MURTAD BERTAMBAH HASIL KAJIAN DIMANA ?

Sensitiviti umat Islam tercabar, apabila isu Nor'Aisyah Bokhari yang cuba dimurtadkan mengemparkan nega- ra, sehingga kini kehilangan Nor'Aisyah masih menjadi tanda tanya, di manakah dia menghilang ?

Pelbagai pihak memberi reaksi, namun ini bukanlah perkara yang pertama kalinya berlaku, sejak dari kes Natrah, Noor Baizura Abdullah hingga- lah mutakhir ini Nor' Aisyah Bokhari dan akhir-akhir ini tampil beberapa individu men- dedahkan kes murtad yang berlaku dikalangan ahli keluarga mereka.

Sebelum kes Nor'Aisyah, Harakah ju- ga pernah mendedah- kan beberapa kes murtad seperti Hartina Kamaruddin iaitu se- orang wanita India Muslim dan Norfadzillah Abdul Aziz.

Walaupun kes Hartina dan Norfadzillah adalah kes pertukaran kepada agama Hindu, namun timbul persoalan di sini, keberanian gerakan Kristian dan gerakan Hindu memurtad- kan umat Islam di negara ini. Apa yang menyedihkan lagi, pihak kerajaan membiarkan sahaja satu demi satu umat Islam dimurtadkan dan amatlah jelas Kerajaan Barisan Nasional lalai dan alpa serta membenarkan komplot tersebut membuat kerja-kerja yang boleh membakar sensitiviti umat Islam.

Pihak polis, Persatuan Ulama', Persatuan Pelajar-pelajar Universiti dan PAS telah mengambil inisiatif dan menunjukkan keperihatinan dalam dalam menangani isu ini dengan mengeluarkan kernyataan masing-masing.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Rahim telah mengginggatkan keluarga Joseph Arnold supaya isu Nor'Aisyah ini tidak menjadi seperti isu Natrah di Singapura yang menyebabkan berlakunya pertum- pahan darah di pulau itu. Apa yang jelas pihak polis menghendaki semua pihak yang terbabit dalam kes tersebut tampil ke hadapan untuk memberi penjelasan.

Kes Nor'Aisyah ini telah membuka mata umat Islam bahawa 5,000 umat Islam murtad telah sepanjang peme- rintahan Kerajaan Barisan Nasional di bumi Malaysia. Pel- bagai pihak mendesak menteri di Jabatan Perdana Menteri meletak jawatan ekoran kega- galannya menangani kes murtad ini.

Tapi apa yang men- dukacitakan kita kernyataan "Kita sedang mengkaji ber- hubung perkara murtad" yang dikeluarkan oleh 'Mid bin Man' menteri tersebut, mengaibkan dan tidak layak dikatakan sebagai seorang yang menjaga hal ehwal agama Islam di negara ini. Apakah perlu dikaji lagi sedangkan sudah termaktud di dalam al Quran dengan jelas berhubung hukuman orang yang murtad. Apakah menteri tersebut tidak pernah membaca buku atau kitab yang diterbitkan oleh Jabatannya. Di dalam Mustika Hadith halaman 411 yang diterbitkan oleh Bahagian Hal Ehwal Islam Jabatan Perdana Menteri ada menjelas- kan tentang hukuman orang yang murtad.

Pak Menteri kita pun menden- dangkan nadanya dengan berkata "kita perlu berhati-hati menangani kes ini kerana dunia sedang memerhati kita". Apakah lupa beliau siapakah yang sedang memerhati ? Di bumi manakah beliau sedang berpijak ? Di manakah beliau sedang perpayung ? Tidakkah beliau terfikir ada kuasa yang Maha Agung sedang memerhatikannya.

Kita ingin bertanya di manakah Pergerakan Pemuda UMNO yang selama ini sibuk dengan strategi mengumpul wang dan meningkatkan rizab negara. Apakah penderian mereka berhubung dengan soal maruah dan akidah umat Islam ? Apa yang jelas Pergerakan Pemuda UMNO tidak peka dengan permasalahan sensitiviti umat Islam, malah mereka ini terus memekak telinga dan mebisu kelu. Apakah mereka ingin melihat lebih ramai lagi umat Islam murtad, maka barulah mereka ingin bertindak ?

Sekiranya undang-undang mur- tad tidak dijalankan maka sudah pasti- lah murtad kekal tanpa penghujung dan adalah menjadi tanggungjawab umat Islam menumbangkan kerajaan Barisan Nasional yang ada sekarang bagimemastikan terpacaknya Daulah Islamiah di bumi Malaysia ini

Sikap dan kepekaan PAS haruslah dipuji di mana Badan Bertindak Anti Murtad telah melancar- kan. Kempen meyebarkan 100,000 poster yang bertajuk "Ya Aisyah! Kembalilah kepakuan Islam dan Ibubapamu". Pejabat Harakah juga dihujani dengan pelbagai pangggilan telefon dari seluruh pelusuk negara.

Tidak mempunyai pendidikan agama yang cukup dan sempurna, suasana sekeliling yang tidak menjadi benteng kepada pencegahan gejala murtad dan tekanan ekonomi merupakan faktor penyebab kepada kegawatan masalah ini.

Selain itu kelemahan sistem pendidikan Islam yang tidak menekankan pengajian akidah untuk menguat dan mengukuhkan keimanan dan keislaman seseorang juga menyebabkan berlakunya gejala tersebut. Sekiranya syariat Islam tidak didaulatkan di negara kita maka akidah umat Islam begitu mudah 'diratah' oleh pihak musuh.

Menteri di Jabatan Pendana Menteri telah didesak untuk menyegerakan penggubalan undang- undang murtad sebagaimana yang dijanjikan sebelum ini. Apa yang mendukacitakan selepas janji dibuat oleh menteri berkenaan, semakin ramai lagi umat Islam murtad di negara kita.

Presiden PAS, Ustaz Fadhil Mohd Noor dalam kernyataannya mendesak undang-undang murtad perlu dilaksanakan segera bagi memberi perlindungan kepada akidah umat Islam. Menurutnya lagi, selagi undang-undang ini tidak dilaksanakan, Kerajaan Barisan Nasional hanya menipu rakyat yang bergama Islam dengan berselindung disebalik slogan Islam sebagai agama rasmi.

Saranan kepada Mid bin Man guna pakailah sahaja Kanun Jenayah Syariah II yang telah dilulus- kan oleh Dewan Undangan Negeri Kelantan pada November 1993 jelas memperincikan Perkara 3 di bawah peruntukkan 23 kanun itu menjelaskan "sesiapa yang disabitkan melakukan kesalahan Irtiddah, hendaklah sebelum dijatuhkan hukuman ke atasnya dikehendaki oleh makahmah supaya bertaubat dalam tempoh tidak kurang dari tiga hari setelah didapati bersalah".

Manakala Perkara 4 di bawah peruntukkan yang sama menjelaskan sekiranya dia enggan bertaubat dan masih lagi berterusan dengan penderianya terhadap perbuatan yang dilakukan atau perkataan yang disebut itu, maka mahkamah hendaklah mengistiharkan supaya hukuman bunuh ke atasnya dan memerentah supaya hartanya sama ada diperolehi sebelum atau selepas dia melakukan kesalahan itu dirampas untuk dipegang bagi keperluan Baitumal.

Pegerusi Jawatankausa Pembangunan Islam, Pendidikan, Dakwah dan Penerangan Negeri, Ustaz Mohamad Daud berkata, hukuman bagi kesalahan murtad dijelaskan mengikut tafsiran dalam hukum hudud.

Jadi tak perlulah Menteri di Jabatan Perdana Menteri mengkaji lagi bagi menggubal satu undang-undang untuk menghalang murtad berlaku.

Oleh : Musaffir