Pengalaman Peribadi Semasa Pengundian |
Assalamualaikum,
Ini adalah kali pertama saya menghantar artikel ke laman web reformasi. Maaf dipinta kerana maklumlah tiada experience. However I'm an avid fan to websites like Laman Reformasi, MAHAFIRAUN, Al-Islah, Doi Moi, Kini etc. I noticed Laman Reformasi, Al-Islah tidak diupdate for 2 days, I guess. Why?? Takkan tak ada isu kot. I suggest u all siarkan experience as voters and sbg petugas ie perayu undi & paca. Ini boleh dijadikan panduan kepada org yg tak mengerti mengenai hal ini. Kepada para petugas pula pengalaman org lain adalah sangat berharga untuk mrk improvekan for the next election.
Ini adalah pengalaman saya sbg perayu undi PAS. Petugas mesti melaporkan diri di pondok panas pd pukul 7 am. Saya mengundi di PJ jadi saya hanya memulakan tugas pd pukul 9.45 am. Petugas muslimah tidak mencukupi, so kami tak dpt nak bertukar shift. Hanya berehat untuk lunch & solat shj. Cuaca panas terik, malangnya payung tidak cukup. Ramai di antara kami tidak sempat nak merayu kepada pengundi krn petugas BN terlalu ramai (Melayu & India, Cina tak nampak pun). Apb ada pengundi India mrk ada ramai petugas yg akan memberi penerangan manakala kami terpinga2 mencari petugas Adil yg berbangsa India. Petugas wanita BN terlalu bebas walaupun mrk berumur (40+) hanya menutup kepala (not fully) on election day. Mrk akan pegang atau peluk pengundi lelaki atau pompuan tanpa segan silu. Mrk akan menjerit, perli & menyakitkan hati petugas BA. Apb saya hendak intercept untuk merayu undi, petugas wanita BN mengangkat kakinya cuba untuk menendang saya. Saya terpegun ttp sbg muslimah PAS kami jarang membalas krn kami hendaklah menjaga tatasusila kami manakala muslimin juga alhamdulillah dpt kawal keadaan.
Oleh kerana tempat mengundi terdiri drp low income voters, mrk sanggup menjadi petugas BN sedangkan sebenarnya mrk mengundi PAS & Adil. Ini adalah krn mrk bukan shj dpt makanan yg sedap, carbonated drinks, baju, cap, payung dll FREE malah mrk dibayar RM100 setiap jam!! Ramai yg dtg mengundi tidak dpt melaksanakan t/jawab krn nama mereka tiada dlm booklet list & diskette yg provided by SPR. Ada yg tlh bersusah payah pergi ke 4-5 buah tempat mengundi ttp masih gagal. 10 minit terakhir masih ada org yg cuba mengundi malangnya mengikut rujukan kami nama mrk terdapat di tempat mengundi lain yg lebih kurang 25 minit perjalanannya.
Selepas lunch kami mendapat maklumat mengenai kertas undi yg tlh diwax..jadi kami memberi sehelai tisu kepada pengundi supaya mrk lap kertas undi sebelum pangkah. Kami juga menasihati pengundi untuk menekan dgn kuat semasa memangkah supaya kelihatan more obvious. Sekitar 3pm ada pengundi yg dtg memberitahu kami SPR tlh announce yg the new voters 680,000 can vote on that day. Malangnya kami tidak tahu menahu mengenai hal ini & tidak menerima new list or whatever. First time voter (FTV) BN checked at their booth & succeeded in voting whereas FTV BA gamble masuk untuk mengundi ttp tidak layak untuk mengundi. Walaupun overall kami kalah ttp alhamdulillah undian di sekolah ini berpihak kepada PAS. Ini adalah pengalaman pertama kami bertugas, jika ada tips silalah siarkan di laman ini sbg panduan untuk semua.
Satu lagi isu yg saya ingin berkongsi kepada semua ialah mengenai taktik kotor BN selepas pilihanraya. Abang saya adalah seorang ahli Gerak Gempur yg sangat aktif & rapat dgn Pemuda. Dia bagitau saya sesiapa ahli Umno yg mengundi BA akan di shortlist dan segala bentuk urusan spt loan, tender dsb akan disekat. At this moment abg saya sedang sibuk kira claim for distributing caps, vest, food allowance etc.. Mark up berapa kali wallahualam.
Strategi selepas ini pd pendapat saya ialah untuk menyakini Chinese & Indian voters. Ramai India dah sedar ttp Chinese yg liat betul.
FZSA
Oleh pembaca MAHAFIRAUN 2020
04 DECEMBER 1999