Apa motif Amerika jual senjata kepada Mesir?

Oleh WAN ABDUL LATIF WAN MUDA

 


Kapal perang Amerika Uss Nimitz yang membawa senjata canggih Amerika
Amerika Syarikat (AS) telah meluluskan penjualan senjata bernilai AS$3.2 bilion (RM12.1 ribu juta) kepada Mesir yang terdiri daripada kelengkapan pelbagai jenis termasuk penghantaran pesawat pejuang, kereta kebal dan sistem peluru berpandu Patriot.

Perjualan ini adalah terbesar di antara pernah diterima selepas hubungan Washington-Kaherah bertambah intim.

Detik permulaan hubungan yang akrab terjalin pada 1979. Pada tahun tersebut Washington beraya memujuk Mesir untuk menandatangani Perjanjian Camp David menamatkan hubungan tegang Mesir dan Israel yang pernah beberapa kali terlibat dalam peperangan secara langsung.

Perjanjian tersebut menekankan, mengelak penggunaan tentera yang boleh mencabuli kepentingan bersama, seterusnya bermakna pengiktirafan kewujudan entiti Israel. Sebelum tempoh tersebut, dianggap memimpin dunia Arab dan menentang pengiktirafan terhadap negara rejim Yahudi itu.

Dengan kelulusan yang dijangka diberikan oleh Kongres tidak lama lagi, ia agak menarik. Apakah pandangan ataupun motif kongres meluluskan penjualan tersebut. Jika dinilai dan dilihat menurut perkembangan negara tersebut dalam hubungan serantau serta dengan Barat, ia jelas begitu istimewa. Ini memandangkan kelulusan Kongres bukannya mudah kerana ia terpaksa melalui beberapa tapisan selain lobi Yahudi yang agresif, iaitu senjata yang dihantar mestilah diperiksa kualiti bagi memastikan ia tidak mengancam Israel.

Hubungan Amerika-Mesir sepanjang 20 tahun (1979-1999) nyata mempunyai status tersendiri dan Mesir pula dilihat menjadi sekutu yang semakin penting. Setakat ini, hubungan intim dijalinkan dengan Turki yang merupakan sekutu dalam Nato di kalangan Arab.

Kaherah telah menunjukkan sokongan tanpa berbelah bagi ketika Amerika memimpin serangan ke atas Iraq. Sekalipun begitu sungguhpun selaku sekutu ia tetap penting, namun sumbangan Amerika selepas Perang Teluk menurun. Ini mungkin berpunca daripada geostrategik. Kedudukan tersebut telah diambil-alih oleh Turki yang sebanyak memiliki pengkalan tentera Amerika selain berdekatan dengan sempadan Iraq.

Dalam tempoh pertama bagi tahun 1979-1991, Mesir tetap mendukung komitmen yang disepakati dan beberapa kali 'meninggikan suara' terhadap Muammar Ghadafi yang selari dengan dasar Rumah Putih.

Mesir nyata masih setia memelihara komitmen dengan Israel. Atas dasar ini ia bersama-sama dengan menyusuri kehendak Washington, Mesir pernah memperoleh 'durian runtuh' apabila Amerika brtindak melupuskan hutang ketenteraannya bernilai lebih AS$7,000 juta. Ini merupakan sebuah negara Arab pertama yang mendapat keistimewaan tersebut.

Begitupun, Mesir kadangkala melahirkan kegusaran ekoran tingkah laku pengurusan diplomasi dengan Baghdad yang sering membawa malapetaka serangan. Selain itu, Kaherah masih 'mengugut' untuk memajukan senjata nuklear disebabkan Israel tidak menerima Non-Proliferation Treaty (NPT) yang sudah diterima oleh kebanyakan negara dan pemilikan tersebut merupakan ancaman terbesar kepada dunia Arab amnya.

Dengan rancangan pembentukan kunci keselamatan menerusi kekuatan senjata, pemindahan senjata bernilai RM 132.2 bilion yang diumumkan, Mesir turut menerima habuan kerana dimasukkan ke dalam senarai 5 negara yang membantu operasi Desert Storm.

Dalam tahap kedua pula, iaitu bagi tempoh lapan tahun (1991-99) Mesir membayangkan kesediaan menghadapi ancaman baru yang sudahpun ditanggapi oleh Barat - gerakan Islam sebagai pihak pelampau. Sebelum Hosni Mubarak, Presiden Anwar Sadat terbunuh di tangan kumpulan tersebut yang merupakanharga yang terpaksa dibayarnya apabila memburu tokoh gerakan Islam dari Hulu Nil sehingga ke Kaherah, mengongkonglebih 20,000 buah masjid, pelaksanaan 'Jehan Law' dalam undang-undang perkahwinan dan dasar berbaik-baik dengan Israel.

Kaherah diberikan penghormatan apabila menjadi tuan rumah Sidang Pangaan di Sharm El Sheikh pada 1996 yang ditaja oleh Washington. Peristiwa serangan dan pembunuhan pelancong asing di Luxor telah menambah tekanan kepada pergerakan Islam, seterusnya mereka dikaitkan dengan rancangan melumpuhkan ekonomi dan menumbangkan kerajaan.

Satu contoh jelas ialah pengusiran Sheikh Omar Abdul Rahman selain larangan ke luar negara terhadap pemimpin Ikhwan Muslimin.

Dasar ini dianggap lunak oleh Barat dan mereka telah mendapat saluran sama ada untuk tujuan ekrtradisi atau sebagainya.

Selepas Setiausaha Pertahanan, Willian Cohen mengadakan lawatan sembilan hari ke Teluk dan Asia Barat, pengumuman penjualan kepada Mesir dikemukakan, ia mengandungi 24 pesawat pejuang F-'16, peralatan untuk 200 kereta kebal MIAI dan sistem peluru berpandu Patriot-3.

Pembelian tersebut akan dibiayai menerusi bantuan tahunan ketenteraan bernilai kira-kira AS$1.2 bilion yang diterima dari Amerika.

Sesuatu yang pasti ialah, keputusan Kongres sudah pasti dibayangi lobi Yahudi yang merupakan penentang kuat pemindahan senjata terutama yang melibatkan negara jiran. Bahkan sebelum ini, pakar Israel telah memeriksa senjata yang dihantar ke Arab Saudi.

Diukur aspek jaraknya antara Kaherah dengan Israel hanya 250 batu, iaitu lebih dekat berbanding Baghdad yang pernah melancarkan serangan Scud.

 

Ke Laman Utama