BELANJAWAN 98 : ANWAR, NIK ABD. AZIZ, SIAPA CEKAP ?

Suasana jerebu yang melanda negara kita begitu mencemaskan, Indeks IPU mencapai lebih daripada 800, suatu bacaan yang amat tinggi. Ramai dikalangan rakyat sesak penafasan. Itu belum lagi kita menghadapi jerebu ekonomi yang telah menggerudumkan nilai Ringgit dan indeks Komposit Bursa Saham Kuala Lumpur.

Dalam suasana yang begitu cemas, Timbalan Perdana Menteri, selaku Menteri Kewangan, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah membentangkan satu belanjaan yang disifatkan akhbar sebagai 'ubat pahit yang mujarab' pada 17 Oktober 1997. Saya telah mengulas belanjawan ini dalam Minda Pemuda Bilangan 1/97, menyentuh soal Tol, Cukai Jalan dan Lesen Memandu.

Pada 28 Oktober 1997, YAB Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat, Menteri Besar Kelantan telah membentangkan Anggaran Belanjawaan 1998 bagi Negeri Kelantan.

Apa yang menarik di sini ialah, Tuan Guru Nik Abd. Aziz telah memulakan anggaran belanjawan 98 Negeri Kelantan dengan Firman Allah Taala Surah Al-Qasas ayat 77 yang bermaksud : "Dan carilah untuk kepentingan di hari akhirat daripada apa yang dikurniakan Allah daripada kamu. Dan janganlah kamu lupa terhadap bahagian kamu atas dunia ini. Dan berbuat baiklah kamu sebagaimana Allah berbuat baik kepada kamu. Dan janganlah kemu berbuat kerosakan di atas muka bumi ini kerana Allah tidak menyukai orang yang melakukan kerosakan." Berbanding dengan saudara Anwar telah memulakan belanjawan 98 dengan mengambil iktibar daripada kisah Nabi Yusuf a.s berpandukan kepada surah Yusuf ayat 47-48.

Tuan Guru Nik Abd. Aziz telah menjuruskan belan- jawan Negeri Kelantan kepada dua perkara iaitu kepentingan akhirat tanpa melupakan ke- pentingan dunia dengan mengelakkan daripada melaku- kan perkara yang boleh membawa kemusnahan.

Manakala saudara Anwar pula yang mengambil aktibar daripada kisah Nabi Yusuf yang mewujudkan dasar dan amalan jimat cermat. Persoalan yang timbul apakah kita mengambil iktibar kisah nabi Yusuf ini ketika negara mengalami kesempitan ekonomi. Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang, Ahli Parlimen Marang, dalam membahaskan Belanjawan Negara 1998 di Parlimen telah menegur sikap tidak releven dengan dasar, prinsip dan cara yang diamalkan untuk mengambil contoh dan teledan kisah nabi yang dipaparkan dalam Al-Quran. Beliau menyindir kerajaan dalam menyampai perbahasannya dasar jimat cermat dan iktibar yang sepatutnya diambil pada tahun-tahun kesuburan bukannya tahun-tahun kemelesetan yang terpaksa mengikut kisah nabi Nuh a.s. yang memerlukan catuan yang rapi akibat daripada dilanda ribut taufan yang ganas. Akibatnya tabung duit rakyat yang sepatutnya menjadi tunggakan kepentingan masa depan digunakan seperti wang Pertronas dan KWSP.

Beliau juga memperingatkan kerajaan jangan memperguna atau memperalatkan ayat-ayat Al-Quran dengan menyalahi tujuan ianya diturunkan serta pengajaran secara sempurna bukan secara tebuk-tebukkan dan tempel-tempelan sahaja, seperti sikap

orang-orang Yahudi yang dilaknat Allah kerana beriman dengan sebahagian kitab dan kufur dengan sebahagian yang lain. Peringatan ini jelas dalam surah Al Baqarah yang bermaksud : "Adakah kamu beriman dengan sebagaian kitab dan kufur dengan sebahagaian yang lain ? ..."

Saudara Anwar Ibrahim meminta pegawai-pegawai kerajaan supaya berjimat cermat, sebagai contoh beliau meminta semua pegawai jangan memakai kereta mewah buatan luar negara. Apakah amalan jimat cermat ini hanya untuk pegawai-pegawai bawahan sahaja. Bagaimana pula dengan beliau sendiri. Apakah selama ini beliau belum sedar bagaiama Tuan Guru Nik yang mengamalkan amalan jimat cermat dengan menunjukkan contoh pada diri sendiri bukannya sekadar memaksa orang lain melakukan. Itulah amalan Rasulullah s.a.w. Lihat sahaja rumah Tuan Guru Nik Abdul Aziz, berbanding dengan rumah saudara anwar lebih daripada 25 juta ? Daripada mana datang wang tersebut, kalaulah tidak wang rakyat yang disalah gunakan demi kepentingan dan kemewahan diri sendiri.

Kerajaan Negeri Kelantan telah menjuruskan belanjawaan 98 kepada alat atau panduan meningkatkan kualiti dan kecekapan pengurusan kewangan serta pentadbiran ke arah pentabiran awan yang cekap dan cost-effevtive. Menumpukan projek-projek pembangunan yang dapat memberi kesejahteraan dan keselesaan kepada golongan miskin dan dhaif sama ada pembangunan rohani dan fizikal.

Tetapi dalam pembentangan Belanjawan Negara 98 saudara Anwar lebih memberi tumpuan kepada penurunan cukai korporat, pakaian kulit, sut kain bulu tie dan bow sutera yang semuanya menjurus kepada golongan berpendapatan tinggi. Manakala yang naik pula ialah Pasport, Cukai Jalan, Lesen Memandu, bahan binaan. semuanya pula menjuruskan kepada orang-orang bawahan.

Apakah golongan korparat perlu dijaga bagi menanggani masalah pertumbuhan industri kecil dan sedarhana (IKS) yang tak stabil, lebih penting daripada mereka yang berpendapatan rendah dan golongan miskin yang kais pagi makan pagi ?. Tiada resional penurunan cukai pada pakaian kulit dan tie untuk kepentingan golongan bawahan. Apakah penoreh perlu memakai tie untuk menoreh ? Apakah nelayan perlu pakai pakaian kulit untuk ke laut ?

Apakah kerajaan akan menurun cukai apabila mendapat bantahan rakyat apabila dekat dengan pilihan raya sahaja, sebagai belaku dalam menghadapi pilihan raya kecil Changkat Jering di Taiping, Perak dan pilihan raya kecil DUN Sungai Bakap.

Kita menjadi makin musykil apabila kerajaan mengenakan lesen RM50 dalam Belanjawan 98, dengan tiba-tiba boleh mengubah kepada RM30 dengan alasan mangambil pandangan rakyat belum lagi sesi Dewan habis bersidang. Manakala semua rakyat pula berasa lega dan memuji kerajaan tanpa menyedari bahawa lesen tersebut telah naik 50%. Inilah permainan politik UMNO dan BN. Rakyat mudah ditipu dan tak banyak berfikir. Bayangkan apakah selama ini, semasa kerajaan hendak mengenakan bayaran RM50 itu, mereka tidak berfikir kenaikan itu terlalu tinggi dan membebankan. Mereka yang merangka belanjawan bukanlah bodoh sangat. Meraka juga angkup menjawab pada mula tidak akan mengubah penderian, dengan alasan bahawa sudah 25 tahun lesen tidak naik. Tetapi akhirnya mereka akur dengan kepetingan politik dekat pilihan raya atau permaianan politik mereka untuk menanggani hati rakyat.

Anggaran hasil Negeri Kelantan bagi tahun 1998 ialah sebanyak RM184.81 juta iaitu bertambah sebanyak RM7.88 juta jika dibandingkan dengan Anggaran 1997. Jumlah ini terdiri daripada hasil cukai sebanyak RM47.89, hasil bukan cukai sebanyak RM74.08 juta dan terimaan bukan hasil sebanyak RM62.48 juta. Berbeza sekali dengan Belanjawan Negara 98 sebanyak RM64,124 juta yang mana 44.0% daripada cukai pendapatan dan 25.9% daripada cukai tak langsung. Ini cukup mengambarkan bahawa negara kita adalah negara yang penuh dengan cukai. Ust. Fadhil Mohd Noor dalam Ucapan Dasarnya ke-43 menyifatkan sebagai 'Daulah Jibayah' (Negara Cukai).

Satu perkara lagi ialah dalam anggaran Belanjawan Negeri Kelantan 98, akaun kerajaan masih lagi mengalami defisit sebanyak RM28.02 juta. Kedudukan ini lebih baik jika dibandingkan dengan tahun 1997 iaitu sebanyak RM32.11 juta.

Walaupun kerajaan kelantan mengalami defisit dalam belanjawan, tetapi rekod prestasi Kewangan 1991-1995, kerajaan sentiasa mempunyai lebihan (SURPLUS) kewangan pada akhir tahun. Sebagai contoh pada tahun 1993 sahaja dalam belanjawan kerajaan mengalami defisit sebanyak RM27.27 juta tetapi dalam belanjawan sebenar kerajaan mengalami lebihan sebanyak RM30.33 juta. Jelas menunjukkan suatu contoh jimat cermat yang baik dalam pengurusan kewangan.

Berbeza sekali dengan anggaran belanjawan negara 98 yang mengalami lebihan RM3,934 juta. Dalam perbelanjaan sebenar negara mengalami banyak masalah kewangan. Ini jelas terbukti salah satu sebab penangguhan projek-projek Mega Mewah.

Kita bimbang dengan polisi ekonomi negara yang banyak memberi fokus utama kepada kemajuan pembangunan serta kurang mengambil aspek keadilan, dengan itu rakyat, khususnya Melayu Islam akan ketinggalan dalam arus pembangunan. Yang menjadi perhitungan ialah negara terus maju walaupun kemajuan sebenarnya dinikmati sebahagian sebesar oleh kaum bukan Melayu Islam dan segelintir boujuis Melayu yang berada di keliling golongan elit yang berkuasa. Nyata gabungan antara golongan elit yang memerintah dan 'selected fews' terus mengeksplotasi dan membolot kekeyaan negara dengan rakus. Menurut laporan kajian yang telah dibuat oleh United Nations Human Development Report (1996) menunjukkan negara kita adalah negara asia yang mempunyai 'income inequality' yang terbesar dengan 40% golongan termiskin hanya menikmati 12.9% kekayaan negara.

Akhir sekali rakyat akan terus dibebani dengan pelbagai kenaikan harga barangan serta keperluan harian dibawah pentadbiran yang tak bertanggungjawab.

Tok Ayah