LAPORAN PERUBATAN DATO' SERI ANWAR IBRAHIM (4.10.1999)

Dato' Seri Anwar Ibrahim (pesakit), 52 tahun, telah dibawa ke Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) pada tengah hari Jumaat 10hb September 1999 dengan arahan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur supaya beliau menjalani pemeriksaan perubatan terperinci di HUKM mengenai dakwaan keracunan arsenik (Lampiran 1). Beliau dibawa ke Jabatan Kemalangan dan Kecemasan HUKM untuk diperiksa oleh doktor. Beliau mengadu telah mengalami keguguran rambut, penurunan berat badan, sakit-sakit kepala, kebas-kebas jari, sakit-sakit perut serta rasa kekeringan. Keluhan-keluhan ini amat ketara dalam beberapa bulan ini. Lebih kurang 3 - 4 bulan lepas, beliau mengalami demam, sakit tekak dan batuk-batuk (tanpa kahak) dan merasakan letih dan kehilangan tenaga semenjak itu. Beliau memaklumkan air kencing beliau yang diambil pada 18hb Ogos 1999 telah dilaporkan oleh Gribbles Pathology, Melbourne Australia mengandungi paras arsenik yang tinggi (230ug/g kreatinin).  HUKM telah menubuhkan satu pasukan perubatan bagi menjalankan pemeriksaan terperinci dan rawatan teliti dan menyeluruh pada pesakit.

Sejarah kesihatan pesakit termasuklah 'fatty liver', gastritis, kemalangan terjatuh dari kuda beberapa tahun lalu serta mengalami trauma pada bahagian kepala dan leher pada September 1998. Beliau telah mula ditahan pada September 1998. Antara ubat-ubat yang beliau ambil ialah Omeprazole, Prepulsid dan Roaccutane.

Pemeriksaan fizikal rnenunjukkan seorang pesakit yang kurus dan cengkong, dan telah mengalami penurunan berat badan. Rambut dari kepala beliau mudah gugur apabila ditarik. Bibir beliau berkuping-kuping. Beliau tidak pucat atau jaundis. Tekanan darah beliau ialah 150/100 mmHg (baring) dan 128/95 mmHg (berdiri) dan pesakit terasa pening sedikit apabila berdiri. Berat badan ialah 65.5 Kg. Pemeriksaan jantung adalah normal. Pemeriksaan paru-paru menunjukkan terdapat 'fine crackles' di bahagian bawah paru-paru kiri. Pemeriksaan abdomen adalah normal. Tiada kelinjar limfa dikesan. Terdapat banyak tompok-tompok hitam di kulit badan beliau tetapi tiada tanda-tanda seperti  hiperkeratosis di tapak kaki dan tapak tangan dan pigmentasi lain yang merupakan tanda-tanda patognomonik keracunan kronik arsenik.

Berdasarkan dakwaan keracunan, keadaan kesihatan pesakit  serta perintah Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur itu, pesakit telah dimasukkan hospital HUKM untuk pemeriksaan dan rawatan teliti dan terperinci. Dalam pemerhatian hospital, pesakit mengalami:

a. penurunan berat badan yang mendadak
b. keguguran rambut yang banyak
c. kebas-kebas jari, sakit-sakit kepala dan perut
d. hipotensi ortostatik
e. abnormaliti paru-paru

Pesakit telah dilihat oleh beberapa orang pakar perubatan dan telah menjalani beberapa ujian bagi mengesan punca pada gejala-gejala diatas iaitu samada beliau:

a) mengidapi apa-apa penyakit yang boleh menyebabkan gejala-gejala ini
b) telah keracunan (arsenik atau lain-lain).

Kesimpulan dari pemeriksaan pakar dan ujian-ujian adalah seperti berikut:

A. Kemungkinan mengidapi penyakit-penyakit:

a. Ujian-ujian makmal menunjukkan beliau TIDAK mengidap diabetes, tirotoksikosis, kegagalan ginjal atau hepar, anemia kronik, tuberculosis atan penyakit barah.

b. Beliau TIDAK mengalami penyakit HIV atau AIDS

c. Ujian fungsi hepar menunjukkan sedikit keabnormalan (Lampiran 2)

d. Ujian-ujian darah berikut adalah normal: FBC, ESR, CRP, zat besi dan feritin, folate dan B12, RBC transketolase, cortisol, renin, aldosterone, ANF, ds-DNA, CEA, AFP, PSA.

e. Pemeriksaan sistem kardiovaskular:
Memandangkan terdapatnya hipotensi ortostatik (penurunan tekanan darah sistolik hingga 20 mmHg), beberapa ujian telah dijalankan. EKG menunjukkan bradikardia sinus. Echokardiografi adalah normal. ABPM dan Holter adalah normal. Sungguhpun begitu hipotensi ortostatik terus kekal semasa pemerhatian diwad; ini boleh disebabkan disfungsi autonomik yang puncanya belum dapat dikesan. Tekanan darah beliau juga didapati labil.

f. Pemeriksaan paru-paru:

i. Radiograf dada menunjukkan keabnormalan dibahagian bawah paru-paru kiri (Lampiran 3)

ii. Skan tomograf berkomputer (CT Scan) dada pada l2hb September 1999 menunjukkan keabnormalan pada tempat sub-pleura bahagian bawah paru-paru kiri (Lampiran 4) dan apabila skan ini diulangi pada 18hb September 1999, keabnormalan ini telah tiada (Lampiran 5). Bagaimanapun terdapat beberapa nodul pada paru-paru.

iii. Ujian fungsi paru-paru menunjukkan 'reversible small airways obstruction' (Lampiran 6).

Pemeriksaan dan pendapat Pakar Respiratori, Dr Roslan Haron, adalah di Lampiran 7

g. Pemeriksaan sistem neurologi:

Ujian 'nerve conduction' adalah normal (Lampiran 8). MRI otak menunjukkan 'subcortical hype rintense changes' (Lampiran 9).
Pemeriksaan dan pendapat Pakar Perunding Neurologi, Profesor Dr Raymond Ali adalah di Lampiran 10.

Semasa dalam Wad, pesakit telah mengalami kesakitan kepala yang melarat pada Khamis 23hb September 1999.Pemeriksaan dan pendapat Pakar Perunding Neurologi, Profesor Dr Raymond Ah, adalah di Lampiran 11. Beliau telah juga dirujuk kepada Pakar Perunding THT, Profesor Dr Lokman Saim (lihat Lampiran 12) dan Pakar Perunding Oftalmologi, Prof Madya Dr Muhaya (lihat Lampiran 13).

h. Pemeriksaan sistem usus:
Ujian esofago-gastro-duodenoskopi menunjukkan gastritis dan 'refiux oesophagitis' (Lampiran 14).
Pemeriksaan dan pendapat Pakar Perunding Gastroenterologi, Prof Madya Dr Aminuddin Ahmad adalah di Lampiran 15.

i: Pemeriksaan Mental
Pakar Perunding Psikiatri, Prof Madya Dr Hatta Shaharom, juga melihat pesakit. (Lihat Lampiran 16).

B. Kemungkinan mengenai aduan keracunan arsenik

i. Pemeriksaan dan pandangan Pakar Perunding Dermatologi, Profesor Dr David Riches, telah diperolehi seperti lampiran 17.

ii. Spesimen-spesimen air kencing, kuku dan rambut telah diambil dan diselaraskan oleh Pakar Perunding Perubatan Forensik, Prof Madya Dr Shahrom Wahid, mengikut kaedah-kaedah tertentu yang biasa diamalkan oleh pakar perubatan forensik dan dihantar ke Makmal-makmal berikut. Keputusan ujian-ujian ini ialah :
 

a. Paras arsenik air kencing
 
Pusat/Makmal
UKM 
Bangi
Perth Chemistry Centre
London
Guy's & St Thomas
Jabatan Kimia
FSKB
UKM
Unit (ug/L)
Total
Total,  Inorg.
Total,Inorg,T/1ratio
. .
Paras/julat dibenarkan
<50
15-20, <20
10-200,   <10,  <2
-
-


Sampel 
11-12 September
45.0 ± 1.8
20,10   <20
58      4      14
5
78.2
Sampel 
13-14 September
40.8 ± 4.1
<10    -
39     3      13
3
-
Sampel 
14-15 September
 45.5 ± 1.0
10    -
42     3      14
3
-

c. Paras arsenik kuku
 
Pusat/Makmal
UKM Bangi
Perth Chemistry Centre
Paras/julat dibenarkan(mg/kg)
0.2 - 3.3
0.2 - 3.3


Sampel 13/9/99
0.66 ± 0.06
<0.1
Sampel 23/9/99
-
<0.2

c. Paras arsenik rambut
 
Pusat/Makmal
UKM Bangi
Perth Chemistry Centre
London
Paras/julat dibenarkan(mg/kg)
0.1 - 3.7
<2.0
<1.0


Sampel 14/9/99
0.66 
0.5
-
Sampel 23/9/99
-
(0.5)
<0.02

d. Paras logam berat
 
1. Perth Chemistry Centre . .
Paras/julat dibenarkan
Air Kencing (11-12/9/99)
Raksa
<0.02 mg/L
<0.05 mg/L
 
Plumbum
 0.01 mg/L
 0.006-0.11 mg/L
 
Talium
<0.01 mg/L
0.100 mg/L
Kuku (13/9/99)
Raksa
1.1 mg/kg
<0.07 - 7.27 mg/kg
 
Plumbum
1.0 mg/kg
 13.8  - 170 mg/kg
 
Talium
0.02 mg/kg
0.0022 - 1.6 mg/kg

 
2. London Guy's & St Thomas
Raksa (ug/L)
Talium (ug/L)
Tarikh Air Kencing : 
   
11 - 12 September
4
-
11 - 12 September
3
-
11 - 12 September
3
0
Paras Dibenarkan
<10
<2

Keputusan ujian-ujian ini adalah seperti dalam Lampiran 18. Interpretasi keputusan ujian-ujian makmal ini serta pandangan/pendapat klinikal di perolehi dari Profesor Dr Moyer dan Mayo Clinic, Amerika Syarikat (Lampiran 19) dan dari Dennis Herring dari Perth Chemistry Centre (Lampiran 20).
 

Kesimpulan

Pesakit yang telah ditahan mulai September 1998 telah mengalami beberapa masalah kesihatan terutama sekali penurunan berat badan yang mendadak, keguguran rambut yang banyak,  kebas-kebas jari, kekeringan badan dan ketidak selesaan badan. Air kencing yang didakwa diambil pada 18hb Ogos 1999 telah dilaporkan oleh Gribbles Pathology, Melbourne, Australia mengandungi paras arsenik yang tinggi. Keadaan klinikal boleh disebabkan keracunan arsenik atau beberapa penyakit lain. Satu pemeriksaan perubatan terperinci telah dijalankan oleh HUKM. Beliau didapati TIDAK mengalami apa-apa penyakit seperti HIV/AIDS, kegagalan ginjal, diabetes, tirotoksikosis, anemia kronik, tuberkulosis atau penyakit barah yang boleh menjadi punca kepada gejala-gejala yang dialami. Belian juga tiada tanda-tanda klinikal keracunan arsenik akut atau kronik.

Spesimen-spesimen air kencing, rambut dan kuku menunjukkan paras arsenik yang tidak melebihi paras/julat yang dibenarkan di makmal-makmal berkenaan. Oleh kerana masalah kesihatan yang dialami pesakit tidak dapat disahkan penyebabnya dari beberapa jenis penyakit (setelah pemeriksaan dan ujian terperinci telah dijalankan) dan dari paras arsenik pada spesimen-spesimen yang telah diuji, adalah disarankan HUKM terus mengawasi status kesihatan pesakit ini. Nodul paru-paru, sakit kepala serta hipotensi ortostatik yang dialami pesakit perlu diawasi rapi dan pemakanan seimbang hendaklah dilaksanakan.
 

                                                                        
Profesor Dr Khalid Yusoff                                                        Profesor Dato' Dr Khalid Abdul Kadir
PSK, MBBS (Melb.), FAMM, FRCP Edin.,                            DPMJ. MBBS (Mon.), BMed Sc, FRACP, PhD
FRCP Glasg., FRCP Lond., FACC                                         FRCPA, FRCP Edin, FRCP Glasg.
Profesor Perubatan dan Pakar Perunding Kardiologi                 Profesor Perubatan dan Pakar Perunding Endokrinologi
Ketua Pasukan Perubatan Rawatan Dato' Seri Anwar               Pengarah Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia
 

                                                                  
Prof Madya Dr Shahrom Wahid                                               Dr Abdul Latiff Mohamed
MD (UKM), DCP (Lond.), MRCPath (Forensic-UK)             MD(UKM), MRCP(UK), PhD (Leeds)
Pakar Perunding Perubatan Forensik                                        Pakar Kardiologi
 

Ahli-ahli Lain Pasukan Perubatan Rawatan ini terdiri dari:

1. Profesor Dr Raymond Ali, Pakar Perunding Neurologi
2. Profesor Dr David Riches, Pakar Perunding Dermatologi
3. Profesor Dr Lokman Saim, Pakar Perunding Tekak-Hidung-Telinga
4. Prof Madya Dr Aminuddin Ahmad, Pakar Perunding Gastroenterologi
5. Prof Madya Dr Hatta Shahrom, Pakar Psikiatri Forensik
6. Prof Madya Dr Muhaya Hj Muhamad, Pakar Perunding Oftalmologi
7. Dr Roslan Haron, Pakar Respiratori
8. Dr Azhar Abdul Aziz, Pakar Kemalangan dan Kecemasan