Pada
17 Nov, Jomo, 46, memfailkan saman terhadap SPR, mendakwa bahawa
pilihan raya itu tidak boleh diteruskan kerana ia diadakan tidak
selaras dengan undang-undang dan Perlembagaan Persekutuan.
Jomo, yang berdaftar sebagai pengundi pada akhir April atau
Mei tahun ini, mendakwa bahawa 680,000 pengundi baru itu telah
dinafikan hak untuk mengundi dan perkara itu bercanggah dengan
ketetapan dalam Perlembagaan Persekutuan.
Beliau juga
memohon agar diisytiharkan bahawa sebagai pengundi yang baru
berdaftar, dia berhak mengundi bagi kawasan Parlimen Petaling Jaya
Selatan dan bagi kawasan negeri Bukit Gasing pada pilihan raya umum
29 Nov.
Pada pilihan raya lepas, SPR menggunakan senarai
pemilih 1998, yang disahkan pada 7 Jan tahun ini.
Mereka
yang berdaftar sebagai pengundi tahun ini tidak boleh mengundi pada
pilihan raya itu, menurut SPR.