MAHATHIR KHIANAT EKONOMI NEGARA

Dahulunya pemimpin-pemimpin BN khususnya UMNO sentiasa me- canang dan berbangga-bangga dengan kepesatan ekonomi negara. Pertum- buhan ekonomi yang dikatakan menab- jubkan. Pada masa itu rakyat begitu beria-ria untuk menceburkan diri dengan kepesatan ekonomi khususnya dalam pembelian saham.

Sekarang suasana sudah bertukar, apabila mata wang Ringgit mula jatuh daripada 2.5 berbanding dengan US Dollar kepada 3.4, semua orang menjadi terpingga-pingga. Dr. Mahathir bangkit menjadi wira dengan tegas menunding jari kepada Soros seolah-olah Soros sahajalah yang merosakkan ekonomi negara. Ada sahaja peluang yang terbuka maka Soros akan menjadi sasarannya.

Dalam kelangcangan berbicara mengecam Soros hingga tersentuh isu Yahudi akhirnya mengguggat kedu- dukan beliau. Usaha beliau untuk menutup isu Yahudi akhirnya membuka pekung didada, bahawa untuk berbaik dengan Yahudi beliau sanggup menganaya rakyat sendiri khusus mereka yang berdemotrasi membantah pasukan kriket Yahudi.

Kita harus sedar bahawa pembentukkan ekonomi negara sekarang adalah hasil daripada perancangan yang dibuat berberapa tahun dahulu. Kita tidak lupa kata-kata Timbalan Perdana Menteri, selaku Menteri kewangan dalam pembentangan belanjawaan 5 tahun dahulu membawa kisah Nabi Yusof a.s. tentang tahun kesuburan dan tahun kekeringan. Apakah beliau sudah bersedia dengan tahun kekeringan ? Atau sekadar sedap bercakap serta memutar belit ayat-ayat Al Quran demi untuk menutup penyelewengan yang berlaku.

Dasar ekonomi Baru Zaman Tun Abdul Razak untuk melihat orang-orang Melayu dan Kaum Bumiputera lain berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan kaum bukan bumiputera tinggal impian. Apa yang ada, kita digemburkan dengan satu Wawasan iaitu Wawasan 2020. Pengenalan slogan baru ini penuh retorika bukan sahaja ingin menjadikan negara sebuah negara maju menjelang tahun 2020 turut memberi maksud bahawa BN perlu memerintah lagi 22 tahun untuk menjamin meralisasikan wawasan itu.

Semuanya berpunca dengan Dr. Mahathir yang bersikap diktaktor dalam perlaksanaan perancangan ekonomi negara, membawa idea dibawah dasar liberal. Setiap pemodal asing tidak lagi disyaratkan mengimbangkan pemilikan modal tempatan. Kemasukan tanpa had pelaburan asing dan wujudnya golongan korporat tempatan yang didokongi oleh kerajaan menyemarakkan lagi pertumbuhan ekonomi khususnya dalam sektor industri. Bersesuai dengan perkembangan itu Dr. Mahathir terus menyemarakkan agenda politik pembangunan untuk meraih sokongan rakyat dan rakyat tertipu, maka parti pembakang khususnya PAS tidak mempunyai ruang cukup untuk menghadapi pemikiran mardiyyah rakyat.

Pengukuhan fahaman materialisma ini juga membentuk sistem pemerintahan hartawan apabila mereka yang berkuasa terus mengubal dan melaksanakan polisi bagi manafaat golongan kaya (Rujuk ulasan saya dalam minda bil 3 mengenai cukai yang turun). Golongan hartawan yang menguasai Dewan Rakyat dan Dewan Undangan Negeri akan meluluskan sebarang akta untuk kepentingan mereka. Mereka tidak segan silu untuk menindas rakyat seperti Akta Pengambilan Tanah 1960, yang menjadi mangsa ialah tanah-tanah orang Melayu dikampung (Mana ada tanah bangsa lain ???) dengan alasan pembangunan. Pembangunan untuk siapa ? Lihat sahaja di Langkawi, banyak tanah-tanah orang Melayu diambil dengan alasan untuk pembangunan dan sektor pelancongan. Dalam keadaan negara gawat dengan masalah ekonomi pun mereka sempat mencari keuntungan dengan LIMA 97. Keuntungan untuk siapa?, kalau bukan perut mereka-mereka yang tertentu. Apakah orang kampung hanya sekadar bersenonok dapat menaikan harga roti canai sahaja ? Begitulah pemikiran orang Melayu dan beginilah Dr. Mahathir membetuk ekonomi negara.

Di bawah dasar penswastaan Dr. Mahathir, banyak agensi kerajaan yang menguntungkan diberikan kepada beberapa kerat individu yang rapat hubungannya dengan pucuk kepim- pinan negara. Maka sudah menjadi perkara biasa sekarang bila muncul segelintir manusia tiba-tiba menjadi kaya raya, sedangkan rakyat masih ramai yang hidup dibelenggu kemiskinan. Manakala jika penswastaan ini mengalami kerugian, maka duit tabung rakyat akan menjadi mangsa untuk menampung golongan tak seberapa kerat itu, sebagaimana kita maklum bahawa penggunaan duit KWSP dan dana Petronas untuk menampung kerugian kejatuhan pasaran saham. Apakah dasar ekonomi Dr. Mahathir untuk menyelamatkan saham rakyat yang melabur tak seberapa sen itu atau untuk menye- lamatkan 10 korporat yang mengalami kerugian 112 billion juta ringgit termasuk anaknya Mizam? Itulah wawasan ekonomi Dr. Mahathir. Lihat sahaja di tempat kita, Sura Gate dahulunya tanah siapa? Bagaimana pula dengan Kerteh dan Paka? Apakah dasar ekonomi ini yang kita kehendaki. Dasar Ekonomi Pak Kaduk ; Ayam menang, kampung tergadai.

Pengabaian sektor pertanian dalam dasar pembangunan negara menyebabkan golongan bawahan, khususnya peneroka, masyarakat kampung tradisi, nelayan dan pekerja estet terus terhimpit dengan nikmat pembangunan dan kepesatan ekonomi. Sepatutnya sektor pertanian yang menjadi nadi sebahagian besar masyarakat Melayu diberi tumpuan. Mereka sepatutnya dilayani secara adil untuk mengikuti arus perkembangan ekonomi secara lebih sistematik dan tersusun dengan pengurusan yang lebih cekap. Apa yang Dr. Mahathir tahu, ialah mengambil tanah pertanian untuk diberikan kepada sebahagian golongan tertentu atas nama pembangunan bagi kepentingan mereka yang tertentu, rakyat tani hanya gembira sementara sahaja apabila mendapat wang pembelian tanah, tanpa menyedari wang itu tidak akan kekal dan mereka akan dihimpit zaman ekonomi Dr. Mahathir yang akan mencengkam golongan bawahan sehingga mereka tiada bersuara lagi dan boleh dicucuk hidung.

Pembangunan dan kemajuan pasti akan berterusan, itu lumrah dunia. tetapi pembangunan dan kemajuan bukanlah menyebabkan rakyat terhimpit. sebagai contoh pembangunan dalam bidang elektronik menyembabkan kos sesuatu berasaskan elektronik menjadi makin murah, contohnya TV, radio, peralatan komputer dalan lain-lain komponen elektronik walaupun nilai ringgit jatuh harganya masih dalam keadaan manasabah dan ada yang turun. Kita boleh bandingkan harga TV warna pada mula-mula dikeluarkan. Itulah pembangunan semakin maju teknologi semakin murah barang dapat diproses. Tapi awas kalau ada monopoli sesetengah korporat bidang ini maka rakyat akan dicengkam .... lihatlah barang keperluan harian yang semakin naik. Siapakah dibelakang tabir penguasaan bidang ini ?

Firaun yang bercita-cita untuk menjadi pemerintah besar dan dikenali sehingga beribu-ribu tahun lamanya, membina piramid dan spink. Kalau ditanya kepada kita apakah gunanya piramid dan spink itu untuk rakyat Mesir ? Begitu juga dengan pelbagai projek Mega dalam negara di bawah pentadbiran Dr. Mahathir. Untuk apakah gunanya projek itu? Kita bukan menolak projek dan pembangunan tetapi kita menolok dasar ekonomi Dr. Mahahir yang berbentuk ad-hoc mengkhianati agama dan bangsa. ‡