PAS akan terus pulaukan TV3¼

PENDANG: Presiden PAS, Dato' Hj. Fadzil Mohd. Noor, menegaskan stesen penyiaran swasta TV3 akan dipulaukan sepenuhnya sampai selepas pilihan raya.

Dato' Hj. Fadzil berkata, penonton marah dengan serangan berita TV3 yang keterlaluan terhadap Barisan Alternatif (BA).

"Mereka menyiarkan berita pembohongan setiap hari," kaanya ketika me-ngulas keputusan parti KeADILan untuk mem-boikot stesen TV yang begitu keterlaluan mem-burukkan parti-parti Barisan Alternatif..

Menurutnya lagi, TV3 sanggup menggadaikan etika profesionalismenya demi untuk dijadikan hamba suruhan kepada pemimpin tertinggi Umno/BN.

"Bukan saja kita memboikot mereka sekarang ini, malah sehingga selepas habis pilihan raya pun, kita akan juga menyisihkannya," tegas lagi.