SURAT TERBUKA UNTUK DATIN SERI WAN AZIZAH

Daripada Pembaca

Assalamualaikum,

Datin Seri Azizah,

DSWA, saya sa-bagai saorang insan sungguh simpati dan terharu pabila mendapat tahu, bahawa DSAI di-jatuhkan hukuman enam tahun penjara. Saya dapat bayangkan betapa pedih dan pilu-nya perasaan DSWA di-atas perkhabaran itu, betapa hancur-nya sabagai saorang isteri, betapa hancur-nya sabagai saorang ibu, saolah-olah satu titik hitam telah berlaku terhadap keluarga DSWA sendiri. Bayangkan -lah tiada lagi orang yang tersayang, tiada lagi orang yang selalu DSWA sanjung dan tiada lagi bapa yang sentiasa mendampingi keluarga. Segala-segala-nya apa yang di-lihat hari ini burung patah sayap-nya. Di-sabalik itu pula syukur kapada Tuhan swt betapa DSWA sendiri dapat berdikari tanpa penat lelah kesana kemari untok membela maruah keluarga yang telah di-cemarkan oleh saorang yang zalim. Kalau dulu DSWA saorang yang lemah lembut, keibuan , tapi hari ini rakyat Malysia dapat melihat betapa DSWA disanjung sa-bagai saorang wira yang memperjuangkan satu hak yang perlu di-tentang. Kesetian DSWA kapada keluarga , anak-anak, suami dan Negara Malaysia tidak berbelah bahagi, keadilan yang ingin DSWA tunjukkan kapada rakyat Malaysia merupakan satu perjuangan yang bagitu jitu dan keberanian DSWA mempertahankan maruah keluarga dan suami membuatkan rakyat Malaysia sama-sama rasa terharu dan simpati.

DSWA, dengan ada-nya peristiwa hitam yang di-alami oleh DSAI itu, dengan sendiri-nya rakyat Malyasia mula membuka mata dan membuka minda untuk berfikir sasuatu yang merupai hak dan Keadilan. Kalau dulu rakyat Malaysia dan mungkin DSWA sendiri tidak sedar akan bencana yang menimpa kaatas Negara kita saperti Highland Tower, kekeringan air, jerebu penyakit-penyakit dan sekarang timbul pula JE ada-lah datang sabagai bala yang diturunkan oleh Tuhan swt . Dari satu kejadian hingga ka-satu kejadian lain rakyat dan pemimpin negara masih ragu-ragu dan tidak dapat menerima bahawa kejadian itu ada-lah bala. Rakyat Malaysia leka di-buai oleh dakyah berita dari kerajaan, rakyat Malaysia lupa akan nekmat Tuhan, sa-umpama, segala yang terjadi itu ada-lah kebetulan. Dengan timbul-nya segala tuduhan terhadap DSAI maka mula rakyat membuka mata dan minda dan sememang-nya ada orang tidak percaya akan tuduhan-tuduhan itu. Namun , apa saja yang terjadi walaupon pekara itu benar atau tidak hanya DSAI dan DSWA dan keluarga yang merasai dan mungkin dengan ada-nya tuduhan itu DSAI sendiri mula berfikir adakah ia-nya satu tuduhan atau pun satu bala. Rakyat telah lama di-asoh dan di-ajar oleh pemimpin negara terutama dari golongan UMNO dengan ajaran songsang di-mana kalangan pemimpin boleh melakukan apa saja walaupun melampaui batas tapi rakyat di-suruh bersopan santun, ini-lah kenyataan bala yang turun.

DSWA, di-ketika DSAI merajui negara, beliau telah mendapat mandat dari Mahathir untok men-jalankan tugas-nya bebas, DSAI di-beri keistemewaan di-dalam apa saja yang dia mahu, beliau sendiri telah membentuk rakyat negara ini mengenali di-sini Islamm dan di-sana Islam, banyak juga ciri Ilmiah yang DSAI bawa untuk di-padankan dengan pergerakan Islam yang telah ada . DSAI di-belai dan di-sanjung sabagai sa-orang pemimpin yang berani di-ketika itu, di-mana saja DSAI ber-ucap di-mana saja perjumpaan yang DSAI terlibat tumpuan tetap di-beri kapada beliau. Namun bagitu apa yang rakyat dapat rasai di-masa beliau terajui ada-lah sama saperti rakyat terima pada hari ini , malah kadang-kadang rakyat menerima tekanan yang tidak sapatut di-rasai. DSWA , kita sapatut-nya bersyukur kapada Tuhan swt kerna dengan ada-nya kes yang berlaku, rakyat menyedari betapa korup dan zalim-nya kerajaan yang merintah. Selama ini segala agenda yang pemimpin UMNO tunjukkan saolah-olah dia-lah pembela rakyat, dia-lah yang adil.

 

 

DSWA, di-masa kes mahkamah berjalan, semua rakyat tertumpu kapada DSAI dan olehkerana tuduhan yang di-keluarkan tidak revelen lansung dengan saksi yang di-kemukakan, nyata-nya palsu belaka , maka rakyat mula menyedari bahawa Mahathir telah memainkan peranan yang besar untok menjatuhkan DSAI. Dengan ada-nya berita-berita yang di-keluarkan membuat rakyat menjadi keliru dan tidak dapat berbuat apa-apa. Pada masa itu rakyat hanya di-beri satu suntikan kata-kata yang di-tinggalkan oleh DSAI dan di-teruskan DSWA sendiri, iatu TIDAK ADIL.

Rakyat di-beri penjelasan yang bagitu meluas sekali tentang tidak adil -nya Mahathir. Namun

bagitu sedar-kah rakyat dari mana datang perkataan tidak adil itu. Samemang-nya puak-puak

UMNO dari dulu lagi menjalankan tugas yang di-amanah dengan tidak adil-nya dan kes yang berlaku itu ada-lah di-antara kaum kerabat UMNO sendiri . Apakah selama ini DSWA tidak dapat melihat betapa pincang-nya parti UMNO ini hinggakan orang yang sanggup berkorban apa saja untok kemahuan-nya di-fitnah bagitu rupa.

DSWA, di-masa hukuman enam tahun di-jatuh kan, pada pandangan saya, usah di-kenang nasib yang menimpa , usah di-ingati keluarga yang di-tinggal kerna hukuman yang di-jatuhkan ada-lah dorongan dari DSAI sendiri. Apa yang patut DSAI fikirkan, ada-lah, kembalikan fikiran dan ingatan kapada 17 tahun yang lalu, di-mana mula-nya langkah untok menuju apa yang DSAI rasai hari ini. Selama 17 tahun DSAI berada di-dalam UMNO , apakah tidak dapat DSAI menilaikan betapa tidak ada rakyat MADANI di-dalam UMNO, tiada pemimpin yang jujur, tiada iklas dalam mentakbirkan negara, pemimpin hanya pentingkan poket sendiri. Setelah 17 tahun baru DSAI sedar hendak bertindak , sunggoh malang tindakan DSAI , kerna tindakan yang kurang tepat, DSAI mengheret ber-

sama rakyat yang tidak berdosa menghadapi tekanan dari pehak kerajaan dan pihak polis. Bagaimana pula saandai-nya DSAI tetap di-sanjung dan di-beri kepercayaan untok terus memerintah, ada-kah perkataan tidak adil itu timbul. Sapatut-nya DSAI telah lama sedar betapa di-dalam UMNO tiada manusia yang jujur, tiada pemimpin yang sanggup berkorban untuk bangsa, Ugama dan negara dan sapatut-nya DSAI tidak ada di-dalam kelompok UMNO untok mencari rakyat Madani, bagi saya ada-lah satu kesilapan yang telah DSAI lakukan hinggakan melibatkan anak-anak isteri dan rakyat.

Di-dalam kaum UMNO semua orang-orang yang jahat, apa-kah berjaya DSAI memainkan peranan untuk memulihkan mereka semua tentu-nya tidak. Apa yang berlaku ini ada-lah satu tauladan yang baik untok di-kenang dan semasa 17 tahun yang lalu DSAI saorang yang memain peranan menaikan semangat memperjuangkan hak. Olehkerana DSAI telah nampak kesenangan di-depan mata jadi DSAI telah meninggalkan kawan saperjuangan dan meninggalkan cabaran di-belakang ini-lah di-kata nasib. Satelah DSAI meninggalkan kawan kawan, sekali lagi DSAI membuat kesilapan, menghayati falasah UMNO hinggakan lawan tumbuh saperti cendawan. DSAI hanyut dengan pujian dan sanjungan dari rakyat dan pemimpin hinggakan sekali lagi DSAI telah menodai amanah UMNO. DSAI telah cuba menjatuhkan ketua sendiri tidak taat kapada perintah parti. Saya dapat memahami dasar yang akan di-bawa oleh DSAI sendiri dan ada kala Mahatir setuju demi untok orang kata UMNO ini ada-lah memperjuangkan Islam, sedangkan apa-kah yang di-lakukan oleh DSAI sendiri tentang penangkapan tiga orang ratu cantik oleh Ustaz Ishak Bahrum dan bagaimana

pula tentang DSAI sendiri memperlecehkan ulamak dan Menteri Besar Kelantan. Apa-kah itu ada-kah ciri-ciri kepuasan DSAI meneraju negara ataupun hanya untok memberitahu boss yang saya telah melakukan kerja.

 

Sapatut-nya DSWA telah menyedari akan bencana-bencana saperti ini dan cuba menasihati DSAI supaya kerja yang di-lakukan hendak-lah di-redhai oleh ALLAH ataupun sa- kurang-kurang-nya DSWA mencari jalan keluar dari kaum UMNO yang jahanam itu oleh kerana motif DSAI sendiri untok membawa pemimpin ka-arah kepimpinan yang sihat tidak kesampaian.

DSWA, mungkin ada-lah satu rahmat bagi rakyat Malaysia, dengan ada-nya kes DSAI rakyat mula sedar dan mulai bosan dengan pemimpin sekarang dan mencari satu jalan untok menuju kapada yang

sempurna. Dengan itu rakyat telah bertemu punca segala keadilan, Islam yang maha adil. Berduyun-duyun rakyat mula menyertai parti PAS malah tiap-tiap bulan beribu-ribu orang menjadi ahli PAS, rakyat mula sedar Islam sahaja yang memberi kesejahteraan kapada umat-Nya dan mungkin satu rahmat untok parti Islam untok mencapai kemenangan yang selama ini siang dan malam melaungkan akan keadilan umat sejagat. Semoga jua Tuhan memberi hidayah kapada DSAI supaya terus mem-perjuangkan di-dalam luna-lunas Islam dan semoga enam tahun yang DSAI hadapi ini segala keinsafan ternyata ada pada DSAI dan untok masa depan kesilapan tidak berulang lagi.

DSWA, di-dalam masa DSWA sendiri memperjuangkan hak, DSWA nampak betapa sokongan yang di-beri oleh sagolongan rakyat yang simpati dan bukan itu saja, pihak-pihak NGO, PAS, DAP PRM telah memberi sokongan yang bagitu padu untok DSWA menegakkan keadilan.

Keadilan yang DSWA laungkan selama ini tidak sia-sia, parti gabungan memberi platform untok DSWA memberi ceramah dan pernah DSWA berkempen di-atas platform PAS dan DAP. Dengan ada-nya ceramah yang di-jadualkan para penyokong keadilan mula berubah haluan dengan memberi sokongan kapada PAS. DSWA nampak sendiri betapa kedatangan ribuan manusia ke-tempat ceramah untok memberi sokongan tanda membantah tingkah laku pemimpin sekarang yang amat zalim itu, dan pihak parti PAS sendiri tidak merasa akan dendam dan buruk sangka terhadap DSAI malah sepanjangan DSWA berada di-platform PAS , DSWA di-jaga dengan rapi sekali., itulah Perjuangan Islam yang sejati.

DSWA, sekali lagi DSWA memainkan peranan yang penting di-dalam menghidupkan REFORMASI. Reformasi ada-lah semata-mata untok menuntut keadilan yang mana di-tujukan khas kapada DSAI. Dalam kes ini DSAI telah mengheretkan rakyat bersama melaungkan REFORMASI dan rasa simpati segolongan manusia sanggup bekerjasama tanpa rasa takut, Walhal-nya timbul-nya kes ini ada-lah kerna pertenglikahan di-antara DSAI dan Mahatir sendiri. DSAI telah menunjukkan kapada rakyat betapa zalim-nya Mahathir dan kuncu-kuncu-nya, dan mereka yang bersama Mahathir sanggup apa saja demi menjaga kepentingan mereka asalkan kedudukan mereka tidak tergugat. Olehkerna tidak

sabar-nya DSAI, maka dia telah tenggelam punca dan mencari sokongan yang bagitu lemah

hinggakan DSAI teperangkap di-atas keganasan puak-puak pemimpin UMNO. Dengan ada-nya enam tahun hukuman menjadi satu pengajaran bagi DSAI untok melihat dan memilih yang mana satu intan dan permata

DSWA, belum lagi DSWA menerima keputusan dari mahkamah , DSWA telah membuat satu keputusan yang drastik , tanpa ambil kira hati parti kompenan DSWA telah menubukan PKN yang mana ketika itu orang ramai telah memberi kepercayaan kapada parti PAS. Sapatut-nya tidak timbul langsung penubuhan PKN , dengan konsep yang sama menegakkan keadilan DSWA dapat memberi kerjasama di-dalam harakah PAS dan mengajak semua pendukung keadilan ber-sama-sama memberi sokong kapada Pas dan mendekati Islam. Pada dasarnya saya tidak nampak PKN dapat berkembang dengan baik-nya, segala tenaga yang di-beri hanya semata-mata kerna simpati terhadap DSWA di-atas nama keadilan.

Apa-kah dengan moto keadilan itu ia-nya akan merasa adil-nya kita. Apa-kah selama 17 tahun DSAI menerajui negara rakyat merasa akan kerajaan itu adil. Apa-kah di-masa DSAI merintah , umat Islam merasai akan keadilan. Bagaimana pembahagian tanah, bagaimana hal rumah murah, bagaimana hal subsidi ada-kah semua itu adil. Sa-andai-nya DSAI di-bebaskan terlebeh awal , ad-kah DSAI akan menyambongkan apa-kah yang di-bawa oleh DSWA sekarang. DSWA, kenapa baru sekarang timbul-nya perkatan adil atau tidak adil, sedang rakyat Malaysia telah turun menurun dan saling berganti pemimpin, merasai betapa tidak adil-nya kerajaan yang merintah.

Amat tidak adil slogan yang DSWA ini hanya untuk DSAI sahaja, satelah beliau tidak di-kehendaki lagi di-pentas UMNO maka timbul -lah tidak adil, itu tidak betul.

DSWA, cuba kita renung sekejap, kenapa program yang melibatkan DSWA untok memberi ceramah dan berkempen tentang keadilan lansung tidak di-beri ruang oleh pihak polis dan ada kala tidak di-lulus permit untuk tujuan itu, saperti mana di-Sabah. Dan sekarang kenapa kerajaan pula cuba nak meluluskan pertubuhan PKN satelah Mohd Ezam M.Noor pulang sedangkan PKN ada-lah di-pengerusi oleh DSWA sendiri. Tentu-nya ada muslihat di-sabalik penubuhan PKN sendiri, tentunya SB-SB UMNO telah menusuk masuk kedalam pegerakan PKN sendiri supaya dengan tertubuhnya PKN para penyokong akan beralih pandangan daripada PAS. Satu kesilapan lagi yang DSWA lakukan, walaupun tidak di-samakan dengan S46 tapi pada hakikat-nya segala-segala tidak akan bermula kalau tidak dengan campur tangan daripada pihak UMNO. Saya berharap DSWA berhati-hatilah di-dalam menerajui PKN ini supaya matlamat yang akan DSWA bawa akan tercapai, SB-SB UMNO cukup masak untuk menghuru hara keadaan politik di-dalam negara ini. Mahathir tidak

akan berputih mata sebelum beliau turun dari takhta yang di-pegang sekarang. Bagitu juga pembabitan DSWA di-dalam mengembangkan PKN tentu terbatas pergerakan-nya, bukan-nya erti DSAI berada di-dalam penjara DSWA bebas kemana-mana, juga PKN memerlukan wang untuk bergerak, tanpa wang sabuah parti tidak akan tercapai kemenangan-nya. DSWA, dari menyusahkan diri, kenapa tidak DSWA masuk saja kapada harakah PAS dengan ada-nya gabungan dari DSWA mungkin jamaah PAS akan bertambah kuat dan dengan sendiri-nya para pendokong Reformasi akan memberi sokongan yang padu terhadap PAS, dan parti PAS sendiri tentu tidak mahu lagi kecundang di-dalam berkawan saperti dengan S46. Di-dalm memperjuangkan keadilan mari-lah sama-sama kita juangkan mengikut lunas-lunas Islam . Ataupun DSWA masih ragu-ragu di-atas perjalanan parti PAS sekarang

ini,ataupun masih ada dalang yang menyembunyikan diri untuk tidak membolehkan Islam memerintah negara ini.

DSWA, pada hakikat-nya usah-lah kita menuding jari menyalahi sasiapa dalam kes DSAI, tentu-nya ada hekmah dan nekmat-nya yang di-turun oleh Tuhan swt di-atas apa yang berlaku, mungkin Tuhan memperingati kita supaya berhati-hati untok di-masa depan dan mungkin Tuhan menyangangi akan DSAI supaya ia-nya tidak meneruskan kerja-kerja yang di-murkai oleh Tuhan di-masa menerajui negara. Pada mereka yang zalim usah DSWA risau dan gundah gelana, Tuhan amat penyanyang dan lagi mengasihi kapada umat-nya, mereka -mereka itu tetap menerima balasan-nya nanti dan tidak sampai berapa minggu DSWA dapat mendengar bahawa penglima-penglima yang zalim itu telah mendapat habuan masing-masing, Tuhan tidak dua dan tiga, dengan kesabaran kita dan dengan ke-tabahan kita Tuhan memberi hidayah yang berlipat ganda kapada kita yang sabar.untok masa depan.

Salam saya untok DSWA sakeluarga juga kapada DSAI, Tuhan tetap menyebelahi kapada

mereka yang benar.