Make your own free website on Tripod.com

KARPAL LETAK JAWATAN SEBAGAI PENGERUSI DAP NEGERI

PULAU PINANG, 6 Dis (Bernama) -- Bekas anggota Parlimen Jelutong, Karpal Singh hari ini mengumumkan peletakan jawatannya sebagai Pengerusi DAP Pulau Pinang, berkuatkuasa serta merta.

Dalam kenyataan di sini, Karpal berkata peletakan jawatannya sebagai pengerusi negeri diterima oleh parti. Bagaiamanapun, beliau masih memegang jawatan timbalan pengerusi DAP kebangsaan.

Katanya, sebelum ini, beliau pernah meletakan jawatan pengerusi negeri selepas pilihan raya 1995 tetapi dilantik semula pada tahun lepas ekoran krisis dalaman parti.

Beliau berkata, adalah wajar baginya untuk berundur memandangkan DAP memerlukan tenaga muda untuk menerajui negeri ini.

Karpal gagal mempertahankan kerusi parlimen Jelutong yang disandangnya sejak tiga penggal apabila tewas kepada calon Barisan Nasional (BN) Lee Kah Choon pada pilihan raya umum baru-baru ini.

Karpal juga tewas di kerusi Dewan Undangan Negeri Datuk Keramat kepada calon BN Lim Boo Chang.

Jawatan pengerusi DAP negeri kini diambil alih oleh Setiausaha DAP negeri Chow Kon Yeow yang juga anggota Parlimen Tanjong Chow Kon Yeow sementara jawatan Setiausaha negeri disandang oleh Pengerusi Publisiti Pemuda DAP kebangsaan Wong Hon Wai.

Wong ialah setiausaha DAP cawangan Batu Lanchang di sini.

DAP juga melantik Chow bersama lima anggota jawatankuasa lain bagi menggendalikan "post-morterm" bagi kekalahan DAP di negeri ini.