APAKAH SIFAT KANAAH DAN ZAID

Sifat Khanaah - ialah rasa dapat berpada dengan apa harta atau kehidupan yang ada pada mereka. Sifat ini dapat dirasakan oleh hati mereka oleh kerana kebersehan hati mereka. Adapun hati kotor orang awam yang umpama kita ini maka jauh sekali dapat mengecap rasa sifat umpama itu.

Oleh itu jauhlah bezanya hati kita yang bersifat tamak kepada keduniaan ini dengan hati orang yang bernafsu mulhamah. Dengan hal demikian kanaah bukanlah satu sifat yang dapat ditiru-tiru oleh sebarang orang kerana ia datang daripada benih hati berseh dan suci. Dan hati suci seumpama ini memanglah memandang kehidupan dunia ini sabagai pekara gampang sahaja.

Oleh sebab itu mereka tidak berasa susah, tidak sebagaimana hati orang kotor yang bersifat tamak. Demikianlah pula khanaah satu sifat budi yang mulia dan sangat berharga. Kepada orang khanaah bukan lah bererti terhalang mencari harta benda tetapi mereka mencari harta tidak kerana lain melainkan memenuhi kehendak kebajikan dan keredaan Allah, berlainan dengan kehendak kita untuk memenuhi kehendak-kehendak kepuasan nafsu.

Sifat Zahid - ialah satu sifat budi yang mulia dan sangat berharga mahal iaitu bahawa dapat dirasakan oleh hati orang sufi perasaan tumpul nafsu atau tidak pecah selera kepada pekara-pekara keduniaan. Berlainan dengan orang awam yang berhati sifat tamak.

Insan bersifat zahid ini tidak mengambil melainkan pengambilan itu adalah sebagai sambil lewa sahaja. Tidak di carinya dunia melainkan untuk memenuhi kehendak-kehendak kebajikan dan keredaan Allah jua. Mereka memandang harta dunia ini sebagai amanah Allah dimuka bumi ini, mereka letakan nya pada tempatnya, mereka tidak mengunakan amanah Allah untuk kepuasan nafsu yang tidak mengenal batas batas keredaan Allah.

Lihat lah gambaran mulia sifat zahid sebagaimana yang ditunjukan contohnya oleh sahabat Nabi, Abu Bakar Al-Siddik iaitu ketika Nabi melancarkan pungutan kilat untuk memenuhi satu tabung peperangan. Abu Bakar menderma seluruh hartanya dengan tidak ketingalan sedikit pun, lalu Nabi bertanya kepadanya: " Tidakkah ada ketinggalan sedikit harta kepada kamu?" Abu Bakar menjawab: " Ya rasulullah, yang tinggal disisi saya ialah Allah dan Rasul jua"

Wah……..! bukan main sifat kezahidan dilakukan oleh Abu Bakar ketika negara menghadapi kecemasan ekonomi. Pendek kata sifat zahid umpama ini perlu dijadikan sebagai alat dinamik untuk tujuan-tujuan kecemasan pada waktu-waktu tertentu. Malah sifat zahid adalah musuk ketat kepada sifat kedekut, tindas menindas dan penghisap darah.

 

Petikan dari buku MENGENAL DIRI DAN WALI WALI ALLAH.PAPSB. Kota Baru.