MESYUARAT DEWAN UNDANGAN NEGERI PERAK LEBIH "MERIAH" TAHUN DEPAN

IPOH, 14 Dis - Mesyuarat Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak tahun depan dijangka lebih "meriah" kerana pertambahan bilangan anggota pembangkang.

Menteri Besar Datuk Seri Tajol Rosli Ghazali berkata persidangan itu yang bermula pada Mac depan

Untuk persidangan penggal ke-10 akan datang, sebanyak 44 daripada 52 kerusi DUN Perak dikuasai oleh BN manakala DAP menduduki empat kerusi, PAS (tiga) dan Keadilan (satu) berbanding 51 kerusi yang dikuasai BN dan satu oleh DAP pada penggal lepas.