
Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang
Menteri Besar Terengganu Baru
|
Setelah meneliti senarai calon-calon BN/UMNO Terengganu yang diumumkan, saya telah merasakan bahawa kemenangan PAS dan agenda menawan Terengganu mula terpancar cerah pada pilihan raya ke-10 pada 29 November ini nanti.
Sebelum ini kita pun tahu, beberapa petunjuk jelas telah menunjukkan bahawa politik semasa memihak kepada PAS, seperti kehadiran beberapa tokoh ulama penting yang menyertai serta bergiat cergas dalam PAS.
Tambah pula kemasukan beramai-ramai tokoh-tokoh muda UMNO ke dalam PAS serta kegagalan banyak program UMNO dalam menanggani hati rakyat. UMNO Terengganu makin dibebani dengan krisis kepimpinan dimana tiada tokoh yang boleh menjadi simbol kekuatan mereka.
Harapan kepada Datuk seri Wan Mokhtar sudah tidak boleh diambil kira lagi, walaupun kita tahu ada beberapa tokoh yang boleh ditojolkan tapi semua terlibat dalam krisis.
|
Senarai calon-calon yang diumumkan oleh Datuk Seri Wan Mokhtar adalah terdiri daripada golongan baru yang kurang dikenali dan tokoh lama yang tidak disukai oleh rakyat.
Di antara calon baru yang tidak disangka dan tidak pupular ialah Ashaari Idris bagi Dun Langkap dan Zaaba Mohd Adid bagi DUN Sura. Penyokong Datuk Mamat Ghazalee diberitakan amat marah kerana beliau masih popular dan disegani oleh banyak pihak walaupun pernah menghadapi masalah kesihatan. Di samping itu, calon-calon lain yang tidak mendapat tempat dihati pengundi adalah Mohd. Jidin (Permaisuri) -kurang bergaul dengan masyarakat, Senator Hasan Ali(Tepuh) - tiada kelulusan dan kurang daya kepimpinan, Datuk Ibrahim Awang (Dungun) - sudah lapuk dan tidak progresif,
Begitu juga dengan Syed Omar dan Din Adam yang merasakan mereka tersisih sedangkan mereka bekerja kuat untuk parti.
Harus diingat budaya 'peteh-memeteh' yang sangat ketara dikalangan puak UMNO yang kecewa ini boleh menjadi faktor 'peluang'(SWOT) kepada PAS. Sedang semua orang tahu bahawa PAS sudah bersedia sekian lama di Terengganu dan pimpinannya telah belajar banyak daripada sikapnya yang agak tak berapa terbuka dalam pilihan raya terdahulu. Ahli-ahli PAS
Terengganu mula mantang dalam menanggani isu-isu politik semasa.
Pekerja-pekerja PAS dalam menghadapi pilihan raya ini bekerja sunggup mantap, suatu pengalaman yang saya lalu sukar digambarkan......
...bersambung
# Tok Ayah

Tindakan ke atas guru Pinda soalan - Punca Najib Kalah Teruk !
Kementerian Pendidikan telah mengarahkan Ketua Pengarahnya mengambil tindakan tatatertib terhadap seorang guru di Kedah yang meminda soalan peperiksaan bermotif politik bagi membangkitkan kebencian murid terhadap kerajaan dan Menterinya, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata bahawa dengan terang dan jelas telah melanggar disiplin dan tatatertib perguruan.
Isu guru menyediakan soalan yang melibatkan nama-mana orang kenamaan politik ini sudah selesai tetapi sengaja diperbesarkan oleh Datuk Seri Najib atas usaha beliau untuk mencari publisiti hampir pilihan raya akhirnya hampir menjerat diri sendiri.
Mungkin Najib tidak sedar bahawa isu kecil (lokal) yang sepatutnya diselesaikan secara profesinal tetapi dijadikan isu nasional melibatkan marauh guru-guru seluruh Malaysia.
Sedar atau tidak sedar bilangan guru sudah cukup untuk membolehkan seseorang pemimpin itu tersungkur......
Kita tunggu dan lihat selepas ini, apabila senarai karbinet baru diumumkan.
Sedutan dan Contoh Soalan

Isu Pilihan raya, Akuan Berkanun Dato' Murad tidak ditekankan - Kenapa ?
Akuan Berkanun Dato Abdul Murad Khalid tidak lebih dari sambungan drama untuk terus menyerang dan memfitnah Datuk Seri Anwar Ibrahim. DSAI digambarkan oleh Dato Seri Dr. Mahathir Mohammad, sekutunya dan media elektronik dan cetak yang dikuasai oleh regimnya sebagai individu paling jelek.
Merujuk kepada Akuan Berkanun tersebut, kita ulangi cabaran kepada Dato Seri Dr. Mahathir dan Kerajaan Barisan Nasional supaya segera menubuhkan Badan Siasatan Bebas menyiasat tuduhan tersebut. Siasatan tersebut seharusnya mencakup persoalan rasuah, penyalahgunaan kuasa yang mengaitkan semua pemimpin tanpa kecuali termasuk Dato Seri Dr. Mahathir Mohammad dan Tun Daim Zainuddin. Semua kekayaan terkumpul didalam dan luar negeri; semua kelulusan saham, kontrak, lesen, penswastaan kepada keluarga, sanak saudara dan kroni perlu disiasat teliti dan rapi. Pihak kita juga bukan sahaja mengalu-alukan siasatan tetapi Insya-Allah akan memberikan kerjasama sepenuhnya kepada Badan tersebut.
Rakyat berhak mengetahui keadaan sebenarnya. Mana-mana pemimpin yang berpura-pura menjadi jaguh tetapi memunggah khazanah negara untuk kepentingan peribadi, keluarga dan kroni akan diketahui juga akhirnya.
Kita juga sedar "pengakuan" Dato Murad adalah dalam keadaan terpaksa, juga terdesak setelah menghadapi tuduhan rasuah yang berat sebagaimana cara "pengakuan" tersebut sudah lumrah seperti mereka-mereka yang terdahulu setelah mereka ini ditangkap dan didera oleh pihak Polis terutamanya Cawangan Khas.
Kita telah saksikan penjelasan dan pendedah Dr. Munawar Anees, Sukma Darmawan dan Mior Abdul Razak umpamanya yang membuat pengakuan palsu mengaibkan DSAI dan kemudiannya memberi penjelasan dan keterangan sebenar, menafikan dakwaan tersebut setelah mereka dibebas.
...apakah perancangan mereka, kita tunggu bagaimana kesudahanya ?

UMNO Dungun tidak bermaruah ?
Penangkapan Pengedaran HARAKAH Palsu didalam van yang bertulis 'Badan Perhubungan UMNO Terengganu Bahagian Dungun' berserta dengan HARAKAH Palsu di Markah Besar UMNO oleh Unit Keselamatan dan UTK PAS Kawasan Dungun
amat jelas menunjukkan UMNO bukannya parti yang bermaruah, kerana menggunakan tektik kotor untuk memenangi pilihan raya ke-10 ini.
Bilangan Harakah Palsu dan risalah propaganda yang dikatakan lebih kurang 400,000 naskah ini adalah sebahagian daripada agenda penipuan UMNO untuk memburujk-burukkan parti lawan.
Sudahlah mereka ini menggunakan peralatan dan bangunan kerajaan untuk kempen parti mereka, mereka masih lagi tidak mempunyai keyakinan untuk menang..begitulah rendahnya moral dan semangat mereka. Akhirnya kita nampak sendiri
apabila rakyat Dungun dan Terengganu seluruhnya menolak mereka.
Saya tak tahu apakah akan terjadi kepada pemimpin-pemimpin UMNO yang jiwa lemah ini apabila menjadi pembangkang nanti...?