Headlines

 FAKTA-FAKTA TERKINI
** Maklumat Terkini **

Harakah Pembohong dan Cuba Tarik Pengundi
Berita TV3 menyiarkan satu petikan daripada Akhbar harakah mengenai ekonomi dan menyifatkan berita tersebut bohong dan bertujuan pancing pengundi. Tahukah bahawa Harakah adalah akhbar untuk ahli sahaja....nak pancing undi ahli ke ??? Ada ke patut...yang hang pi baca apa pasal.

Kakitangan Awam mendapat Bonus RM600 ?
Tiba-tiba kakitangan awam mendapat bonus. Ekonomi mula pulih kata Daim berkat usaha kakitangan kerajaan. Padahal sebelum ini kita dengar beliau juga marahkan kakitangan kerajaan menyebabkan ekonomi merundung. Sekarang dia puji kakitangan. Pelik juga pembayaran dibuat RM100 sebelum hingga dekat .....??? Ada lagi Acaman piket daripada 5 badan sepatutnya bermula hari ini 7 Jun selama seminggu telah diselesaikan oleh pihak kerajaan. % badan itu ialah Pertubuhan Kebajikan Sosial (Perkeso), Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) BSN, Tabung Haji, Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT). 5 badan ini membuat bantahan kerana diasingkan daripada skim SSB bermula 1 Jan 1995 lagi. Oleh itu kita dengar Dr. Mahathir sendiri menggumumkan peruntukan RM92.4 B untuk menyelesaikan masalah ini. Apa tidak ....takut piket seminggu.

Ibrahim Ali Kata Halaman Internet Pengaruh Anasir Luar
Hujahnya kebanyakkan halaman internet reformasi adalah datangnya daripada luar negara iaitu Amerika, London dan sebagainya. Mereka ini semuanya dipengaruhi oleh anasir barat tambahnya. Nak Tanya adakah halaman free kat Malaysia ni ?? Kebanyakkan yang free seperti Tripod, Xoom, Geocites dll ada diluar negara. Kalam anda bina homepages sendiri guna Xoom anda telah dipengaruhi oleh Amerika ! Entah saya pun tak tahu, tapi kata orang kenamaan ini. Satu lagi katanya belanja besar antara RM30,000 hingga RM60,000 semuanya dibiayai oleh orang asing. Saya rasa yang bercakap mengenai belanja ni tahu tak nak pegang mouse ??

Pengerusi SPR Bersara 21 Jun ini
Zaman Mahathir ini kita bimbang sangat kalau sebut bersara. Anwar Ibrahim dulu pun Mahathir suruh bersara juga...sakit buasir katanya. Bagi saya No Komen.

Pelajar dijadikan objek kerana dipergunakan.
Pelajar dipergunakan. Orang asing mempengaruhi pelajar. Minda pelajar seolah-olah terlalu cetak hinggakan mereka tak boleh berfikir. Pelajar luar negara pulak tu. Apakah orang kampung yang mendapat subsidi adalah golangan yang tidak mudah dipegaruhi. Mindanya cukup baik ??

LAIN-LAIN FAKTA
* Cuba fikir dan renung *

Dr. Mahathir Rombak Karbinet 3 Kali Selepas Anwar di pecat
Dr Mahathir dikenali sebagai seorang yang sukar menukar karbinet sebelum ini. Ada perbagai tanda tanya mungkin rombakan akan dibuat lagi. Dua orang menteri karbinet yang setia dipecat ??? Apakah motifnya.

Mahathir marahkan ulama politik.
Mahathir cukup tak suka ulama memprgunakan politik, beliau tak suka ulama yang berada dalam politik. Adakah Wan Mokhtar, Yusof Noor, Dr. Hamid tu ulama kampung ??? Bukan Ulama Politik. Adakah mereka ini mengajar di pondok-pondok, surau atau masjid. Kalau mereka ini bermain politik yang inilah Mahathir marah.

Ekonomi Pulih semula dengan tiba-tiba
Katalah pakar ekonomi UMNO dengan statistiknya bahawa pelaburan asing meningkat. Kadar pembuangan pekerja juga menurun daripada 83,865 hingga 16,565 orang. Kadar pengangguran juga turun iaitu daripada 6.4% kepada 3.9%. Kemasukkan modal juga meningkat hingga kepada 1.43 bilion. Saham BSKL telah naik daripada nilai terendah 270 mata kepada 800 mata. Pelabur telah kembali ke BSKL. Anehkan ??? Secara tiba-tiba ekonomi kita baik dan pulih. Apakah roti canai turun harga ? Nasi lemak juga turun harga. Barang keperluan turun juga. Apakah kita dipermainkan dengan angka ???

Samy Velly dengan megah berkata kita akan kaji masalah Pekerja Ladang
Satu pasukan pakar akan membuat kajian tentang masalah pekerja ladang. Pasukan pakar ni...bukan main-main tahu. Katanya lagi kita pasti karbinet akan terima cadangan pakar ini. Nak Tanya Masalah Ladang ni bila berlaku ??? Baru ada pasukan pakar ke ? atau sukar untuk mendapatkan pasukan pakar bagi mengkaji masalah pekerja ladang ?

100 tape fitnah sedang dianalisis
Ibrahim Ali sedang analisi tape. datu wira Ali Rustam hantar 4 tape daripada perhubungan UMNO Melaka. Apalah dia orang ni...tape tak relevenlah dalam makahmah. Kalau tak percaya tanya Hakim Agustin Paul. Kesian penguam Anwar...tape-tape tak mainlah. Apakah ini senjata nak menakutkan pemimpin pas ???

Kata Abdullah Badawi - Rasuah-rasuah ini adalah kakitangan kerajaan
Kata Abdullah dalam satu ucapan dengan memberi faktanya sekali. Daripada 300 tangkapan rasuah 186 orang adalah pegawal kerajaan iaitu 67% lebih. Katanya lagi orang politik hanya 11% sahaja. Betul ke ?? Orang politik sekong pimpinan UMNO Rasuahlah banyak mana pun tak apa. Tiada tangkapan tiada data dan fakta.




TEGURAN DAN PANDANGAN ANDA
Assalamualaikum wm. wbt. Memandangkan Homepage ini baru dibina dengan pelbagai kelemahan
diharap anda boleh memberi sedikit teguran di bawah dalam BUKU PELAWAT....Insya-Allah 

BUKU PELAWAT
Memberi Komen atau teguran anda pada Buku Pelawat
Melihat komen atau teguran pengunjung pada Buku Pelawat

 

BILANGAN PELAWAT
Jumlah Pelawat yang Memasuki Halaman ini ialah


semenjak 13 Mac 1999 lalu.

HOMEPAGE DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN DUNGUN
ini dikendalikan oleh Lajnah Penerangan dan Dakwah.
Dewan Pemuda PAS Kawasan Dungun (DPPKD).

PERHATIAN:
PANDANGAN DALAM HOMEPAGE INI TIDAK SEMESTINYA MENUNJUKKAN SIKAP DPPKD
Andajuga dialu-alukan untuk menghantar sebarang maklumat ke halaman ini
E-mel:dppkd@hotmail.com