PERTIS CIPTA QURAN BRAILLE DALAM JAWI


Jurutrengkas cacat penglihatan di Kementerian Pembangunan Luar Bandar Mohd Saad Karim, 40 (kiri) dan Pembantu Penerbit Persatuan Orang-orang Cacat Penglihatan Islam Malaysia (PERTIS), Muhammad Jusoh, 35, mencuba kebolehan membaca tulisan Jawi dalam huruf Braille.


KUALA LUMPUR, 6 Dis (Bernama) -- Persatuan Orang-orang Cacat Penglihatan Islam Malaysia (Pertis) berjaya menghasilkan quran braille jawi berkomputer yang pertama di Malaysia.

Yang Dipertua Pertis, Mah Hassan Omar berkata ciptaan itu hasil penyelidikan selama dua tahun.

Katanya, ia sebahagian daripada usaha meransang ilmu, khasnya kepada golongan kurang upaya penglihatan membaca Al-Quran.

"Ia bukan saja untuk pasaran tempatan malah ke negara-negara Islam seluruh dunia, " katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas perasmian Seminar Penulisan dan Penerbitan Braille Jawi dan pelancaran teks Al-Quran dalam Braille di Bangunan YAPEIM, di sini, hari ini.

Al-Quran merupakan satu keperluan universal. Setakat ini Pertis telah menerima pesanan untuk lebih 20 set daripada individu dalam negeri.

Pertis juga telah menerima pertanyaan daripada India, katanya.

Beliau berkata satu set teks Al-Quran braille berkenaan, yang terdiri daripada enam jilid tiga puluh juzuk, dijual dengan harga RM84.

"Kami memang menggalakkan ahli Pertis membelinya dan memberi potongan sebanyak RM14 bagi setiap set, " katanya.

Pertis juga berupaya memcetak mana-mana surah atau juzuk dalam bentuk braille kepada sesiapa yang berminat, katanya.

Sebanyak 12,749 orang kurang penglihatan, 15,569 (pendengaran), 28,805 (anggota), dan 26,997 (akal) telah mendaftar dengan kementeriannya.

Purata jumlah orang yang kurang upaya adalah satu peratus daripada jumlah penduduk sesebuah negara, " katanya.

Peruntukkan RM4.5 juta untuk membina sebuah kompleks sukan bagi mereka di kawasan Pusat Latihan Perindustrian dan Pemulihan di Bangi dan 15 peratus rumah dari projek perumahan rumah rakyat untuk mereka yang kurang upaya.