Keluarga

Sudut Keluarga
Shoutus Syabab DPPKD

line.gif (4491 bytes)

SEDERHANAKAH HIDUP ANDA ?

Banyak perkara yang boleh dilakukan untuk menyederhanakan hidup kita. Dalam Islam hidup serdahana dituntut. Jadi bawah ini diutara beberapa perkara yang boleh dibuat untuk menyederhanakan hidup.
Berikut 7 pendapatnya yang boleh anda amalkan.

1. Kurangi pecahan pendapat untuk Hiburan.

Dalam pengurusan perbelanjaan keluarga, yang pertama-pertama harus dipotong adalah untuk hiburan, dengan menjauhi kehidupan dan amalam mencari hiburan pada diri sendiri atau keluarga, kita akan boleh hidup daklam keadaan sederhana. Daripada membuang wang untuk ke shopping complex setiap minggu atau makan-minum di kafe dan restoran, lebih baik berkumpul dengan teman-teman, membaca buku, berkebun, tidur siang sejenak, membaca di perpustakaan, menghabiskan waktu dengan keluarga, menikmati waktu rehat dengan anak-anak, menyertai mailing list ini dan lain-lain. Bukan salah untuk kita makan sekali sekala diluar untuk menambah kemesraan keluarga tetapi perkara ini janganlah dijadikan amalan.

2. Selektif dalam berlangganan majalah atau akhbar.

Banyak orang merasa tidak bahagia kerana mengukur hidupnya dengan gaya hidup tidak realistis yang digambarkan majalah. Kedengarannya berlebihan, bahkan tidak masuk akal. Tapi itulah yang sebenarnya terjadi. Kebanyakan majalah tidak lebih dari sekadar tukang iklan bagi perniagaan barang mewah. Tanpa kita sedari, majalah menciptakan harapan tentang hidup kita. Mereka juga memaparkan model pakaian, trend masak dan makan, mengatur dan meninggikan standard hidup sosial. Mata kita dipaksa melihat kumpulan produk yang sebahagian besar tidak kita perlukan, tidak mampu kita beli, dan tidak seperti yang digembar-gemborkan iklan jarang meningkatkan darjat hidup. Jika anda kecanduan majalah, berhentilah berlangganan. Carilah hobi baru atau bacalah hal lain sebagai pengisi waktu.
Apatah lagi majalah dan akhbar sekarang ini menjadi pengampu kerajaan dan kadang-kala pembelit berita. Adalah lebih baik kita berkongsi akhbar atau membaca akhbar atau majalah yang disediakan oleh pihak majikan tempat bekerja.

3. Periksa Kebiasaan Berbelanja.

Banyak barang kita beli bukan berdasarkan keperluan, melainkan lantaran desakan hati. Selama bertahun-tahun, sekian barang berharga mahal tak pernah digunakan atau hanya digunakan sebentar, dan hanya memenuhi rumah atau pejabat. Cubalah periksa kebiasaan berbelanja dan lakukan perubahan seperti berikut:

Berbelanjalah hanya pada satu hari dalam seminggu, termasuk bahan makanan dan barang-barang lain yang benar-benar diperlukan. Jangan tambah jadual ini. Sebelum membeli sesuatu, pertimbangkanlah secara saksama. Biasakanlah untuk bertanya pada diri sendiri, ''Benarkah saya memerlukan barang ini? Berapa lama saya akan memerlukannya? Apakah barang ini akhirnya tidak hanya menambah longgokan barang di sudut almari?''

Tundalah semua pembelian bernilai besar dan beberapa yang bernilai kecil selama paling sedikit dua minggu, atau bahkan satu bulan. Biasanya setelah hampir barangan habis, timbul kesedaran bahawa barang-barang itu tidak benar-benar diperlukan. Kalau memang harus belanja, tinggalkan kad kredit dan kad ATM di rumah. Bawa wang tunai secukupnya saja. Singkirkan semua kad kredit. Atau tinggalkan satu, bila benar-benar diperlukan. Memiliki banyak kad kredit memboroskan pengeluaran. Anda harus membayar bunga dan macam-macam yuran serta terdorong untuk "belanja sekarang, bayar kemudian".

4. Selesaikan Semua Urusan Di Satu Tempat.

Kunjungilah pusat membeli-belah yang di dalamnya ada bank, pejabat pos, kedai makanan, , kedai buku, supermarket, dan lain-lain. Jangan mengurus banyak hal di banyak tempat. Selain membuang waktu dan tenaga, juga menghabiskan petrol kalau anda memandu kereta dan kos pengangkutan kalau anda menggunakan kendaraan awam.

5. Kurangi Jumlah Pakaian yang Harus Dicuci dan Diseterika.

Zaman dulu sebelum ada mesin cuci, nenek kita berganti baju bila pakaian benar-benar sudah kotor dan bau. Setelah mesin cuci jadi barang sehari-hari, kita boleh ganti baju berkali-kali: satu baju untuk olahraga, satu untuk kerja, satu untuk bersantai. Semua dengan mudah kita lepas dan taruh ke bakul sampah. Begitu pula dengan langsir, alas kerusi dan tirai. Kotor sedikit, kita masukkan ke mesin cuci. Mesin cuci memang menawarkan kemudahan. Tapi juga memboroskan pemakaian sabun, air dan elektrik. Cubalah kurangi jumlah yang harus dicuci dan disetrika.

6. Jangan Berhutang.

Hentikan kebiasaan jadi penghutang dan pembelanja. Jika tidak punya wang, jangan beli barang apapun. Setiap kali memerlukan perabut dan perkakas rumah yang penting, tapi tak ada wang, tunggulah sampai anda mempunyai wang cukup. Jangan gunakan kad kredit, jangan minta teman meminjamkan wang. Jangan juga membeli secara ansuran yang pastinya lebih mahal dan melibatkan riba.

Amaran : Jika anda ada memegang duit untuk persatuan atau apa-apa bentuk kewangan, pastikan jangan sekali-kali memnelajaan duit itu dahulu untuk kegunaan peribadi, kerana ini membuat anda berhutang.

7. Pilih Air Sebagai Minuman Sehari-hari.

Kopi, soda, soda diet, teh, minuman sari buah, memang sedap. Tapi sebaiknya dihindari kerana mengandung gula atau kalori tinggi. Jauh lebih sehat minum air segar. Tidak perlu menambahkan gula, tidak perlu membayar mahal, tidak perlu menumpuk sampah sarap, plastik, dan kertas pembungkus. Cukup menjerang air. Sihat dan murah. #

Balik Menu Utama

line.gif (4491 bytes)