KEMENTERIAN PENDIDIKAN YANG TERSURAT
DAN TERSIRAT
MENTERI Tan Sri Profesor
Musa Mohamad TIMBALAN
MENTERI Dato' Abdul Aziz Shamsuddin
SETIAUSAHA PARLIMEN
Dato' Profesor Mahadhir Mohd Khir
Pengenalan
Telah menjadi perbualan umum, salah satu sektor utama pendokong
dan penyokong serta penggerak GERAKAN REFORMASI dan BARISAN
ALTERNATIF adalah terdiri dari golongan PENDIDIK. Samada di peringkat
Sekolah Rendah , Menengah mahupun di peringkat Institusi
Pengajian Tinggi. Golongan
Pensyarah, Mahasiswa, Guru dan Pelajar adalah watak - watak
penting , yang menjadi tenaga utama dalam pilihanraya ke - 10 yang
baru lalu. Cara mana kumpulan ini bergerak, mengatur strategi, perang
saraf, berkomunikasi , bermesyuarat, membuat pelan tindakan dan
bertindak banyak bergantung kepada kebijaksanaan dan kepakaran
masing - masing.
Realitinya, tidak ada satu badan yang khusus yang mengorganisasikan
sektor ini. Ini yang membenggangkan Mahathir dan kuncu - kuncunya
kerana sukar untuk bertindak . Syabas kepada para pensyarah, pegawai
dan kakitangan Universiti, mahasiswa, pendidik dan pelajar
sekalian. Tugas dan tanggungjawab yang telah dilakukan amat
berjaya dan berkesan sekali.
Post Mortem pilihanraya ke - 10 masih dijalankan oleh semua pihak,
samada Barisan Nasional mahupun Barisan Alternatif, bagi mencari punca
kepada kekalahan ataupun kemenangan. Hasilnya satu pelan
tindakan, yang samada konkrit atau tidak , akan dikemukakan untuk
tindakan selanjutnya , bagi menghadapi pilihanraya ke - 11 , pada
tahun 2004 yang tidak berapa lama lagi.
Mahathir berjaya mengesan salah satu segmen terpenting yang telah
berjaya melemahkan BN, khusunya UMNO, iaitu, sebaik saja pilihanraya
selesai, malah sebelum pilihanraya diadakan lagi, ialah cabang
PENDIDIKAN.
Tumpuan utama dan khusus mesti diberikan segera. Ini kerana
komponen PENDIDIKAN mengandungi kumpulan pengkaji, perancang,
pakar perang saraf, pemikir, penggempur dan strategis yang terdiri
daripada para pensyarah guru , mahasiswa dan pelajar. Ia juga
mengandungi kumpulan pengundi yang terbesar, iaitu, belia dan
remaja samada di Institusi pengajian tinggi atau pun pelajar di
sekolah menengah yang berada di tingkatan 4 dan 5 [ yang bakal menjadi
pengundi - pengundi baru, pada pilihanraya ke - 11 nanti]
Dalam keadaan sekarang ini, dimana UMNO telah kehilangan sejumlah besar
ahlinya, dianggarkan oleh setengah - tengah pihak sehingga 2/3 [ 2 per
3 ] daripadanya dari jumlah " 2.78 juta "orang [ seperti yang
didakwa oleh Setiausaha Agungnya yang baru Tan Sri Khalil Yaakub ]
telah MENINGGALKAN UMNO. Daripada 2/3 yang keluar itu, ½
daripadanya telah menyeberangi PAS manakala ½ lagi telah mengisi
borang KeADILan. Jadi kekuatan sebenar UMNO tinggal 1/3 daripada "
2.78 juta " itu.
Angka " 2.78 juta " itu pun sebenarnya angka yang telah dimanipulasi,
iaitu termasuk di dalamnya, ahli yang telah meninggal dunia, ahli di
bawah umur yang didaftarkan oleh ibubapa yang menjadi ahli UMNO, ahli
yang telah keluar parti tetapi masih dalam senarai ahli parti,
contohnya, Sdr. YB En. Mohd Azmin Ali, ADUN Hulu Kelang dan lain -
lain lagi.
UMNO perlu dan MESTI menggantikan ahlinya yang telah keluar parti
dan yang masih ada dalam parti [ yang menjadi mata dan
telinga kepada BARISAN ALTERNATIF ] sebelum tahun 2004.
Untuk itu, bekalan tambahan ahli UMNO hanya dapat diperolehi
daripada sumber pasaran baru , iaitu , pelajar - pelajar di
peringkat sekolah Menengah hatta peringkat sekolah rendah.
Golongan lepas sekolah, 18 tahun ke atas dan remaja serta dewasa sudah
memasuki kem BARISAN ALTERNATIF. Yang masih kekal bersama UMNO ialah
golongan tua dan veteran, yang berusia 50 tahun ke atas, dan
sebahagian besarnya terdiri dari golongan pencen 55 tahun ke atas.
Diusia begini umur sudah tak panjang lagi. Sekali atau dua kali
pilihanraya lagi, mereka ini akan " pergi " , siapa lagi yang akan
menjadi ahli UMNO dan menyokong perjuangannya.
Tidak mungkin UMNO akan membuka keahliannya kepada kaum cina dan
india ataupun pendatang asing Bangladesh, Thailand,
Filipina, atau Burma. Walaupun diketahui umum, mengikut maklumat
yang disalurkan oleh Pemantau, BUDI, atau dalam Internet, pengundi -
pengundi hantu yang telah "MEMENANGKAN " UMNO dan BN adalah terdiri
dari orang - orang BANGLADESH, THAILAND, FILIPINA DAN BURMA selain dari
sokongan orang - orang CINA dan INDIA.
Kemungkinan juga, untuk menglobalisasikan UMNO , bagi mengganti orang -
orang Melayu yang telah keluar daripadanya, UMNO perlu dibuka kepada
semua bangsa di dunia. Dengan itu, cawangan - cawangan UMNO di luar
negeri dapat dibuka di seluruh dunia dan tidak terhad kepada Kelab -
kelab UMNO di Britain, USA, Australia, Kaherah dll sahaja .
Ini telah dilakukan di Sabah, di mana semua kaum Bumiputra berhak
dan layak menjadi ahli UMNO, samada dari kaum Dusun Kadazan, Bajau.
Murut, Melanau, Iban dll . Parti UMNO "United Malay National
Organisation " sudah dibuka oleh Mahathir untuk lain - lain kaum
Bumiputra dan tidak terhad kepada orang - orang Melayu sahaja.
Mungkin cadangan di atas tidak pelik untuk dibuat oleh Mahathir,
kerana, dengan semangat "MALAYSIA BOLEH " sudah tidak ada
yang tidak boleh didunia ini. Semuanya boleh.
Hanya dengan itu, UMNO akan terus hidup di atas muka bumi ini. Jadi
untuk menghadapi KEPUPUSAN ahli - ahlinya, cadangan yang dirasakan
relevan adalah dengan menurunkan syarat umur untuk menjadi ahli
kepada 16 tahun [ tingkatan 4 ] akan dibuat semula dalam
Perhimpunan Agung UMNO yang akan diadakan dalam bulan April 2000
nanti. Cadangan itu telah dibuat oleh Naib Presiden UMNO " 241 " Dato'
Seri Najib Tun Razak tidak berapa lama dulu.
Selaras dengan itu, tengoklah kalau tak percaya, had umur mengundi juga
akan diturunkan kepada 16, 17 atau 18 tahun [ selaras dengan tuntutan
BARISAN ALTERNATIF ].
Perubahan yang dilakukan oleh Mahathir, menunjukkan beliau merupakan
seorang ahli politik yang cekap, licik dan masih bergeliga serta cepat
bertindak.
Belum pernah berlaku dalam sejarah, seorang yang tidak mempunyai
pengaruh, bukan tokoh politik apatah lagi bukan ahli parlimen
dilantik menjawat jawatan kanan dalam kabinet , sebagai MENTERI
PENDIDIKAN. Pada zaman Mahathir semuanya boleh. Demi KUASA,
PANGKAT, HARTA dan KEDUDUKAN, semuanya boleh. MALAYSIA BOLEH. Politik
menghalalkan cara.
Berbalik kepada perlantikan Tan Sri Musa Mohamad, Dato' Aziz Shamsuddin
dan Dato' Profesor Mahadhir Mohd Khir, kita perlu melihat dri dua
sudut iaitu Positif dan Negatifnya.
Bilamana kita melihat dari sudut yang baik, atau positif, saya
sendiri mengalu - alukan perlantikan Tan Sri Prof. Musa Mohamad
sebagai Menteri Pendidikan. Ianya sebenarnya sudah terlambat.
Sepatutnya dari dahulu lagi, sebaik saja Malaysia mencapai
merdeka pada tahun 1957, usaha mengisi kemerdekaan dan
membangunkan negara dipikul oleh orang yang ahli dalam bidangnya
dan berkelayakan serta mempunyai pengetahuan dan kemahiran. Ianya
bukan saja terhad di bidang pendiidkan. Seharusnya merangkumi semua
bidang, samada agama, pertanian, perumahan, ekonomi, kewangan,
pertahanan, belia, sukan, kebudayaan, masyarakat, sains, teknologi,
alam sekitar, tenaga, telekomunikasi dan lain - lain.
Apa yang diamalkan selama ini, kebanyakan menteri menyandang jawatan
yang tidak berkaitan dengan kemahiran dan kepakarannya. Hakikatnya,
kita belum MERDEKA dalam erti kata yang sebenarnya. Semua menteri
menjadi tukang angguk dan "yes man " kepada penjajah baru, iaitu
MAHATHIR dengan fahaman MAHATHIRISMEnya.
Telah menjadi adat manusia, prejudis orang tidak dapat dihalang.
Jika dilihat dari sudut negatif, ternampak, ini adalah diantara
usaha terdesak Mahathir untuk menyelamatkan takhtanya dan mempastikan
jawatan PERDANA MENTERI dapat dipegang hingga ke akhir hayat.
Ini adalah sangat sesuai dengan kenyataan akhbar oleh beliau, kononnya,
ini adalah penggal terakhir beliau berkhidmat untuk rakyat sebagai
peneraju negara PERDANA MENTERI. Dengan penuh rasa tak malu,
beliau menyatakan, walaupun rakyat Malaysia mahukan belliau
memegang jawatan itu hingga ke akhir hayat, beliau bertegas ini adalah
penggal terakhir sebagai PM. Inilah manusia MUNAFIK terbesar abad
moden ini.
Oleh itu, bila dipandang dari sudut negatif, pemain - pemain utama
di Kementerian Pendidikan, iaitu Menteri, Timbalan Menteri
dan Setiausaha Parlimen merupakan perancang utama dan khadam Mahathir
bagi menghadapi dan menangani GERAKAN REFORMASI dan BARISAN ALTERNATIF
yang melibatkan sektor PENDIDIKAN.
Ketiga - tiga Menteri, Timbalan Menteri dan Setiausaha parlimen
merupakan tenaga pakar dalam bidang masing - masing, yang akan
berhadapan dengan para pensyarah dan kakitangan Universiti, mahasiswa,
Pendidik dan Pelajar sekolah.
Tujuan utama atau misi ini bermatlamat untuk ;- - Mengesahkan tahap
sebenar penglibatan pensyarah, guru dan Mahasiswa dalam BA dan
Reformasi - Mengekang dan mengawal serta menghadkan GERAKAN REFORMASI
dan BA - Mengembalikan kesemua pensyarah, guru dan pelajar
menyokong UMNO. - Memulihkan Kementerian Pendidikan " 241 " akibat
dicemari oleh Dato'Najib
Ini telah ditunjukkan dengan penolakan secara menyeluruh orang -
orang Melayu di Parlimen Pekan. Akibat dari kegagalannya mengawal para
pendidik, pensyarah dan mahasiswa serta pelajar. - Mengimbangi
tindakan dan langkah BARISAN ALTERNATIF yang telah menjemput Prof.
Jomo.K.Sundram membentangkan belanjawannya, yang merupakan seorang
tokoh ekonomi dan ahli akademik yang berwibawa , yang juga seorang yang
bukan ahli politik. Maruah UMNO dan BN harus dipulihkan segera,
supaya dilihat kembali sebagai penuh komitted dan berjaya.
Mengikut pengamatan yang saya lakukan, dengan perlantikan itu , pecahan
tugas dibuat mengikut kemahiran, kepakaran, dan pengalaman serta
objektif tertentu Prof. Tan Sri Musa Mohamad . Beliau
berpengalaman luas di Universiti. Pernah menjawat tugas sebagai
Dekan Pusat Pengajian Farmasi, USM, Timbalan Naib Cancelor dan
Canselor USM. Berpengalaman luas mengendali dan mengawal selia
pensyarah, pegawai dan kakitangan Universiti. Beliau akan ditugaskan
menekan dan mengawal pensyarah, pegawai dan kakitangan
universiti. Golongan pensyarah merupakan "think tank " atau pemikir
dan perancang utama dalam gerakan reformasi. Kampus - kampus
universiti tempatan IPTA atau IPTS merupakan "stimulator" , "activator
", "catalytor " - pemangkin kepada GERAKAN REFORMASI, mendokong
perjuangan Dato Seri' Anwar Ibrahim selaras dengan KEBANGKITAN ASIA.
Gerakan senyap dan " smart " di kalangan pensyarah universiti
memberi kesan yang mendalam, menggempur kubu - kubu UMNO di seluruh
negara. Dato' Abdul Aziz Shamsuddin. Beliau merupakan penasihat utama
PM. Setiausaha Politik PM. Seorang Senator yang dilantik dan memegang
jawatan Setiausaha Parlimen Kementerian Penerangan pada bulan Novemebr
1999, khusus bagi menghadapi pilihanraya ke -10 yang baru lalu.
Beliau dikira berjaya menjalankan tugasnya dengan perancangan
yang licik bagi mengekalkan majoriti 2/3 BN. Beliau juga merupakan
pendokong utama dalam gerakan menghapuskan Dato' Seri Anwar Ibrahim
daripada UMNO dan Kabinet. Kemahiran, keupayaan, kepakaran dan
pengalaman beliau dalam sesuatu OPERASI KHAS amat
mengkagumkan Mahathir. Lantas dengan itu, belaiu telah diberikan
kepercayaan untuk melancarkan satu lagi OPERASI KHAS , iaitu, mengawal
dan mengekang GERAKAN REFORMASI dan BARISAN ALTERNATIF di kalangan
penjawat - penjawat sektor PENDIDIKAN. Untuk jawatan ini, beliau
ditugaskan khusus untuk menjaga Pendidik, iaitu guru - guru di
sekolah menengah dan rendah serta para pelajarnya ,di seluruh negara.
Laporan mengenai kegiatan guru dan pelajar sekolah di seluruh negara
akan dikemaskini tiap - tiap hari. Polis cawangan khas, yang menyamar
sebagai guru, pekerja makmal , juru jual malah sebahagian daripada
guru - guru akan dilatih khas untuk menyerap maklumat, akan
berkeliaran di semua sekolah.
Taklimat harian akan diberikan oleh Aziz , selaku Setiausaha Politik
kepada Mahathir. Ini akan memudahkan Mahathir merancang tindakbalas
dengan serta merta yang akan memberikan kesan yang maksima.
Profesor Dato'
Mahadhir Mohd Khir. Bekas pensyarah di Jabatan Sejarah, fakulti
Sastera, Universiti Malaysia. Seorang ahli akademik terkemuka dalam
bidangnya, pengkaji dan pengkritik politik . Beliau juga adalah
seorang yang mengkagumi Mahathir dan UMNO. Berdasarkan pengalaman luas
beliau di Universiti Malaysia, kemahiran dan pengalaman untuk
menghadapi golongan
MAHASISWA telah memikat Mahathir untuk meletak beliau bertanding di
Parlimen Sungai Petani . Ini bagi membolehkan beliau dilantik bagi
menganggotai kabinet Mahathir dan dalam operasi tertentu.
Dalam hal ini tugas utama beliau ialah mengurus, mentadbir dan
menakluki MAHASISWA di semua universiti awam dan swasta.
Mahasiswa merupakan salah satu penggerak utama dalam gerak kerja dan
perang saraf BARISAN ALTERNATIF. Tenaga sukarela Mahasiswa dari
semua universiti telah bebas , bersepadu, dan maju dalam menggempur
semua kubu kubu UMNO di seluruh negara. Ini adalah antara
kejayaan terbesar Barisan Alternatif.
Golongan mahasiswa, adalah berkecuali, tidak berparti, boleh diterima
oleh masyarakat umum, khusunya orang - orang UMNO dan pengundi atas
pagar . Kejayaan mereka memikat hati orang - orang UMNO dan atas
pagar, menyaksikan, BARISAN ALTERNATIF berjaya menambahkan bilangan
kerusi di Parlimen dan DUN, menambahkan majoriti BA serta seterusnya
mengurangkan majoriti UMNO ke tahap yang cukup minimum dan
menyesakkan. Akhirnya timbullah apa yang dipanggil fenomena UMNO
TELAH DITOLAK OLEH ORANG MELAYU
Kuasa beli yang ada pada para mahasiswa cukup berkesan untuk
menundukkan ibu bapa , adik beradik, jiran , kawan - kawan dan
masyarakat setempat. Kaedah dan cara yang dilakukan oleh mahasiswa
amat menakjubkan. Bahan kempen dan tajuk hujahan yang dikupas
sangat memikat. Idea idea yang dilontarkan mudah difahami oleh
sasaran, iaitu pengundi "atas pagar " mahupun orang - orang UMNO itu
sendiri
Sehubungan dengan itu, mengikut penelitian saya , semua pihak yang
terbabit, seperti yang disenaraikan, iaitu pensyarah, pendidik ,
mahasiswa dan pelajar perlu ada dan mesti mengatur langkah mengadakan
PELAN BERTINDAK atau "CONTINGENCY PLAN " bagi menghadapi
strategi Mahathir ini.
Ianya mesti ditangani secara berkumpulan [ jamaah ] ,
bersistematik, berperancangan dan tekad serta semangat yang
jitu, padu, BEBAS, SEPADU dan MAJU. Bukan apa, ini kerana,
kemenangan dan kejayaan yang cemerlang yang kita semua hajati. Usaha
untuk meroboh PROGRAM JAHAT Mahathir yang penuh sistematik, mesti
dihadapi dengan perancangan dan tindakan yang lebih baik dan
bersistematik juga.
Tulisan ini dimajukan bukan bermaksud tuan- tuan dan puan -puan tidak
sedar, tidak tahu atau tidak dapat membaca situasi yang ada,
cuma untuk berkongsi rasa dan pendapat serta pandangan. Ingat dan
mengingati amat mustahak dalam gerakan ini.
Sebenarnya, saya tidak ingin memberikan apa - apa cadangan atau langkah
- langkah yang perlu dibuat. Itu terpulang kepada kebijaksanaan,
kepakaran dan ilmu yang ada.
Lagipun saya sangat berminat kiranya artikel mengenai PERANCANGAN
Mahathir ini dibuka untuk perbincangan, kritikan, komen dan pendapat
umum. Kemukakan kritikan, hujahan, komen dan pendapat tuan
- tuan dan puan - puan demi untuk kebaikan bersama. Ini
sangat penting sebagai persediaan menghadapi pilihanraya
ke - 11 nanti. Alangkah moleknya, kalau kita dapat mengatur
strategi supaya berada selangkah di hadapan musuh. Kita hidu dan cium
dahulu perancangan mereka. Dengan itu, kita dapat membuat persediaan
yang cukup sebelum tutun ke gelanggang.
Cuma satu pandangan ikhlas dari saya, apapun, dalam membuat perancangan
dan bertindak, kita perlu " SMART."
Teruskan perjuangan. Semoga kita akan terus berjaya.
AHLI UMNO YANG KEKAL SOKONG
PAS |