ISTERI MB TERENGGANU SEDANG GIAT MEMBODEK KAUM WANITA

Assalamualaikum dan Salam Reformasi kepada semua rakyat Malaysia yang perihatin terutamanya rakyat dearah Dungun.

Semenjak awal Mei lalu, MB Terengganu melalui kroni nombor 'wahid'nya sedang giat memutar belit dan memesongkan fikiran golongan wanita di negeri ini. Isteri beliau, Toh Puan Aishaton, sekarang ini saban minggu bertungkus lumus mengumpulkan seramai mungkin golongan pimpinan-pimpinan wanita di setiap daerah, bagi menyuntik jarum '' UMNO " ke dalam fikiran golongan wanita yang tidak berdosa dan naif ini dengan pelbagai dakyah kepada parti pembangkang.

Berlindung di sebalik satu program yang kononnya bagi menghargai 'warga-warga tua' dari seluruh pelusuk negeri, golongan ini diangkut dari setiap daerah dengan bas-bas, pada setiap minggu, kononnya untuk mengadakan lawatan ke tempat-tempat menarik dan bersejarah dalam negeri ini. Yang lucu dan memualkannya ialah, wanita-wanita yang diangkut sebahagian besarnya masih belum boleh dianggap tua, malah kadang-kadang masih muda bergetah. Tidak tahulah macammana perasaan wanita-wanita muda dan separuh umur ini apabila mereka dipanggil sebagai 'Warga Tua'.

Kebiasaannya wanita cukup sensitif jika dipanggil 'Si Tua', malah ramai yang sanggup merahsiakan umur, konon untuk disangka masih muda. Kita berharap wanita-wanita yang masih mengancam ini tidak menggadaikan harga diri dan maruh masing-masing cuma kerana janji-janji kosong dari 'pengampu' yang pernah menghentam dan mencarut Dato' Seri Anwar Ibrahim di hadapan guru-guru sekolah pada satu ketika dahulu sewaktu DSAI mula-mula dipecat.

 

Yang memalukan dan mengaibkan rakyat Terengganu ialah, isteri seorang tokoh ulama UMNO ?? sanggup menggunakan kemudahan kerajaan, tanpa segan..tanpa silu..tanpa rasa bersalah..malah tanpa rasa berdosa..kerana manggunakan hak rakyat untuk kerja-kerja parti. Hanya kerana nak memastikan kemenangan UMNO yang sedia nazak di negeri ini, hanya menunggu detik sakratul maut semasa pilihanraya nanti, mereka sanggup menggunakan hak kerajaan dan rakyat sewenang-wenangnya, seolah semuanya harta mak bapak mereka. Bas-bas hak kerajaan negeri, duit yang dikutip dari rakyat dan pegawai serta kemudahan kerajaan dikerah dan digunakan sewenang-wenangnya bagi memastikan agenda biadap itu terlaksana.

Kita tetap berharap wanita-wanita yang terpedaya ini, yang sebahagian besarnya merupakan pimpinan-pimpinan peringkat kampung dan daerah tidak akan tertipu dengan senang. Kegawatan dan kezaliman yang dilakukan ke atas kerabat UMNO sendiri ini (DSAI) diharap telah membuka minda mereka dari lena yang memanjang. Kalau dahulu, kezaliman ke atas PAS dan penyokongnya mungkin tidak dapat dilihat oleh mereka, tetapi diharap apa yang berlaku keatas DSAI akan merobah segalanya.

Jika itupun masih belum dapat menyedarkan, kita bimbang mungkin digolongkan dalam kelompok yang dilaknat Allah, yang mana, mereka diberi mata tetapi tidak mampu melihat kebenaran, mereka diberi telinga tetapi tidak mampu mendengar peringatan Allah, mereka diberi mulut tetapi tidak mampu berkata kebenaran, mereka diberi otak tetapi tidak mampu berfikir ke arah kebenaran, kerana mereka sesat. Diharap kita dijauhkan dari kemurkaan tuhan.

Kepada wanita-wanita ini, ikutlah nasihat Tok Guru Nik Aziz: "Mereka beri kain kita pakai, mereka beri gula kita makan, mereka beri duit kita guna, tetapi pangkah tetap PAS", demi kebenaran Islam.

 

Al-Ihsan
Terengganu
(irhab30@hotmail.com)