MENGAPA ORANG BUKAN ISLAM HARUS MENYOKONG PAS DAN BARISAN ALTERNATIF

Sejarah telah membuktikan bahawa kerajaan Islam tidak pernah mewujudkan satu polisi yang bertujuan menghalang orang bukan Islam daripada melibatkan diri dalam kegiatan ekonomi negara Islam, kecuali dalam beberapa kegiatan ekonomi yang bertentangan dengan syari’ah yang jelas memudharatkan manusia keseluruhanya yang juga dilarang ke atas orang Islam. Dalam kes-kes tertentu orang bukan Islam di benarkan untuk menjalankan kegiatan ekonomi yang tidak di benarkan keatas orang Islam kerana pemerintahan Islam berdiri di atas prinsip keadilan dan kebebasan agama.

1. Perlindungan Terhadap Harta Mereka

Salah satu daripada hak orang bukan Islam yang tinggal dalan negara Islam ialah hak untuk mendapatkan perlindungan harta daripada decerobohi dan dizalimi.

i. Pemerintahan Rasulullah s.a.w.

Abu Yusuf telah meriwayatkan dalam kitab al-Kharaj apa yang terdpat dalam perjanjian Rasulullah denga penduduk Najran:

"Untuk Najran dan wilayahnya pemeliharaan Allah dan tanggungjawab Rasulnya mengawal harta benda mereka, agama mereka, tempat ibadat mereka dan setiap apa yang mereka miliki, sedikit atau pun banyak…"

ii. Pemerintahan Umar Ibn al-Khattab

Dalam satu pesanan Umar kepada Abu Ubaidah bin al-Jarrah:

"Hendaklah kamu menahan orang-orang Islam daripada menzalimi mereka, dan melakukan apa-apa kemudratan terhadap mereka, dan laranglah orang-orang Islam daripada memakan harta benda mereka melainkan dengan adanya keharusan sahaja."

iii. Pemerintahan Ali Ibn Abi Talib

Ali telah berkata:

"Sebab pun mereka itu memebayar ‘jizyah’ ialah supaya darah mereka sama seperti darah kita dan juga harta benda mereka sama seperti harta benda kita."

Keadilan dan pelaksanaannya tidak tinggal hanya di bibir, tetapi dinyatakan melalui beberapa peraturan yang jelas:

a. Sesiapa yang mencuriharta benda orang bukan Islam dipotong tangannya.
b. Sesiapa yang merampasnya dikenakan ta’zir dan harta yang dirampas itu dipulangkan kepada tuannya.
c. Sesiapa yang berhutang dengan seorang bukan Islam hendaklah ia membereskan  hutangnya, sekiranya ia menangguhkan hutangnya, sedangkan ia seorang yang berada, maka ia akan dipenjarakan oleh pemerintah sehingga ia menjelaskannya.
 

2. Keperluan Asas dan Pembasmian Kemiskinan

i. Pemerintahan Abu Bakar as-Siddiq

Dalam Perjanjian Dhimmah yan g telah diadakan oleh Khalid bin al-Walid dengan penduduk al-Hirah di Iraq (mereka adalah terdiri dariapd orang-orang Masehi) terdapat kata-kata berikut:

 "Aku telah berjanji untuk mereka bahawa sesiapa saja orang dewasa yang lemah yang tidak apat bekerja, atau ia ditmpa suatu kemalangan, atau, ia seorang yangkaya tiba-tiba jatuh papa yan gmengharapkan kasihan belas ahli agamanya sahaja, maka aku tidak akan mengambil jizyahnya, dan ia bersama-sama keluarga rumahnya akan ditanggung oleh baitulmal orang-orang Islam."

ii. Pemerintahan Umar bin al-Khattab

Jaminan negara Islam dalam menyediakan keperluan asas dan taraf hidup yang minimum kepada orang bukan Islam dapat dilihat dengan jeals dalam pemerintahan Umar, seperti peristiwa berikut:
 
"Suatu masa Umar Al-Khattab ternampak seorang Yahudi tua meminta sesuatu daripada orang ramai, lalu beliau bertanyakan tentang halnya, lantas beliau mendapat tahu bahawa yang menyebabkan ia menjadi begitu adalah merana ketuaan dan keperluan hidupnya, Umar membawanya kepada pengurus Baitulmal orang-orang Islam, sambil memberi arahan kepadanya supaya mengeluarkan pinjaman kepadanya dan kepada orang yang seumpamanya daripada harta Baitulmal sekadar yang mencukupi mereka dan boleh membaiki keadaan mereka"
 

3. Kebebasan Berekonomi dan Mendapatkan Untung

Orang-oranag bukan Islam bebas untuk menjalankan kegiatan ekonomi dalam berbagai-bagai bentuk dan mendapatkan keuntungan. Mereka boleh memiliki, membeli dan menjual harta kecuali dalam aktiviti-aktiviti ekonomi seperti berikut:

i. Kegiatan ekonomi dan pembiayaan yang berunsurkan riba yang dilarang ke atas orang Islam dan bukan Islam. Diriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w telah menulis kepada orang Majusi Hajr, antaranya sabda baginda s.a.w yang bermaksud:

"Sama ada kamu meninggalkan riba atau kamu yang memulakan peperangan dengan Allah dan Rasulnya."

ii. Orang-orang bukan Islam bebas menjual arak dan babi kecuali di perkampungan Islam
iii. Menjalankan kegiatan perniagaan yang menjatuhkan maruah wanita atau menerbitkan majalah-majalah dan bahan yang berunsur seks serta menurunkan tahap moral masyarakat melalui berbagai-bagai bentuk perniagaan. Perniagaan seperti ini dilarang ke atas orang bukan Islam dan orang Islam.

iv. Kegiatan yang melibatkan kepentingan umum tidak akan diserahkan kepada individu untuk menjalankannya selain daripada aktiviti-aktiviti ekonomi yang di atas dan seumpamanya. Orang bukan Islam mempunyai hak untuk menjalankan kegiatan ekonomi secara bebas dan bekerja tanpa sekatan.

Dari segi pekerjaan dalam kerajaan pula, orang bukan Islam, sama seperti orang Islam juga, mempunyai hak untuk memegang jawatan kerajaan kecuali Ketua Negara, Ketua Kerajaan, Ketua Tentera, Kehakiman di kalangan umat Islam dan pengendalian dalam urusan sedekah dan seumpamanya. Umpamamnya Umar al-Khattab pernah melantik seorang Kristian untuk mengetuai pentadbiran kewangan di Madinah. Rasulullah s.a.w. pula pernah melantik seorang duta (Amr ibn Umaiyah) yang belum memeluk Islam ke Habyah.

Oleh itu, sekiranya orang bukan Islam di negara Islam mengatasi orang Islam dari sudut ekonomi lantaran usahanya yang jujur dan selari dengan peraturan Islam, maka itu ialah hak mereka. Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaskud:

"Sesiapa yang menzalimi seorang kafir yang diberi janji perlindungan oleh negara Islam atau mengurangi haknya atau memaksanya melakukan sesuatu di luar kemampuannya atau mengambil sesuatu yangmenjadi miliknya tanpa kerelaan hatinya, maka saya adalah penentangnya pada hari kiamat nanti."

Perbincangan ini mempunyai implikasi terhadap pembentukan satu dasar ekonomi negara yang mengambil perhiutngan perkara-perkara berikut:
 

i. Dasar ekonomi tidak seharusnya mengetepikan kepentingan dan kebajikan orang bukan Islam, selagi mereka bersedia dan sanggup untuk mematuhi peraturan dan perundangan yang termaktub dalam Perlembagaan Negara Islam.
ii. Dasar ekonomi yang mengambil kira pembasmian kemiskinan dan pengurangan jurang pendapatan sebagai objektif, seharusnya mengetepikan persoalan perbezaan kaum dan agama dalam perancangan dan perlaksanaannya.

iii. Dasar ekonomi negara seharusnya meletakkan syari’ah sebagai asas perancangan dan perlaksanaannya untuk memastikan keadilan sosial dapat dijamin dan mengelakkan polarisasai kaum ke arah integrasi nasional.

iv. Pemberiaan projek-projek atau tender harus lah berdasarkan kemampuan dan pengalaman disamping mempunyai matlamat untuk menghalang pengumpulan harta dikalangan segelintir rakyat serta memastikan projek tersebut berjaya di laksanakan untuk memberi manfaat kepada majoriti rakyat. Polisi ini sudah tentu akan memastikan pengagihan harta secara adil diantara orang bukan Islam dan orang Islam dan membantu mengurangkan jurang pendapatan intra-etnik dan inter-etnik dalam negara. Amalan nepotisme dan kronisme dalam pengagihan projek-projek  haruslah di hapuskan kerana ia bertentangan dengan prinsip agama Islam.  Isu keterbelakangan dan kemunduran dalam ekonomi beberapa kumpulan individu tanpa mengira kaum yang menyebabkan mereka tidak mampu bersaing dengan kumpulan-kumpulan individu lain harus diberikan perhatian serius dan langkah-langkah yang efektif harus di laksanakan untuk membantu membangunkan kedudukan sosio ekonomi mereka. Namun masalah `subsidy mentality' dan pergantungan yang berterusan kepada kerajaan juga harus di benteras agar kumpulan-kumpulan dan individu-individu lain juga di berikan peluang untuk memperolehi bantuan teknikal dan modal secara sementara daripada kerajaan sehingga mereka berdikari. Kaedah `if you give a man a fish you will survive for one day. If you teach a man how to fish he will survive for the rest of his life' harus di laksanakan dalam membangunkan syarikat-syarikat dan individu-individu yang masih memerlukan bantuan kerajaan. Mereka ini diberikan keutamaan dalam dasar ekonomi negara sehingga mereka mempunyai keperluan modal, pengetahuan teknikal  dan lain-lain yang mencukupi bagi menghadapi suasana ekonomi dan perniagaan yan agresif.
 

Menerusi perancangan pembangunan ekonomi yang sistematik, setiap rakyat samada Islam atau bukan Islam akan memperolehi sekurang-kurangnya keperluan asas dan di berikan peluang yang seluas-luasnya untuk terlibat dalam aktiviti keusahawanan melalui program pembangunan keusahawanan yang berkesan. Dalam negara Islam, lebih banyak projek-projek yang menguntungkan rakyat akan di agihkan secara adil oleh kerana projek-projek mega yang membazir yang hanya menguntungkan beberapa tokoh korporat yang rapat dengan pemimpin tidak akan di berikan tumpuan.

PERLUNYA KEPIMPINAN YANG BERKESAN

Semua program, projek dan dasar pembangunan yang menguntungkan majoriti rakyat akan dilaksanakan apabila wakil rakyat dan pemimpin yang membuat dasar serta perlaksana dasar terdiri daripada mereka yang tidak mempunyai kepentingan politik dan ekonomi. Amalan nepotisme dan kronisme yang memudaratkan negara dan rakyat akan berterusan menjadi budaya ahli-ahli politik UMNO dan BN selagi rakyat masih menaruh kepercayaan kepada mereka untuk memimpin. Sudah sampai masanya untuk rakyat berusaha membentuk senario politik, sosial  dan ekonomi yang cerah serta masa depan yang gemilang buat generasi anak-anak kita dengan menukar kepimpinan hari ini yang jelas gagal membawa kesejahteraan kepada rakyat akibat daripada sifat tamak politik dan ekonomi dan mementingkan diri sendiri sehingga bertindak di luar batasan agama dan nilai kemelayuan. Rakyat sudah tidak punyai pilihan lain. Rakyat memerlukan pemimpin yang berjiwa rakyat, tiada kepentingan diri dan bersedia mengorbankan diri dan harta untuk menegakkan keadilan dan kebenaran. Ciri-ciri tersebut ada pada pemimpin-pemimpin yang menerajui parti-parti pembangkang dalam Barisan Alternatif yang akan menggantikan kerajaan yang ada sekarang. Berikanlah peluang kepada mereka untuk membuktikan kemampuan mereka untuk memerintah setelah terbukti UMNO dan BN gagal untuk melaksanakan tanggungjawab dan amanah yang di serahkan kepada mereka oleh rakyat.
 

AHLI AKADEMIK KAKI JUANG