Reformasikan Media Kita
(Sempena Hari Kebebasan Media Sedunia, 3 Mei)

Oleh FATHI ARIS OMAR, Editor DETIK

Mahathir Sebagai "Musuh Kebebasan Media"

Pada tahun 1991, sebuah badan di bawah Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), UNESCO telah mencadangkan kepada Perhimpunan Agung PBB agar mengisytiharkan 3 Mei setiap tahun sebagai Hari Kebebasan Media atau World Press Freedom. Pada 20 Disember 1993, secara rasmi PBB mengiktiraf hari ini, 3 Mei, sebagai hari perjuangan kebebasan media. Hari ini semua warga dunia akan dimaklumkan dan menyegarkan kembali akan kejadian-kejadian pencabulan ke atas kebebasan media -- contohnya di banyak negara penerbitan ditapis, dilarang sama sekali; wartawan diganggu agen-agen kerajaan dan malah ditangkap, dibelasah dan dipenjara.

Dan kali ini Malaysia mencipta sejarah apabila Dr Mahathir Mohamad dinamakan sebagai MUSUH KEBEBASAN MEDIA oleh sebuah badan pengawasan media, CPJ (Jawatankuasa Perlindungan kepada Wartawan) dan media negara ini dikategori sebagai TIDAK BEBAS oleh sebuah badan pengawasan lain, Freedom House. Tahun lalu, Asia Tenggara diwakili oleh Soeharto dalam senarai 10 pemimpin dunia yang terutama dan teratas “musuh kebebasan media” atau “Enemies of the Press”. Kali ini tempat Soeharto diganti oleh Mahathir. Sementara kebebasan media di Thailand dan Filipina dikategorikan bebas, dan di Indonesia pula sebagai “sebahagiannya bebas” tetapi di Malaysia dan Singapura, media dikelaskan sebagai tidak bebas. Malaysia mendapat markah 61 peratus untuk menduduki senarai 42 buah negara yang tidak bebas (markah antara 61 - 75).

Hari ini, semua wartawan yang berprinsip, ingin mempertahankan profesionalisme dan etika kewartawanan akan bersama menjelaskan perjuangan yang maha penting -- kebebasan bersuara dan bertukar-tukar fikiran. Di Malaysia, kira-kira 600 wartawan dari 11 akhbar telah menandatangani satu memorandum mendesak agar kerajaan menghapuskan akta-akta yang menyekat kebebasan media, khasnya Akta Penerbitan dan Mesin Cetak.

-----------
Sila rujuk URL berikut untuk laporan-laporan lengkap:

Sumber 1.  Mahathir disenaraikan sebagai “Musuh Kebebasan Media” bagi tahun 1999 dapat dilihat di sini,

http://www.cpj.org/enemies/Frame99.html

Sumber 2. Tinjauan Kebebasan Media bagi 1999 mengikut negara-negara dan bagaimana kaedah tinjauan dan penilaian dibuat dapat dilihat di

http://freedomhouse.org/pfs99/

Malaysia The financial crisis that generated riots resulted in the government's criticizing and censoring
foreign journalists and increasing pressure on the domestic press. Foreign journalists were forbidden to use government facilities to transmit news and pictures judged to be detrimental to the country. The BBC and Australian and New Zealand channels were jammed for a time. Authorities say they will permit the free flow of information if it is done in a "proper manner." An official threatened to jail local journalists without trial if he believed they were undermining the country's leadership. The financial crisis was partly attributable to the lack of transparency in the monetary, financial, and political systems.
      A     B      C     D   Rating
     10     14     5     3    66
     11     15     7     1     NF

LEGEND
A = Laws and regulations that influence media content; scale: broadcast, 0-15;  print,  0-15
B = Political pressures and controls on media content;   scale: broadcast, 0-15; print,  0-15
C = Economic influences over media content; scale: broadcast, 0-15; print,  0-15
D = Repressive actions (killing journalists, physical violence, censorship, self-censorship, arrests, etc.);
     scale: broadcast, 0-5;  print,  0-5

RATING:  free:  0-30;  partly free:  31-60;  not free:  61-100

KEY TO THE CHART
     A   B   C   D   Rating
   Broadcast         00  00  00  00    00
   Print                00  00  00  00    F(ree)

Sumber 3.  Berita tentang memo dari 600 orang wartawan itu dapat dilihat di,

http://www.afp.com/ext/english/nst/malaysia/99050382658.v9uyjnwb.html

Sumber 4.  Pernyataan-pernyataan mengenai kebebasan meluahkan rasa (freedom of expression) boleh dilihat di,

http://www.fiej.org/pf_day/international_texts.html%20atau%20http://www.fiej.org/pf_day/default.html

Sumber 5.  Hompej-hompej organisasi pengawasan di peringkat dunia dapat dilihat di sini,

IFEX (International Freedom of Expression Exchange) http://www.ifex.org/
CPJ (Committee for the Protection of Journalists) http://www.cpj.org/
Freedom House http://www.freedomhouse.org/
WPFC (World Press Freedom Committee) http://www.ifex.org/org/wpfc/
WAN (World Associations of Newspapers) http://www.fiej.org/press_freeedom/3_may.html
IPI (International Press Institute) http://www.freemedia.at/
HRW (Human Rights Watch) http://www.hrw.org/