Headlines

 FAKTA-FAKTA TERKINI
** Maklumat Terkini **


Anwar Tidak Keracunan BH:051099
Keputusan Anwar tidak keracunan arsenik dalam laporan 4 Oktober itu telah mengesahan bahawa Anwar mengalami rambut gugur, kurus, lemah dll. Habis kenapa Anwar jadi macam itu ???

Paras Arsenik Malaysia Tinggi BH:270999
Akhbar Berita Hairan 27 Sept, dalam tajuk utama mengulas mengenai kajian yang dibuat oleh Pensyarah Pengajian Sains Kimia dan Teknologi Makanan, UKM Prof. Dr. Sukiman Sarmani bahawa kadar purata Arsenik di Malaysia adalah tinggi iaitu antara 200 - 600 ug/L. Kajian ini dilakukan pada 12 respoden dengan kaedah Inductively Couple Plasma Mass Spectrometer (ICP-MS). Ini bermakna kadar purata arsenik rakyat Malaysia 200 kali ganda pada kadar normal (3 ug/L) ?? Adakah kajian ini releven ? 1. Kadar arsenik yang bergantung kepada banyak faktor. 2. Bilangan respoden. 3. Faktor makanan dan tempat respoden bekerja 4. dll lagi.... Yang BENAR DASAR MENGAMPU. Yang menjadi hairan juga selama 20 tahun sebelum ini Dr. Sukiman (yang dikatakan berpengalaman 20 tahun) tak pernah membuat kajian tentang paras arsenik penduduk Malaysia tinggi.

KULI Nak Dedah 10 Tahun Pemerintahan PAS BH:270999
Kuli berkata dia akan dedah penyelewengan PAS selama 10 tahun kerana dia bersama PAS. Soalannya dia berada dalam PAS ke... bersama secara pakatan sahaja. Kita nak tanya pula bagaimana dengan Sdr. Anwar dan lain-lain kawan dia yang berada DALAM UMNO (bukan pakatan) selama 16 tahun lebih.... Adakah mereka ini tak buleh membuat pendedahan ???? KULi yang kuli.

LAIN-LAIN FAKTA
* Cuba fikir dan renung *

AZIZAN TUTUP MUKA MALU ? - Gambar BH dan UM
Bila lihat gambar Azizan tutu muka kerana ditangkap khalawat, kita tak kenal pasal Azizan tutup muka. Jika sekali fikir kita rasa mungkin dia malu atas perbuatannya yang terkutuk. Tapi jika dua kali fikir kita lihat masa dia kena tuduh liwat dia tak beberapa nak tutup muka ??? Dia tak malu ke ? Orang yang benar buat salah aje malu. Mungkin kes khalawat ni dia rasa cukup malu dan kes liwat dia tak malu kerana tak buat kan... Ada jawab sendiri.

Rakyat Kelantan Tolak Sultan - BH 300899
Rakyat Kelantan Tolak Sultan kata pemimpin PAS dalam ceramah di Perlis kata Akhbar. Pemimpin PAS telah hina Sultan dll. Bagaimana dengan Dr. Mahathir yang merampas kuasa Sultan hingga dia paling berkuasa ???

ITM jadi UTM
Dengan tiba-tiba ITM boleh Jadi UTM, Univesiti Teknologi MARA. Peliknya perubahan nama tapi tidak melibatkan apa-apa pengurusan lain. Sekali pikir memang pelik tapi dua kali pikir tak pelik kerana Mahligai 200 juta pun boleh jadi 17 juta aje....

Harakah Pembohong dan Cuba Tarik Pengundi
Berita TV3 menyiarkan satu petikan daripada Akhbar harakah mengenai ekonomi dan menyifatkan berita tersebut bohong dan bertujuan pancing pengundi. Tahukah bahawa Harakah adalah akhbar untuk ahli sahaja....nak pancing undi ahli ke ??? Ada ke patut...yang hang pi baca apa pasal.

Kakitangan Awam mendapat Bonus RM600 ?
Tiba-tiba kakitangan awam mendapat bonus. Ekonomi mula pulih kata Daim berkat usaha kakitangan kerajaan. Padahal sebelum ini kita dengar beliau juga marahkan kakitangan kerajaan menyebabkan ekonomi merundung. Sekarang dia puji kakitangan. Pelik juga pembayaran dibuat RM100 sebelum hingga dekat .....??? Ada lagi Acaman piket daripada 5 badan sepatutnya bermula hari ini 7 Jun selama seminggu telah diselesaikan oleh pihak kerajaan. % badan itu ialah Pertubuhan Kebajikan Sosial (Perkeso), Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) BSN, Tabung Haji, Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT). 5 badan ini membuat bantahan kerana diasingkan daripada skim SSB bermula 1 Jan 1995 lagi. Oleh itu kita dengar Dr. Mahathir sendiri menggumumkan peruntukan RM92.4 B untuk menyelesaikan masalah ini. Apa tidak ....takut piket seminggu.

Ibrahim Ali Kata Halaman Internet Pengaruh Anasir Luar
Hujahnya kebanyakkan halaman internet reformasi adalah datangnya daripada luar negara iaitu Amerika, London dan sebagainya. Mereka ini semuanya dipengaruhi oleh anasir barat tambahnya. Nak Tanya adakah halaman free kat Malaysia ni ?? Kebanyakkan yang free seperti Tripod, Xoom, Geocites dll ada diluar negara. Kalam anda bina homepages sendiri guna Xoom anda telah dipengaruhi oleh Amerika ! Entah saya pun tak tahu, tapi kata orang kenamaan ini. Satu lagi katanya belanja besar antara RM30,000 hingga RM60,000 semuanya dibiayai oleh orang asing. Saya rasa yang bercakap mengenai belanja ni tahu tak nak pegang mouse ??

Pengerusi SPR Bersara 21 Jun ini
Zaman Mahathir ini kita bimbang sangat kalau sebut bersara. Anwar Ibrahim dulu pun Mahathir suruh bersara juga...sakit buasir katanya. Bagi saya No Komen.

Pelajar dijadikan objek kerana dipergunakan.
Pelajar dipergunakan. Orang asing mempengaruhi pelajar. Minda pelajar seolah-olah terlalu cetak hinggakan mereka tak boleh berfikir. Pelajar luar negara pulak tu. Apakah orang kampung yang mendapat subsidi adalah golangan yang tidak mudah dipegaruhi. Mindanya cukup baik ??

Dr. Mahathir Rombak Karbinet 3 Kali Selepas Anwar di pecat
Dr Mahathir dikenali sebagai seorang yang sukar menukar karbinet sebelum ini. Ada perbagai tanda tanya mungkin rombakan akan dibuat lagi. Dua orang menteri karbinet yang setia dipecat ??? Apakah motifnya.

Mahathir marahkan ulama politik.
Mahathir cukup tak suka ulama memprgunakan politik, beliau tak suka ulama yang berada dalam politik. Adakah Wan Mokhtar, Yusof Noor, Dr. Hamid tu ulama kampung ??? Bukan Ulama Politik. Adakah mereka ini mengajar di pondok-pondok, surau atau masjid. Kalau mereka ini bermain politik yang inilah Mahathir marah.

Ekonomi Pulih semula dengan tiba-tiba
Katalah pakar ekonomi UMNO dengan statistiknya bahawa pelaburan asing meningkat. Kadar pembuangan pekerja juga menurun daripada 83,865 hingga 16,565 orang. Kadar pengangguran juga turun iaitu daripada 6.4% kepada 3.9%. Kemasukkan modal juga meningkat hingga kepada 1.43 bilion. Saham BSKL telah naik daripada nilai terendah 270 mata kepada 800 mata. Pelabur telah kembali ke BSKL. Anehkan ??? Secara tiba-tiba ekonomi kita baik dan pulih. Apakah roti canai turun harga ? Nasi lemak juga turun harga. Barang keperluan turun juga. Apakah kita dipermainkan dengan angka ???

Samy Velly dengan megah berkata kita akan kaji masalah Pekerja Ladang
Satu pasukan pakar akan membuat kajian tentang masalah pekerja ladang. Pasukan pakar ni...bukan main-main tahu. Katanya lagi kita pasti karbinet akan terima cadangan pakar ini. Nak Tanya Masalah Ladang ni bila berlaku ??? Baru ada pasukan pakar ke ? atau sukar untuk mendapatkan pasukan pakar bagi mengkaji masalah pekerja ladang ?

100 tape fitnah sedang dianalisis
Ibrahim Ali sedang analisi tape. datu wira Ali Rustam hantar 4 tape daripada perhubungan UMNO Melaka. Apalah dia orang ni...tape tak relevenlah dalam makahmah. Kalau tak percaya tanya Hakim Agustin Paul. Kesian penguam Anwar...tape-tape tak mainlah. Apakah ini senjata nak menakutkan pemimpin pas ???

Kata Abdullah Badawi - Rasuah-rasuah ini adalah kakitangan kerajaan
Kata Abdullah dalam satu ucapan dengan memberi faktanya sekali. Daripada 300 tangkapan rasuah 186 orang adalah pegawal kerajaan iaitu 67% lebih. Katanya lagi orang politik hanya 11% sahaja. Betul ke ?? Orang politik sekong pimpinan UMNO Rasuahlah banyak mana pun tak apa. Tiada tangkapan tiada data dan fakta.




TEGURAN DAN PANDANGAN ANDA
Assalamualaikum wm. wbt. Memandangkan Homepage ini baru dibina dengan pelbagai kelemahan
diharap anda boleh memberi sedikit teguran di bawah dalam BUKU PELAWAT....Insya-Allah 

BUKU PELAWAT
Memberi Komen atau teguran anda pada Buku Pelawat
Melihat komen atau teguran pengunjung pada Buku Pelawat

 

BILANGAN PELAWAT
Jumlah Pelawat yang Memasuki Halaman ini ialah


semenjak 13 Mac 1999 lalu.

HOMEPAGE DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN DUNGUN
ini dikendalikan oleh Lajnah Penerangan dan Dakwah.
Dewan Pemuda PAS Kawasan Dungun (DPPKD).

PERHATIAN:
PANDANGAN DALAM HOMEPAGE INI TIDAK SEMESTINYA MENUNJUKKAN SIKAP DPPKD
Andajuga dialu-alukan untuk menghantar sebarang maklumat ke halaman ini
E-mel:dppkd@hotmail.com