Serbia berniat hapuskan rakyat Kosovo

Susunan Wartawan DPPKD

 


Para penyelamat membawa pesakit wanita ke hospital kem pelarian atas bukit di Blace.
KELEWATAN Nato menghantar tentera daratnya ke Kosovo bagi melindungi etnik Albania yang sebahagian besar umat Islam menjadikan tentera Serbia bermaharajalela melakukan keganasan dan kekejaman kerana matlamat utamanya ialah untuk mengusir dan menghapuskan umat Islam dari wilayah itu.

Sejak kempen menghapuskan etnik khususnya umat Islam bermula pada 1991 seramai 3.5 juta rakyat di bekas Republik Yugoslavia itu telah menjadi pelarian.

Para Pegawai Bangsa-Bangsa Bersatu meramalkan bahawa bilangan pelarian dari wilayah Kosovo akan mencecah angka 1 juta orang.

Sehingga ini hampir 500,000 etnik Albania telah diusir oleh tentera Serbia dari Kosovo kini telah mengongsi di beberapa wilayah yang berjiran dengan Albania (244,500), Macedonia (136,000), Montenegro (60,700), Bosnia (17,900) dan Turki (6,000). Kesemuanya berjumlah 465,100 orang.

Suruhanjaya Tinggi Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) yang mengendalikan pelarian Kosovo dalam mesyuaratnya di Geneva minggu telah mengkritik Belgrade kerana rancangannya menghapuskan identiti wilayah tersebut.

Ketua operasi pelarian itu di Kosovo, Sadako Ogata berkata tindakan mengusir rakyat Kosovo etnik Albania itu adalah rancangan paling kejam dan tidak perikemanusiaan dan mengancam kestabilan di wilayah Balkan.

Kata Cik Ogata lagi, bahawa pengusiran itu adalah usaha 'menghapuskan identiti rakyat Kosovo.'

Kecaman Pesuruhjaya Tinggi Pelarian Bangsa-Bangsa Bersatu itu ketika berucap merasmikan me-syuarat wakil-wakil 56 negara penderma yang membincangkan usaha-usaha bagi membiayai pelarian yang jumlahnya semakin bertambah.

Beliau menegaskan bahawa dia akan meminta negara-negara anggota PBB supaya menerima pelarian Kosovo buat sementara waktu.

Mesyuarat itu yang dihadiri oleh 30 pertubuhan perikemanusian bertujuan untuk membicangkan masa-lah belanja dan tanggungjawab yang harus dikongsi bersama.

Jurucakap UNHCR berkata mesyuarat itu akan menimbangkan apakah jenis bantuan yang boleh diberikan oleh negara-negara tersebut dan berapa ramai pelarian yang boleh ditampung oleh negara-negara berkenaan.

Menurut UNHCR sehingga minggu lalu seramai 400,000 pelarian Kosovo telah memasuki Albania dan Macedonia sejak Nato melancarkan serangan udara ke atas Yugoslavia pada 24 Mac lalu.

Sementara itu, Henry Kissinger, bekas setiausaha negara Amerika dalam rencananya di majalah Newsweek baru-baru ini, menyebut bahawa perang di Kosovo adalah hasil konflik yang berlaku sejak beberapa abad lalu di antara pemerintahan Uthmmaniah dan Austria, di antara Islam dan Kristian dan dilanjutkan pula antara nasionalisme Serbia dan Albania.

Sebelumnya, kumpulan-kumpulan etnik di wilayah itu hidup dalam aman damai dan hanya apabila dipaksakan dasar hidup bersama seperti yang dilaksanakan di bawah pemerintahan asing ataupun di bawah diktator Tito.

Kata Kissinger lagi, Presiden Clinton menegaskan bahawa selepas pendudukan sementara Nato, kumpulan etnik akan berbaik semula. Harapan Presiden Clinton itu tidak mempunyai asas yang realistik. Ini terbukti selepas tiga tahun pasukan keamanan Nato berada di Bosnia namun kumpulan etnik masih juga tidak hidup dalam keadaan aman.

Pada Kisinger, Slobodan Milosevic bukan seorang Hitler, tetapi seorang samseng Balkan dan krisis di Kosovo pula tiada kaitannya dengan kejadian-kejadian yang tercetus sebelum Perang Dunia Pertama.

Baik Milosevic mahupun sebarang pemimpin Balkan yang lain tidak mampu mengancam keseimbangan global, sebagai ditegaskan Clinton. Menurut Kissinger bahawa Milosevic bertanggungjawab terhadap semua kekejaman yang dilakukan di Bosnia.

Kissinger menegaskan bahawa Perang Dunia Pertama tercetus di Balkan bukannya disebabkan konflik etnik tetapi adalah sebab sebaliknya: iaitu campurtangan kuasa luar dalam hal ehwal setempat. Pembunuhan Putera Mahkota Austria, oleh seorang nasionalis Serbia hingga mencetuskan perang dunia kerana Rusia menyo-kong Serbia dan Perancis pula menyokong Russia manakala Jerman menyokong Austria.

Seterusnya menurut Kissinger, Perang Dunia Kedua pula tidak bermula di rantau Balkan, apatah lagi dicetuskan oleh konflik antara kumpulan etnik.

Kata Kissinger lagi, yang lebih tidak boleh diterima ialah mengatakan bahawa kebajikan ekonomi Kesatuan Eropah yang keluaran kasar negaranya mengatasi Amerika, bergantung kepada kedudukan Kosovo yang miskin itu.

Sebenarnya, perpaduan Nato terancam kerana ia meletakkan penuh harapan kepada perjanjian damai Rambouillet, Perancis yang disetujui oleh kumpulan pejuang pembebasan Kosovo (KLA), yang pada mula ditolak oleh pertubuhan pembebasan itu. Sedangkan pihak Serbia tidak bersetuju dengan perjanjian itu walaupun wakil-wakilnya menyer-tai mesyuarat tersebut.

 

Ke Laman dppkd