Rakyat Terengganu Bersyukur  

Kita mesti belajar menerima kenyataan. Kita mesti tahu menerima kekalahan, sebab sistem demokrasi cara membilang kerusi yang dipakai di Malaysia, bukannya sistem pakai bilang peratus undi! Jadi, kalau nak bilang peratus undi macam di Amerika, tukarlah sistem itu dulu. Bila dah kalah tu kalahlah...... Terima sajalah. Seronok membaca keluhan UMNO dalam akhbar hari ini... nak post-mortem le... nak kaji itu ini...Tapi tak ada yang nak kaji bila nak buang si tua pembohong itu agar UMNO segera kembali segar. Tak ada yang yang nak melihat ke dalam diri, mencari kesilapan diri; melainkan hanya ingin melihat kesilapan petugas le..itu le..ini le. Saya tabik kepada Najib yang ada menyebut pasal ini. Cuma dia tak nampak yang Mahathir perlu dipecat tersebih dahulu!
 

YAB. Menteri Besar baru Kerajaan Barisan Alternatif Negeri Terengganu Darul Iman yang dipimpin oleh PAS telah selamat mengangkat sumpah pada Khamis 03-12-1999 bersama anggota kabinet negeri seramai 10 orang. Mereka terdiri daripada yang berkelulusan tinggi dan berpengalaman serta diyakini akan bukan sahaja mampu memimpin negeri ini dengan penuh yakin, malah juga dengan penuh adil kerana yang menjadi rujukan mereka adalah Islam. Itulah yang menjadikan mereka yang berpemimpinkan pengahayat Islam merasakan kemanisannya. Mereka terhindar daripada mengikut hawa nafsu serakah kemanusiaan yang sering kali condong dan goyah itu. 

Saya amat tertarik dengan kata-kata YAB. Menteri Besar baru yang berbunyi lebih kurang: KITA TIDAK AKAN MENJADIKAN KERAJAAN INI SEBAGAI KERAJAAN YANG MEMBALAS DENDAM. KAMI AKAN MEMPASTIKAN KEADILAN BERLAKU KEPADA SEMUA RAKYAT.... Nada dan air muka beliau begitu tulus melafazkannya. 

Saya mengambil kesempatan ini mengucapkan setinggi tahniah kepada YAB. menteri Besar dan barisan kabinetnya serta seluruh wakil rakyat PAS yang terpilih bagi pihak diri saya sendiri yang sekian lama menyokong PAS dan BA tetapi belum menjadi ahli mana-mana parti politik seumur hidup saya, walaupun kini saya sudah mencecah usia 55 tahun. Semoga Allah SWT melimpahkan kurniaNya ke atas kepimpinan YAB dan YB-YB semua. Bagaimanapun saya kasihan melihat UMNO yang sangat merosot prestasinya dalam pilihanraya yang lalu itu, tapi masih bercakap besar. Mereka tidak pernah mahu melihat diri sendiri, mencerminnya semula dan melihat kecacatan yang ada. Setiap hari mereka cuba menyalahkan orang lain dan asyik menceritakan keburukan orang lain. Bercakap berdegar-degar, tahi tersangkut di gelegar. Apa orang lain buat serba tak kena. Apa ketuanya kata semuanya betul belaka. Lihatlah nasib Menteri Besar Johor, Melaka, Perak itu. .... nak melantik EXCO terpaksa pergi menyembah "berhala"....eh! Maaf...bukan "berhala'... Mahathir dulu; bukan main siksa kalau dah tak boleh buat itu ini sendiri-sendiri. Tak ada empowerment langsung. Bila orang kata mereka menganuti sistem diktator... dia marah! 

Wallahualam.

3 Dec. 99