KERJA DALAM JAMAAH ATAU KERJA BERJAMAAH ?

Kita telah mengerti bahawa kekerdilan manusia ini menyebab- kan ia tidak akan mampu untuk tegak sendiri menyongsang cabaran. Justeru itulah maka kita perlu mengakui bahawa ketetapan Allah adalah Maha Benar, menerusi FirmanNya dalam surah as-saff ayat 4 bermaksud :

"Sesungguhnya

Allah menyukai orang orang yang berpe- rang dijalanNya da- lam pasukan yang teratur seakan-akan mereka seperti bangunan yang ter- susun kukuh."

Ayat di atas mengesa kita ber- gerak dalam satu saff pasukan yang ber- betuk 'team work' yang disusun dengan utuh dan padu. Konsep 'pasukan' bukan hanya suatu gambaran yang ber- sahaja, tetapi meru- pakan tasawwur haki- ki yang mencermin- kan ciri-ciri asas jamaah yang sememangnya menjurus kearah jalinan erat yang bersifat integral. Masing-masing saling melaksana- kan tugas yang berbeza tetapi tertakluk didalam suatu skema kerja yang terencana serta menjurus kepada matlamat yang satu.

Sekiranya wujud suatu kerja yang tidak menjurus sebagaimana yang disebutkan serta membawa pula kepada perbedaan dan perselisihan, sebenarnya kerja ini tidak memenuhi matlamat serta konsep 'pasukan' yang yang dinyatakan. Kerja ini juga tidak menjurus kepada tasawwur hakiki asas jamaah.

Maulana Abu Ala al-Maududi didalam bukunya Pra Syarat Kerjayaan Gerakan Islam menekankan bahawa seoarang da'i mujahid yang sebenar adalah da'i yang tidak hanya mempunyai keunggulan fardiyyah (bersikap one man show) tetapi ia juga perlu mempunyai sifat-sifat jama'iy- yah yang dapat menyesuaikan diri dengan peranannya didalam sesuatu unit dari keseluruhan jentera jammah dengan segala bentuk pe- rencanaan dan skema yang telah digaris tentu didalam perbincangan dikalangan ke- pimpinan.

Sifat-sifat jama'iyyah se- perti at-ta'ah (kepatuhan), at-ta'awun (kerjasama), at-tanasuh (nasihat-menasi- hati) dan at-tawasiy (ber- pesan-pesan dengan kebe- naran dan kesabaran) adalah merupakan di antara ciri-ciri utama ke arah mewujudkan keharmonian, kesepaduan dan keseragaman didalam keseluruhan pergerakan jentera jamaah.

Syaidina Ali pernah berpesan kebenaran tanpa tanzim akan tewas dengan kebatilan yang tersusun dengan tanzim rapi. Oleh itu satu penyusunan yang rapi (disertai dengan tawakkal yang bulat kepada Allah) adalah suatu pra-syarat utama kejayaan program jamaah. Justeru itu segala perancanaan sama ada dalam konteks 'tanzimumum' atau 'tanzim khusus' perlu direncanakan dengan rapi, berhati-hati serta mempastikan segala kerja yang bakal dilakukan akan meyumbangkan sesuatu untuk jamaah, bukannya menyulitkan lagi aliran perencanaan yang telah sedia ada.

Prasarana ini bukanlah bertujuan untuk membongkam daya kreativiti individu- individu yang telah sedia merancang 'sesuatu' malah menjadi suatu impian jammah untuk melahirkan dai-dai yang bisa menjadi nukleas masyarakat ketika berhada- pan dengan realiti secara ofensif. Sasaran ini adalah lebih merupakan suatu garis sempandan kebebasan mengolah suasana kerana kita tidak selama-lamanya akan hanya bertindak sebagai reaksiner semata-mata.

Allah telah berfirman dengan maksudnya :

"Mengapa tidak ada dikalangan kamu mereka yang tinggal untuk memper- dalamkan ilmu (deen) dan nantinya kembali untuk memberi peringatan kepada kaumnya (sekembalinya daripada menuntut ilmu)."

Di sanalah bimbingan Allah kepada kita untuk belajar membahagikan tugas dan peranan masing-masing, tidak saling melampaui (saling hormat-menghormati peranan masing-masing).

Dalam hal ini, tidak ada suatu batasan yang khas antara medan 'exercutive' dan 'judiciary'. Cuma dalam konteks wahdatul amal perlu adanya kesefahaman 'semangat' perencanaan yang diatur. Jika sekiranya 'semangat' ini dihayati, maka masing-masing akan dapat melaksanakan peranan masing-masing meskipun di antara mereka ini tidak pernah bersua muka, apatah lagi untuk sama-sama bergurau senda, tetapi sekiranya masing-masing gagal berperanan, maka biarpun tidur sebantal namum masing-masing akan saling curiga mencurigai antara satu pihak dengan pihak yang lain.

Suatu perkara yang pokok didalam kita berusaha untuk mengukuhkan jamaah dan meningkatkan jihad ialah dengan adanya kekuatan ukhuwah di antara sesama kita. Kasih sayang dan jalinan mesra di antara satu sama lain amatlah perlu, sebagai- mana sahabat genarasi Rasulullah s.a.w. Bagaimana penderitaan yang sama-sama ditanggung oleh Rasulullah dan para sahabat untuk menegakkan agama ini, mereka dipulau, disingkir, disisih daripada masyarakat. Mereka sama-sama mengha- dapi musuh dalam peperangan dan sama-sama berhadapan dengan tribulasi dengan suatu niat iaitu mendapat keredhaan Allah.

Apabila jalinan ukhu- wah anggota ahli jamaah terjalin dengan baik, maka akan kita perolehi suatu kerja amal yang berjalan dengan lancar, peningkatan semangat jihad, masyarakat perseki- taran akan tertarik dengan usaha-usaha dakwah kita dan pertolongan Allah akan

mudah tercapai.

Dalam menghayati se- mangat ukhuwah ini, perlu kita ambil perhatian. Selemah-lemah ukhuwah ialah berlapang dada dengan sahabat dan sebaik-baiknya pula ialah mengutamakan sahabat.

Oleh : Zuzally Zukarnain