KUALA TERENGGANU, Selasa - Beberapa orang iman lama yaang dipercayai penyokong kuat UMNO telah meminta rayuan agar jangan memecatnya.
"Nak baca khutbah pun tak apa, asalkan jangan pecat dia sudah ahh" katanya setelah mendengar desas desus orang ramai minta pihak kerajaan PAS memecat beliau dengan sikapnya yang selalu membaca khutbah yang banyak mengampu kerajaan dan selalu sangat sebut pembangunan kerajaan UMNO lalu.
Sebenarnya pihak kerajaan PAS tidak berhasrat untuk memecat sesiapa pun. ini telah ditegaskan oeh MB Tuan Guru haji Abdul Hadi sendiri, bahawa kita bukannya kerajaan berdendam.
Islam telah mengajar kita berbaik sangka, oleh itu jangan terlalu takut, sebagaimana mereka ini takut zaman UMNo dulu yang selalu menukar, memecat imam-imam yang tak sehaluan dengan mereka.
Pas ingin mendidik masyarakat hidup dengan harmoni saling hormat menghormati.