Keluarga

Sudut Keluarga
Shoutus Syabab DPPKD

line.gif (4491 bytes)

Susu Ibu Menghindari Bengkak Perut

Faktor-faktor pertumbuhan yang terdapat dalam susu ibu boleh melindungi anak daripada terkena alergi atau jangkitan dan gangguan perut bila dewasa.

Perkara ini diungkapkan oleh para ilmuan di bahagian Kajian Gizi, Universiti Arizona.

"Anak yang minum susu ibu dapat mengelakkan dari terkena penyakit kembung atau bengkak perut dan usus yang secara normal terjadi antara 20 – 30 tahun", kata Otakar Koldovsky, profesor di Fakulti Perubatan Universiti Arizona.

Kajian juga menunjukkan bayi yang diberi susu ibu mengalami alergi yang rendah.

"Susu ibu memberi faedah yang tinggi, perkara itu tidak dapat diperolehi melalui susu tepung atau formula. Disamping itu dapat meningkatkan sistem imune anak dimasa hadapan", tambah Koldovsky.

Selain menyimpan protein, karbohidrat, lipid, air, mineral dan aneka vitamin, kajian juga menunjukkan bahawa susu ibu mengandungl zat-zat yang aktif secara biologi. Menurut Koldovsky 40 faktor pertumbuhan ditemui dalam susu ibu.

Zat-zat mampu mencegah alergi dan penyakit-penyakit perut dan usus. Dan sebuah kilang farmasi di Amerika kini cuba mengembangkan formula tersebut. "Tetapi, diperlukan waktu selama sepuluh tahun untuk melaksanakannya", ujar Koldovsky lagi. #

Balik Menu Utama

line.gif (4491 bytes)