  pemerolehan Petronas terhadap MISC? Adakah ini benar-benar bail-out?

MISC membuat untung dan kebanyakannya datang daripada kontrak jangka panjang Petronas kepada MISC untuk membawa petroleumnya ke Jepun. Bahagian ini tidak begitu kontroversial. Tetapi Petronas yang dibiayai oleh pemerolehan MISC ke atas Konsortium Perkapalan - yang dimiliki pula oleh Mirzan yang merupakan anak Mahathir yang dibelenggu oleh hutang - telah dilihat sebagai bail-out. PM menafikannya lagi dan saya tidak pasti berapa ramai yang mempercayainya.

17. Terdapat persepsi bahawa berleluasanya kronisme dan nepotisme di kalangan golongan atasan? Bolehkah tuan berikan contoh yang jelas?

Sejarah perniagaan besar di dalam negara ini semenjak pertengahan 80an, adalah penguasaan kronisme, terutama jika ianya melibatkan perniagaan yang mempunyai kaitan dengan kerajaan, contohnya penswastaan, tender tertutup, penawaran kontrak dan peluang perniagaan lain, dan juga selalunya melibatkan akses kepada kredit. Sebahagian besar kroni yang awal boleh dijustifikasikan memandangkan terdapatnya DEB atau pengelompokan dana parti, tetapi keadaan telah berkembang  melampaui batas tersebut.

Berbeza dengan hubungkait yang biasa di antara kroni dan DEB, terdapat beberapa bukti meyakinkan di kalangan bukan Melayu yang melingkari Mahathir, Daim dan politikus berpengaruh lainnya telah mengumpulkan kekayaan yang tidak sedikit.  Tetapi hubungan yang wujud berubah-ubah, tidak tertakluk kepada satu kerangka perhubungan yang homogeneous dan statik.

Nepotisme kelihatannya lebih jelas di perkatakan sejak tahun-tahun kebelakangan ini, dengan kebanyakannya melibatkan Mahathir, Ling Liong Sik, Samy Vellu, anak-anak Taib, kerabat Daim dan menantu Rafidah.

Melihat kepada risiko menerbitkan edisi kedua buku Cambridge University Press, Malaysia’s Political Economy oleh Terence Gomez dan saya sendiri, telah banyak usaha dilakukan untuk menyiapkannya, terutama Gomez (Politics in Business, 1990, the Money Politics In The Barisan Nasional 1991) dan Political Business 1994) tetapi bahan lain seperti Business International, Ozay Mehmet, Peter Searle dan Fadzillah Abdul Samad, terdapat banyak lagi buku yang boleh ditulis mengenainya.

Malah PM sendiri mengakui wujudnya amalan kronisme dan bersetuju bahawa kegawatan tidak boleh dihuraikan dengan alasan kronisme. Namun, saya berpandangan bahawa maklum balas tentang polisi di Malaysia begitu dipengaruhi oleh pertimbangan yang kronistik.

18. Di bawah kepimpinan Dr Mahathir, negara telah menghadapi beberapa kegentingan ekonomi. Bolehkah tuan menyenaraikan kegentingan ini  dan siapa atau apa yang menyebabkannya?

Berapa lama anda ingin temu bual ini berlangsung. Saya boleh meneruskannya untuk jangka masa yangpanjang. Biar saya menyatakan secara ringkas sesetengah kegentingan yang berlaku, seperti yang anda letakkan dengan begitu bersantun.  Kebanyakannya dilakukan secara ‘setengah masak’.

 Kegagalan menggunakan syarikat Maminco untuk menyudutkan pasaran timah dunia, mengakibatkan kerugian lebih RM600 juta untuk kali pertama (lihat Jomo[ed.] Undermining Tin 1990) yang mengakibatkan kejatuhan harga timah dan menjatuhkan kemampuan perlombongan timah Malaysia yang diwarisi sejak berzaman.

 Pinjaman kepada George Tan dan rakan-rakan di Hong Kong oleh BMF, subsidiari BBMB yang mengakibatkan kerugian mencecah berbilion ringgit.

 Pinjaman selanjutnya oleh BMF untuk menampung kerugian ini yang kemudiannya meningkatkan kadar kerugian kepada RM2.5 bilion

 Pengambilan simpanan pekerja daripada tabungan KWSP, pertamanya kerana gagal untuk menampung kerugian Maminco kepada Makuwasa, dan kemudian mewujudkan beberapa kaunter terpilih setelah kejatuhan pasaran pada 1986.

 Kerugian RM1.5 bilion daripada simpanan oleh sejumlah 600,00 penyimpan majoriti cina di 24 buah koperasi (DTC) yang dikuasai oleh parti komponen BN.

 Kejatuhan pasaran saham atas rangsangan oleh Pan-El yang melibatkan pimpinan MCA, Tan Koon Swan

 Peningkatan NPL di dalam sistem perbankan kepada 28% pada 1988 selepas pasaran saham dan hartanah merudum selepas 1986.

 Kegagalan Perwaja di dalam industri besi merugikan berjuta ringgit

 Kegagalan lima buah sogososhas atas desakan kerajaan yang melibatkan kerugian ratusan juta ringgit.

 Peningkatan besar kadar pinjaman asing oleh kerajaan kepada Jepun atas sebab kenaikan yen (endaka) pada lewat 85 disebabkan terutama oleh polisi Pandang Ke Timur dan polisi pengindustrian yang terlalu ketat.

 Penswastaan atas dasar ’siapa cepat dia dapat’ yang akhirnya menggalakkan kronisme.

 Tentunya dalam tahun 1986 pindaan kepada OSA mempastikan tiadanya ketelusan dan dengan itu tiada semakan kepada kecelaruan, meskipun terdapat janji-janji manis sejurus selepas krisis melibatkan Anwar untuk meningkatkan kadar ketelusan. Menteri Kewangan kedua dengan lantang mengatakan bahawa mereka akan menggantung tender terbuka, kononnya untuk menggiatkan pergerakan! Mereka fikir kita bodoh.

 Kegilaan PLUS, yang melibatkan subsidi awam yang besar ke atas UEM dan Renong - dan UMNO - dalam bentuk tol yang tinggi, kos bangunan meningkat, soft goverment loans, pendapatan cukai minimal kepada kerajaan dan pindaan kepada aset kerajaan yang memberikan kos minimal.

 MOU dengan kerajaan British untuk membeli 1.5 bilion pounds kelengkapan senjata, dan dengan keuntungan besar kepada wakil-wakil UMNO.

 Banyak syarikat binaan Korea dan Jepun dibenarkan untuk membina atas dasar ‘turn key’ dengan peralihan teknologi yang sedikit atau manfaat bersih yang sedikit kepada ekonomi negara.

 Rakyat perlu menanggung berbagai kos ‘projek mewah’ yang melibatkan kos dan manfaat yang sedikit kepada negara, contohnya, Daya Bumi yang berharga RM314 juta bernilai RM70 melebihi bid terendah bagi menampung bangunan berkenaan.

 Projek Mountain Highway yang mengancam alam sekitar di antara genting ke Cameron Highlands yang asalnya berharga RM600 juta kini meningkat melebihi RM2 bilion

 Projek tambakan yang merosakkan alam sekitar di pantai barat semenanjung dianggarkan bernilai RM30 bilion!

 Lengkok yang tidak munasabah (untuk menjadikannya yang terpanjang) bagi tujuan pembiayaan jambatan ke Sumatera yang akan menelan belanja berpuluh bilion ringgit.

 Cadangan lapangan pesisir pantai di Pantai Merdeka, kurang 50km daripada lapangan terbang antarabangsa Langkawi dan Pulau Pinang, mungkin akan menjadi lapangan terbang termahal dan tidak begitu dimanfaatkan.

 Putrajaya dijangka menelan belanja RM20 bilion, termasuk istana PM bernilai RM200 juta

 Projek Empangan Bakun yang dipulihkan semula, pada asalnya bernilai RM15 bilion untuk mengeluarkan 2500MW elektrik, yang akan tentunya menaikkan harga elektrik kepada rakyat, kini akan meningkat nilanya kerana ia menelan belanja RM5billion untuk menjana 500MW!

 Salah guna kuasa untuk ‘bail-out’ dan proses penyusunan semula, yang akan membebankan rakyat hanya untuk membantu kroni dan sanak saudara kalangan politikus terdekat.

 Polisi murahan dan retorik kosong yang meremehkan iklim pelaburan dan melembapkan pemulihan ekonomi

Cukup? Itu hanyalah senarai yang berlegar dalam kepala saya. Saya percaya ramai lagi yang boleh menambah senarai tersebut.

19. Adalah dikatakan bahawa kecenderungan Mahathir ke arah industrialisasi telah mengabaikannya dari melihat kepada pengeluaran makanan. Sepenting manakah pengeluaran makanan kepada ekonomi negara?

Benar bahawa di dalam tiga versi polisi Pertanian Negara - 1984, 1992 dan 1999, komitmen  untuk mencukupkan bekalan beras negara telah menurun. Selepas kegawatan ini , terdapat ketikanya bilamana semangat itu kembali untuk memulihkan pengeluaran makan, tetapi kebanyakan usaha menemui jalan buntu. Namun, ianya tidak adil untuk kita katakan pengeluaran makanan telah diabaikan langsung. Kita lihat kepada pengeluaran ayam, penternakan ikan dan babi.

‘Kawalan makanan’  telah tidak begitu mendapat perhatian meskipun terdapatnya penekanan  ke atas pengeluaran komersial yang menguntungkan, terutama melibatkan eksport.

20. Sementara Mahathir telah menjalankan projek Industri besar, beliau telah gagal untuk membina jaringan di antara peniaga IKS yang boleh memberikan dampak dan ruang ke arah industrialisasi yang lebih positif.

Sewaktu kita menyorot ke timur, kita tidak hanya harus melihat Korea, tetapi juga  kepada Taiwan, yang juga telah menunjukkan kejayaan besar di dalam industri berasaskan eksport, tetapi dengan kemampuan dalaman untuk membina kekuatan usahawan IKS. Pemahaman yang dalam kepada ekonomi jepun dan sejarah ekonomi akan memberikan pengajaran yang sama, tetapi polisi yang diperkenalkan daripada atas, dengan kurangnya runding-cara, keterbukaan untuk menerima maklum balas dan keupayaan untuk berdebat secara terbuka,  dengan kesan-kesan tragik yang merugikan telah mengakibatkan kita terkebelakang. Selain daripada kedudukan ‘big is beautiful’ kita seharusnya selesa dengan kedudukan ‘better smaller but better’.

21. Di antara 1975 hingga 1990, malaysia mampu mengurangkan jurang perbezaan pendapatan ke tahap tertentu. Namun begitu, semenjak awal 90an, jurang di antara ‘have-a-lot’ dan ‘have-a-little’ menjadi begitu ketara. Apakah puncanya?
 

Sebenarnya kebanyakan pembangunan di bawah objektif DEB di antara 1970 dan awal 1980; perkembangan akan lembap semenjak daripada itu, meskipun ekonomi memuncak. Kadar kemiskinan jatuh daripada setengah pada 1970 kepada 20% dalam tahun 1984 dan ini mungkin mencapai 10% 10 tahun kemudiannya.

Hak bumiputera di dalam kekayaan korporat mencapai jumlah harga  nominal meningkat dari 2.4% dalam tahun 1969 kepada 18% dalam 1983 dan sekitar 20% kini. Perbezaan ketara di antara 1983 dan sekarang adalah disebabkan kebanyakannya dikendalikan oleh individu, manakala pada awal 80an, kebanyakan nya dikendalikan oleh trust agency.

Gini coefficient of Income inequlity dan perbezaan pendapatan inter-ethnic  mungkin menurun pada peringkat ini, tetapi kelihatannya meningkat pada pertengahan 80an - bukanlah merupakan pembangunan ekonomi yang sihat, berpunca daripada polisi-polisi yang diperkenalkan.

22. Pengkritik Mahathir mengatakan bahawa beliau telah melaksanakan pendekatan pembangunan ekonomi yang berat sebelah, memberikan penekanan kepada pembangunan fizikal dan material tanpa memberikan perhatian kepada kesejahteraan rakyat. Adakah ini penilaian yang tepat kepada beliau?

Benar, tetapi piawai kehidupan telah meningkat semenjak merdeka, di bawah DEB, malah pada satu setengah dekad terakhir telah timbulnya ketidakseimbangan. Baru-baru ini terdapat pandangan rasmi yang menimbulkan isu jangka hayat, meskipun kebanyakan orang bimbang hal ini akan hanya menjadi satu retorik.

23. Mahathir tampil seperti seorang nasionalis ekonomi yang mempertahankan kepentingan negara. Sejauh manakah ini benar bagi beliau?

Saya berkongsi pandangan ekonomi nasionalis beliau. Tetapi bukan kesemua agenda ekonomi yang beliau gariskan. Tetapi saya bimbang kerana beliau cenderung untuk memburukkan nama ‘ekonomi nasionalis’ memandangkan beliau tidak begitu sistematik dalam memberikan analisis, malah membaca perkembangan berasaskan plot, konspirasi dan lain-lain. Bukan sahaja kita akan menyalak kepada pihak yang salah, tetapi kita juga mungkin akan menyakitkan golongan yang sepatutnya.

Nasionalis sebenar akan berusaha untuk menyatukan negaranya atas nama usaha pembangunan, dan ini akan melibatkan semua bagi menanggung risiko, contohnya melalui penyebar-luasan usaha. Nasional tulen akan berusaha menyatukan negara, seperti Mandela yang berjuang menyatukan rakyat.

Adalah memalukan bahawa beliau tidak berlagak seperti negarawan. Sejarah akan mengadili beliau. Pencapaian beliau selama ini akan dibayangi oleh kejahatan di dalam dirinya sendiri. Malang sekali.

24. Mahathir kritikal terhadap sebahagian aspek globalisasi. Adakah kritikan beliau konsisten dengan tindakan?

Seseorang perlu mengakui bahawa pandangan beliau terhadap globalisasi telah berubah dari semasa ke semasa dan beliau telah menjadi lebih berhati-hati berbanding masa ketika beliau mengagungkan pandangan sahabatnya, Ohmae tentang dunia tanpa sempadan dan meletakkan cabaran sezaman. Mungkin kecaman Keneichi terhadap layanannya kepada Anwar telah mengubah pendiriannya terhadap Keneichi. Saya rasa kita semua setuju bahawa globalisasi mempunyai dua sisi, iaitu membawa peluang dan cabaran sekali gus.

Kita mungkin juga bersetuju terhadap sesetengah masalah berkaitan kewangan atau liberalisasi akaun modal, tetapi saya lebih cenderung mengambil pendekatan analisis sistematik berbanding pembacaan konspirasional.

Apabila beliau beralih arah untuk pendekatan yang lebih sistematik, beliau terkadang sedikit mendesak. Sebagai contoh, saya simpati dengan desakan beliau agar reformasi sistem kewangan antarabangsa dijalankan, tetapi tidak pula mendesak untuk tindakan sewaktu September 1998 melainkan dunia mengiktirafnya - menjadikan kedudukan Malaysia menjadi tidak praktikal.

Beliau cuba untuk membezakan antara spekulator jangka pendek dan pelabur jangka panjang, tetapi sering mengaitkan sesuatu yang picisan, seperti spekulator mata wang yang merupakan hanya sebahagian daripada keseluruhan masalah. Sebagai ahli politik, beliau memerlukan perhatian ramai tetapi jika beliau begitu meyakini retorik yang beliau sampaikan, maka kita sebenarnya berada dalam bahaya  atas implikasi yang berpunca daripada analisis dan polisi yang salah.

Pemerhati sebenarnya telah tidak yakin dengan kerajaan kini, dan ini mungkin akan menggencatkan keyakinan ke arah pemulihan. Jika benarlah terdapat konspirasi di dalam ekonomi, maka mengapakah beliau terlalu melayannnya? Mengapakah ini semua dijadikan bahan kepada wartawan asing? Mengapa diadakan pertemuan yang kerap dengan pengurus dana - mereka yang didakwa mengadakan konspirasi? Mengapa diwujudkan bond di USA, sarang para konspirator? Mengapa beliau berbicara tentang apungan bond Euro - yang melibatkan konspirator besar?

Sehingga kini, banyak perhatian diberikan untuk mencemuh pengurus wang contohnya spekulator mata wang. Mengapa Salomon Smith Barney? Jika mereka berkonspirasi, mengapa mempercayai IMF ketika mana mereka mengatakan bahawa kita berada dalam keadaan yang baik - lagi pun, siapa tahu bahawa mereka mungkin sebenarnya melekakan kita sementara menyediakan pelan serangan selanjutnya. Anda boleh melihat kecelaruan implikasi ke atas pertembungan sikap sebuah rejim yang diketuai oleh - terbayangkah? - seige

25. Bagaimanakah Anwar berbeza daripada Mahathir di dalam falsafah dan pendekatan ekonomi?

Kini mereka bertembung, adalah lebih mudah untuk memperbesar-besarkan perbezaan mereka berdua. Tetapi dalam banyak hal, mereka mempunyai persamaan dari segi pendekatan yang populis, nasionalis dan sentuhan developmentalist, cuma saya fikir, mereka mempunyai pandangan terhadap hasrat pembangunan yang berbeza. Anwar kelihatannya lebih menekankan persoalan ekuiti dan keseimbangan contohnya alam sekitar, kawasan luar bandar dan pertanian. Saya juga berpandangan Anwar lebih populis, sementara Mahathir lebih menampilkan watak pemandu pembangunan yang ‘lebih tahu’, dengan sedikit perhatian terhadap penglibatan popular.

Terdapat lebih banyak perbezaan dari segi gaya - bukannya inti - sementara Anwar melibatkan diri dalam unsur-unsur desakan yang berbeza, manakala Mahathir menunjukkan sikap penentangan yang jelas dan ketara.

Lalu, saya tidak meyakini bahawa Anwar akan menentang Mahathir di dalam kepimpinan parti meskipun beliau menyimpan hasrat yang tinggi. Lagipun, pemilihan parti 1996 telah tidak begitu memihak kepada beliau dan beliau juga dikaitkan dengan polisi ekonomi yang tidak begitu popular semenjak 1997. Apa yang lebih penting, beliau tidak begitu tamak seperti yang didesak oleh kebanyakan penyokong beliau. Beliau lebih mengharapkan agar ‘si tua’ akan meletakkan jawatan menjelang kegawatan terutama selepas jatuhnya Suharto. Tetapi jika cara Anwar meletakkan beliau di kedudukan itu, pihak yang satu lagi pula kecenderungan yang sama, menghasilkan apa yang telah berlaku kini.

26. Di antara kedua-dua pendekatan - Mahathir dan Anwar - siapakah yang mempunyai peluang yang lebih untuk menjamin keadilan sosial dan kesejahteraan ekonomi bagi negara ini di dalam era globalisasi?

Saya perlu mengakui bahawa keangkuhan Mahathirlah yang melayakkan beliau untuk menafikan ketetapan konvensional di dalam pasaran, media dan IMF sehingga mencari kepada alternatif yang lain. Saya menghargai kebebasan di dalam pemikiran Mahathir meskipun kebimbangan turut berputik dari punca yang sama, bahawa keangkuhan jugalah membutakan matanya daripada menyedari permasalahan kini.

Kita kini mempunyai masalah kerana mengetahui terlalu sedikit, sedangkan kita seharusnya lebih banyak mengetahui, bagi mengelakkan kita membuat keputusan yang salah.

Saya menghargai Mahathir kerana melewati pemikiran, cuba mencari daerah baru untuk pembangunan dan sebagainya, tetapi beliau juga terlalu mudah dibeli oleh projek, sama ada industri berat sewaktu di pertengahan 80an, ataupun MSC pada pertengahan 90an. Meletakkan kesemua telur di dalam bakul industri berat yang juga telah mengakibatkan krisis pada pertengahan 80an. Meskipun ia tidak akan menjadi satu kerugian yang mutlak, MSC tidak begitu mampu menjamin kemapanan pembangunan pada dekad akan datang.

Sikap pragmatik Anwar lebih bersesuaian - dan keran itu diperlukan - di dalam persekitaran hari ini, tetapi kita harus berhati-hati untuk terjerumus ke dalam oportunisme tidak berprinsip yang bertopengkan pragmatisme.

Malah Mahathir mempunyai kekangan dalam soal keadilan sosial, terutama di dalam persoalan utara - selatan dan melayu - bukan Melayu, sementara Anwar lebih seimbang, konsisten dan tulen.

Komitmen Anwar terhadap ketelusan, pertanggungjawaban dan konsultansi boleh menjadi faktor kawalan bagi mengelakkan pembaziran dan sebarang kemerbahayaan.

10 Jun 1999