UMNO Menangis Di BESUT
 
         Setelah sekian lama tidak bersama didalam programUmno, saya menghubungi AJK pemuda Bhg Besut  untuk sekadar bertanya khabar beliau sahaja.Beliau dengan penuh rasa keciwa dgn sikap saya dan merayu supaya saya kembali semula bersama -sama menggerakkan Umno Besut(walaupun tugasan saya tak sebesar mana).Beliau mengatakan bahawa peluang saya untuk naik ke AJK Pemuda Besut adalah cerah.Beliau berjanji untuk melobi saya.Saya langsung tidak berminat dengan pelawaan tersebut kerana saya tahu bahawa itu semua adalah janji bodoh sahaja.Saya berbalik bertanya khabar tentang sahabat lama yang berada di dalam Umno,saya ingin  mengetahui peluang Umno adakah dapat bertahan mengusai 4 Dun dan 1 Parlimen di Besut.Beliau memaklumkan bahawa semejak kes DSAI Umno Besut semakin sepi di tambah pula dengan kemasukkan Ust.Aziz Abas  serta pengikutnya telah membuat kan Umno Besut,semakin lesu.Walaupaun begitu katanya selepas sedikit majlis penerangan serta penjelasan yang dibuat oleh Dato'Yusof Noor, Umno menampakkan sedikit bernafas dibumi Besut. Walaupun begitu selepas pelancaran KeADILan di Terengganu,nampaknya Parti tersebutberjaya menular ke Besut terutama dengan tersebarnya gambarDSAI yang di pukul didalam penjara telah berjaya menarik simpati rakyat.
 
            Yang terakhir sekali ialah yang amat perit dan menjadi pukulan maut (Giant Killer)kepada Umno Besut apabila PAS mengambil keputusan memecat Hj.ab.Lattif Mohd.,ini kerana dengan ketiadaan beliau maka PAS besut tidak lagi bermasalah dan dapat melaksanakan pogram serta perancanagan yg tersusun.Ditambah pula dengan kehadiran US.Nik Zawawi,Us.Aziz Abas serta Abg.Din Tausah,PAS berjaya menubuhkan 20 cawangan baru di Besut.Secara jujur juga  beliau menyatakan pada tahun 1995 hj lattif mohd lah sumber  dan punca kemenangan Umno dun Jerteh dan Umno Besut Amnya.

         Beliau juga meminta saya untuk mengumpulkan semua sahabat lama yang tidak bersama dengan Umno lagi untuk di buat satu majlis bersama-sama dengan Dr.Yussof Noor. Saya memaklumkan kepdanya bahawa saya sedikitpun tidak berminat untuk berrsasma Umno lagi,malahan saya meminta kepada beliau supaya bertaubat…..pada ketika itu beliau mula emosional  dan menghempap talifon.

Sekian
Kisah yang saya alami sendiri.
Semoga  menjadi iktibar dann semangat buat pejuang REFORMASI di seluruh Negara.