Kisah Pengajaran

Kisah Pengajaran
Shoutus Syabab DPPKD

line.gif (4491 bytes)

2 BATANG PEN

Saya dapat cerita ini dari rakan-rakan semuga kita mendapat pengiktibaran dari cerita ini

Siapa Tuan Guru Nik Aziz...?

Asalammualaikum...

Ini kali pertama saya dapat berbicara dalam web perbincangan sebegini.. syabas saya ucapkan. Saya tahu di luar sana ramai penyokong bulan..alhamdulliah..seperti saya juga.

Di sini saya nak ceritakan satu kisah yang mengambarkan peribadi Tuan Guru kita yang amat baik untuk di contohi oleh kaum Umno.

Satu hari saya ada pergi ke Pasar Besar di Kelantan (Pasar Siti Khatijah) untuk membeli barang-barang keperluan dapur dan sebagainya.Dalam mencari-cari barang ternampak lah saya orang yang mukanya amat familiar dengan saya. Dia memakai kain sarong ,berbaju melaju,berserban dikepala dan yang paling menarik membawa bakul rotan di ketiaknya. Saya rasa macam tak percaya ..itulah Menteri Besar Kelantan.Subhanallah.. penampilannya amat sederhana dan tanpa adanya seorangpun pengawal peribadi.Perasaan saya bercampor antara terharu dan bangga melihat beliau. Dia sendiri yang membeli barang-barang dapor,ikan serta sayur.

Dalam pada memilih barang-barang datang seorang hamba Allah berjumpa beliau untuk meminta tolong menandatangi suatu dokumen(nampak macam kertas borang).Oleh kerana saya berada berhampiran dengan beliau(memang saya ikut pun kemana dia pergi) saya dapat dengar apa yang mereka perkata kan. Tuan Guru bertanyakan kertas itu untuk apa..urusan peribadi ke urusan kerajaan. Hamba Allah itu memjawab..itu adalah urusan peribadi bagi meminta sokongan untuk meminjam buku teks sekolah anaknya. Lalu Tuan Guru mengeluarkan sebatang pen yang berharga 50 sen (saya rasa Kilometrico) . Rupanya Tuan Guru ada 2 pen..1 untuk urusan rasmi kerajaan (milik kerajaan) dan satu lagi di belinya sendiri untuk tujuan peribadinya saja.

Tengok lah sendiri..sampaikan perkara yang sebegitu ..beliau berhati-hati dalam mengunakan amanah rakyat tidak mahu tersalah guna apalagi dalam perkara yang besar..Saya rasa amat bangga dengan beliau .

Jadi saya rasa tidak ada sebab untuk kitak menolak pemimpin yang sebegini dan untuk dibandingkan dengan pemimpin Umno jauh panggnag dari api.. yang Umno tahu hanya membuncitkan perutnya denagn wang rakyat.
Sekian
wasalam
Mohd Zulkifli B. Mohd. Din (Central)
#

Balik Menu Utama

line.gif (4491 bytes)