|
Sebenarnya saya tahu tujuan pertanyaan Wardah bukanlah untuk menduga jawapan saya, sebaliknya untuk saling memperingatkan diri agar berhati-hati dan teliti dalam menyempurnakan tanggungjawab yang berat ini.
Saya ingin menyingkap kembali sejarah Nabi Ibrahim sewaktu baginda menziarahi menantunya. Pada waktu itu, puteranya, Nabi Ismail tiada di rumah sedangkan isterinya belum pernah bertemu bapa mertuanya, Nabi Ibrahim.
Apabila sampai di rumah anaknya itu, terjadilah dialog antara Nabi Ibrahim dan menantunya.
Nabi Ibrahim : Siapakah
kamu?
Menantu
: Aku isteri Ismail.
Nabi
Ibrahim : Di manakah suamimu, Ismail?
Menantu
: Dia pergi berburu.
Nabi
Ibrahim : Bagaimanakah keadaan hidupmu
sekeluarga?
Menantu
: Oh, kami semua dalam kesempitan dan (mengeluh) tidak
pernah senang dan lapang.
Nabi
Ibrahim : Baiklah! Jika suamimu
balik, sampaikan salamku padanya.
Katakan padanya, tukar tiang pintu rumahnya (sebagai
kiasan
supaya menceraikan isterinya).
Menantu
: Ya, baiklah.
Setelah Nabi Ismail pulang daripada berburu, isterinya terus menceritakan tentang orang tua yang telah singgah di rumah mereka.
Nabi Ismail :
Adakah apa-apa yang ditanya oleh orang tua itu?
Isteri
: Dia bertanya tentang keadaan hidup kita.
Nabi Ismail : Apa
jawapanmu?
Isteri
: Aku ceritakan kita ini orang yang susah. Hidup kita ini selalu
dalam
kesempitan, tidak pernah senang.
Nabi
Ismail : Adakah dia berpesan
apa-apa?
Isteri
: Ya ada. Dia berpesan supaya aku menyampaikan salam
kepadamu serta meminta kamu menukarkan tiang pintu rumahmu.
Nabi Ismail
: Sebenarnya dia itu ayahku. Dia
menyuruh kita berpisah.
Sekarang kembalilah kau kepada keluargamu.
Ismail pun menceraikan isterinya yang suka merungut, tidak bertimbang rasa serta tidak bersyukur kepada takdir Allah SWT. Sanggup pula mendedahkan rahsia rumah tangga kepada orang luar.
Tidak lama selepas itu, Nabi Ismail berkahwin lagi. Setelah sekian lama, Nabi Ibrahim datang lagi ke Makkah dengan tujuan menziarahi anak dan menantunya. Berlakulah lagi pertemuan antara mertua dan menantu yang saling tidak mengenali.
Nabi Ibrahim : Dimana
suamimu?
Menantu
: Dia tiada dirumah. Dia sedang memburu.
Nabi Ibrahim : Bagaimana keadaan
hidupmu sekeluarga?
Mudah-mudahan dalam kesenangan?
Menantu
: Syukurlah kepada tuhan, kami semua dalam keadaan
sejahtera,
tiada apa yang kurang.
Nabi
Ibrahim : Baguslah kalau begitu.
Menantu
: Silalah duduk sebentar. Boleh saya
hidangkan
sedikit makanan.
Nabi
Ibrahim : Apa pula yang ingin kamu
hidangkan?
Menantu
: Ada sedikit daging, tunggulah saya sediakan minuman dahulu.
Nabi Ibrahim :
(Berdoa) Ya Allah! Ya Tuhanku! Berkatilah mereka
dalam makan minum mereka. (Berdasarkan peristiwa ini,
Rasulullah beranggapan keadaan mewah negeri Makkah adalah
berkat doa Nabi Ibrahim).
Nabi
Ibrahim : Baiklah, nanti apabila suamimu
pulang, sampai- kan salamku
kepadanya. Suruhlah dia menetapkan tiang pintu rumahnya
sebagai kiasan untuk mengekalkan isteri Nabi Ismail).
Apabila Nabi Ismail pulang daripada berburu, seperti biasa dia bertanya sekiranya sesiapa datang datang mencarinya.
Nabi Ismail
: Ada sesiapa datang semasa aku tiada di rumah?
Isteri
: Ya, ada. Seorang tua yang baik rupanya dan
perwatakannya
sepertimu.
Nabi
Ismail : Apa katanya?
Isteri
: Dia bertanya tentang keadaan hidup kita.
Nabi Ismail : Apa
jawapanmu?
Isteri
: Aku nyatakan kepadanya hidup kita dalam keadaan baik, tiada
apapun yang kurang. Aku ajak juga dia makan dan minum.
Nabi Ismail
: Adakah dia berpesan apa-apa?
Isteri
: Ada, dia berkirim salam buatmu dan menyuruh kamu
mengekalkan tiang pintu rumahmu.
Nabi
Ismail : Oh, begitu. Sebenarnya
dialah ayahku. Tiang pintu yang
dimaksudkannya itu ialah dirimu yang dimintanya untuk aku
kekalkan.
Isteri
: Alhamdulillah, syukur.
Bagaimana pandangan pembaca tentang petikan sejarah ini? Saya rasa sejarah ini sungguh menyentuh jiwa. Anda juga tentu merasai dan mengalami sendiri ujian hidup berumahtangga yang sentiasa perlukan kesabaran.
Berpandukan sejarah tersebut, saya tegaskan kepada diri sendiri bahawa isteri solehah itu sepatutnya ‘sabar di hati dan syukur pada wajah’. Daripada sini akan terpancar ketenangan setiap kali suami berhadapan dengan isteri salehah. Isteri salehah tidak cerewet dan tidak mudah merungut. Isteri salehah hendaklah sentiasa bersyukur dalam keadaan senang mahupun susah supaya Allah tambahkan lagi rahmat-Nya seperti firman-Nya yang bermaksud:
“Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Aku tambahkan nikmat-Ku kepadamu. Dan jika kamu mengingkari nikmat-Ku, maka sesungguhnya azab-Ku amat pedih.” (Surah Ibrahim, ayat 7)
Untuk menambahkan kegigihan kita berusaha menjadi isteri salehah, ingatlah hadis Rasulullah yang bermaksud:
“Sampaikanlah kepada sesiapa yang engkau temui daripada kaum wanita, bahawasanya taat kepada suami serta mengakui haknya adalah menyamai pahala orang yang berjihad pada jalan Allah, tetapi sangat sedikit sekali golongan kamu yang dapat melakukan demikian.”