PENIPUAN DALAM PILIHAN RAYA
Surat Terbuka
Kepada Para Pengundi
Piliharaya Umum Kesepuluh sudah berlalu dan
rakyat Malaysia telah membuat
pilihan mereka. Kami dari Barisan Alternatif
menghormati keputusan tersebut.
Namun, benarkah keputusan tersebut merupakan
pilihan rakyat yang sebenarnya?
Kami telah menerima demikian banyak aduan
yang menyatakan bahawa terdapat banyak
perkara yang tidak kena tentang
piliharaya tersebut.
Selama dua hari yang lalu kami telah menerima
ratusan laporan tentang penipuan
yang berlaku secara terang-terangan
sepanjang Hari Pengundian tersebut.
Berdasarkan maklum balas yang kami
terima, maka kami tidak sekadar menganggap
pilihanraya ini sebagai
plihanraya yang paling kotor, sebagaimana yang
dijanjikan oleh Dr Mahathir
Mohamad, malah dapat kami katakan bahawa penipuan
telah dilakukan secara
terang-terangan dan tanpa segan silu – berbeza daripada
penipuan pada
masa-masa lalu yang dilakukan secara berselindung. Antara aduan
yang kami
terima termasuklah:
1.. 680,000 pengundi telah diberitahu
bahawa mereka tidak dibenarkan
mengundi kali ini. Namun sebahagian daripada
mereka masih tetap pergi ke
pusat-pusat mengundi dan mendapati bahawa mereka
sebenarnya dibenarkan mengundi.
Timbul persoalan tentang berapa ramaikah di
kalangan 680,000 pengundi yang yang
sepatutnya boleh mengundi itu telah
diberitahu bahawa mereka tidak boleh
mengundi?
2.. Nama
beberapa pengundi hilang daripada senarai pengundi. Mereka
kemudiannya
membuat heboh dan enggan beredar sehingga mereka dibenarkan
mengundi.
Senarai kedua kemudiannya dikeluarkan dari bawah meja dan -- yang
anehnya --
nama mereka terdapat dalam senarai kedua itu. Berapa ramaikah agaknya
para
pengundi hari itu yang pulang dengan hampa setelah diberitahu bahawa mereka
tidak boleh mengundi, padahal sebenarnya mereka boleh mengundi?
3.. Beberapa pengundi diberitahu bahawa mereka sudah membuang
undi. Apabila
mereka berkeras menyatakan bahawa mereka masih belum mengundi,
senarai pengundi
telah ditunjukkan kepada mereka – dan ternyata bahawa nama
mereka dalam senarai
memang "telah dipotong", menandakan bahawa mereka sudah
mengundi. Tetapi
pengundi itu terus berkeras menyatakan bahawa dia masih
belum mengundi dan undi
beliau mungkin telah dilakukan oleh orang lain.
Berapa ramaikah para pengundi
yang mengalami hal demikian?
4.. Terdapat maklumat bahawa para askar di Kementerian Pertahanan (MINDEF)
telah membuat bantahan dan enggan mengundi kerana kertas undi mereka sudah
mempunyai tanda. Sudah sedia ada suatu calitan pada kotak Barisan Nasional
(BN).
Pengundi hanya dikehendaki membuat satu calitan lagi untuk membentuk
tanda "X".
Tertapi jika dia membuat tanda "X" pada kotak Barisan Alternatif
(BA), maka
undinya akan dianggap "undi rosak" kerana dengan itu dua kotak
akan mempunyai
tanda, yang satu bertanda pangkah dan yang satu bertanda
calit. Kami diberitahu
bahawa akibat daripada "mogok" tersebut kertas undi
telah ditukar. Dr Mahathir
telah mengumumkan bahawa perkara itu akan
disiasat, dan beliau tampaknya
menyebut kemungkinan berlakunya "kesalahan
cetak". Benarkah berlaku "kesalahan
cetak" atau memang terdapat usaha secara
sedar untuk memastikan bahawa para
askar hanya mengundi BN, dan jika
sekiranya mereka mengundi BA undi mereka akan
ditolak kerana dianggap
sebagai "undi rosak"?
5.. Antara laporan yang kami terima
anggap paling serius ialah tentang
kertas-kertas undi yang mempunyai semacam
kanji atau resin terlekat padanya.
Bukannya seluruh kertas undi yang
mempunyai pelekat melainkan bahagian kotak
untuk mengundi BA sahaja.
Beberapa pengundi menceritakan bagaimana mereka tidak
dapat menandakan kotak
BA dengan sempurna. Yang lainnya pula menyatakan bahawa
kotak tersebut
terlalu licin dan tanda yang mereka buat tidak melekat. Ada pula
yang
menceritakan bahawa setelah mereka menandakan kotak BA itu mereka
mengirai-ngirai kertas undi dan mendapati bahawa tanda yang dibuat dengan
pensil
itu berkecai seperti tepung lalu tanggal. Berapa orangkah lagi yang
mengalami
hal ini dan adakah pengalaman ini berleluasa?
6..
Beberapa pengundi mengadu bahawa pensil yang disediakan untuk mereka
terlalu
tumpul dan tidak lagi mempunyai mata plumbum. Mereka mendapati pensil
tersebut tidak sesuai untuk menanda kertas undi dengan sempurna. Apabila
mereka
bertanya apakah mereka boleh menandakan kertas undi dengan
menggunakan pensil
atau pena yang mereka bawa sendiri mereka diberitahu
bahawa mereka tidak boleh
berbuat demikian, dan mereka mesti menggunakan
hanya pensil yang telah
disediakan. Apakah arahan ini betul, dan berapa
orangkah yang telah menerima
arahan demikian?
7.. Selain
itu terdapat pula aduan-aduan "biasa" tentang para pengundi yang
mengundi
lebih daripada sekali. Caranya hal ini boleh berlaku ialah jika para
pengundi mengundi dengan menggunakan pelabagai nama dan pelbagai nombor kad
pengenalan yang berlainan. Berapa ramaikah yang melihat terjadinya perkara
ini,
dan betapa meluaskan terjadinya perkara ini?
8.. Satu
lagi aduan yang biasa ialah tentang para pengundi ditawarkan wang
untuk
mengundi calon BN. Berapa ramaikah orang yang mendapat tawaran demikian,
dan
adakah orang yang menyaksikan wang sogokan bertukar tangan?
9..
Beberapa pemerhati yang memantau pengiraan undi melaporkan kepada kami
bahawa pada permulaan proses pengiraan undi, beberapa calon BN mengalami
kekalahan teruk. Kemudian kertas undi pospun dibawa keluar, dan keputusannya
segera bertukar menjadi kemenangan bagi calon BN. Salah satu contoh yang
nyata
ialah kes Datuk Sri Najib: sewaktu pengiraan undi sedang berjalan
semua orang
menyedari bahawa beliau sedang mengalami "kalah teruk". Setelah
itu beberapa
karung kertas undi pos mulai dibawa masuk. Yang anehnya semua
kertas undi itu
merupakan kertas undi untuk BN – dan undi tersebutlah yang
memberikan kemengan
tipis bagi Datuk Sri Najib yang berjumlah kira-kira 200
undi sahaja. Berapa
orangkah calon BN yang sebenarnya telah kalah tetapi
kemudiannya "diselamatkan"
dengan undi pos? Dari manakah datangnya undi pos
ini – undian sah atau undian
yang sengaja diada-adakan? Terlalu banyak
persoalan yang perlu dijawab berhubung
dengan undi pos ini, soalan-soalan
yang sejak lama menjadi sumber kemusykilan di
kalangan pelbagai pihak. Jika
benarlah apa yang telah disampaikan kepada kami –
bahawa 70% para askar
mengundi BA – maka kewujudan undi pos itu sepatutnya
menyebabkan calon-calon
yang berkenaan itu lebih terus kalahnya. Tetapi
sebaliknya yang berlaku!
10.. Beberapa calon melaporkan kepada kami bahawa kotak-kotak
undi ada yang
dibuka tanpa kehadiran mereka atau para wakil mereka. Sewaktu
mereka tiba di
pusat pengiraan undi, kotak-kotak undi sudah dibuka. Selain
itu ada juga yang
mengadu bahawa mereka mendatapi kotak-kotak undi telah
kosong. Adakah
kepincanmgan-kepincangan lain yang terjadi pada malam
pengiraan undi itu?
Demikianlah, pelbagai macam kepincangan dan kemungkinan
penipuan yang telah
terjadi dalam piliharaya yang baru berlalu itu. Apa yang
kami senaraikan di atas
itu mungkin hanya merupakan sebahagian kecil
daripada pelbagai jenis penipuan
yang telah terjadi. Kami memerlukan
maklumat lanjut tentang
kepincangan-kepincangan lain yang terjadi pada hari
pengundian itu. Dan yang
lebih penting lagi kami memerlukan para saksi yang
bersedia tampil kemuka untuk
membuat kenyataan bersumpah tentang segala
perbuatan menipu yang mereka saksikan
pada hari tersebut.
Mengundi
merupakan hak asasi anda. Jangan benarkan mereka merampas hak asasi
tersebut
dari tangan anda. Kami perlu mengetahui apakah BN telah mendapat kuasa
melalui cara-cara yang tidak wajar. Kami menyeru agar semua rakyat Malaysia
melaksanakan tanggungjawabnya untuk mendedahkan penipuan ini, demi
memastikan
bahawa Piliharaya Umum Kesepuluh ini merupakan pilihanraya negara
ini yang
TERAKHIR yang telah dimenangi melalui cara penipuan, melalui
amalan-amalan yang
tidak adil dan bersifat jenayah.
Lakukanlah
sesuatu. Tampillah kemuka untuk mendedahkan penipuan. Laporkanlah
kepada
kami apa yang ada lihat atau anda alami.
Kirimlah e-mail kepada kami di
alamat: webmaster-keadilan@egroup.com
Telefon kami: 03-757-1245
Kirim fax kepada kami: 03-757-1245
Atau kirim surat berdaftar
(courier) kepada: Parti Keadilan Nasional, 101, Blok
A, Pusat Dagangan
Phileo Damansara II, No. 15, Jalan 16/11, Off Jalan Damansara,
46350
Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan.
Apapun yang anda lakukan,
lakukanlah dengan segera. Dan sudilah menyebarkan
pesanan ini kepada teman,
rakan sekerja, dan keluarga anda. Pastikan bahawa
laporan anda menyertakan
maklumat berikut:
1. Nama anda:
2. No. Kad Pengenalan Anda:
3. Alamat surat menyurat anda:
4. No. Telefon/Fax/Alamat e-mail
anda:
5. Tempat anda mengundi:
6. Aduan anda (apa yang anda
lihat alami):
7. Waktu berlakunya kejadian itu (kira-kira):
8.
Saksi lain – jika ada:
9. Bersediakah anda membuat kenyataan bersumpah?:
(ya/tidak).
Terima kasih.
Raja Petra Kamarudin
Bp: Puan Hajjah Marina Yusoff
Biro Pilihanraya
Parti
Keadilan Nasional
Kiriman : Sayang Mekna