Matlamat
pakatan itu adalah untuk menafikan majoriti dua pertiga kerajaan
Barisan Nasional di Parlimen dan selagi ia tidak berjaya kerjasama
itu masih belum selesai, katanya kepada pemberita selepas menerima
kunjungan hormat pemimpin tinggi DAP diketuai Pengerusinya Lim Kit
Siang.
Turut sama dalam pertemuan itu ialah naib pengerusi
DAP Lim Guan Eng dan Dr Tan Siew Giaw serta setiausaha agungnya Kerk
Kim Hock.
Abdul Hadi berkata kerajaan Pas Terengganu tidak
akan melaksanakan apa yang dirancangnya secara tergesa-gesa bagi
memastikan keadilan berlaku tanpa mengira kaum dan fahaman politik.
Katanya setiap perkara yang ingin dilakukan mestilah
terlebih dahulu diberikan kefahaman dan penjelasan kepada rakyat.
Beliau berkata dalam merealisasikan ekonomi Islam, kerajaan
juga akan melaksanakan pinjaman tanpa faedah kepada rakyat yang
memerlukan rumah tanpa mengira agama mereka dan terserah kepada
rakyat untuk membuat pilihan sama ada menerima rancangan kerajaan
itu atau memilih sistem konvensional yang sedia ada.
Katanya
sebarang projek yang ingin dilakukan oleh kerajaan juga perlu
melalui proses syura rakyat yang akan diwujudkan untuk mendengar
pandangan mereka mengenai projek berkenaan selain perbahasan di
Dewan Undangan Negeri.
Sementara itu, Lim berkata pertemuan
hari ini adalah sebagai kunjungan hormat dengan kepimpinan Pas
negeri dan bagi mendapatkan penerangan mengenai pelbagai perkara
yang dibangkitkan termasuk kharaj.
Beliau berkata kharaj
akan dilaksanakan sekiranya mendapat persetujuan daripada masyarakat
bukan Islam dan mereka tidak dipaksa untuk menerimanya.