AWAS : BILIK GERAKAN BN SUDAH BEROPERASI !

Kekalahan calon BN Ismail Kassim, ditangan calon PAS Ustaz Hashim Jasin dalam pilihan raya Parlimen Arau pada 4 Julai yang lalu amat menge- cewakan dan memalukan pucuk pimpinan BN teruta- manya Dato' Seri Dr. Mahathir Mohamad. Kemeroso- tan bilangan undi kepada calon BN dari 16,266 ke- pada 11,541 berbanding pilihanraya 1995 iaitu se- banyak 29.05% merupakan satu penurunan yang be- gitu mendadak. Walaupun sehari selepas kekalahan BN, RTM, TV3 dan akhbar-akhbar milik kerajaan me- laporkannya dalam bentuk yang ringkas iaitu PAS menang tipis, tapi pada hakikatnya merupakan se- suatu yang diluar dugaan.

Sebaik saja keputusan pilihan raya diumum- kan, Dato' Seri Shahidan Kassim membuat kenya- taan bahawa kekalahan BN berpunca dari "Sikap Kami Boleh" atau keyakinan untuk menang yang terlalu tinggi. Apabila Dr. Mahathir pula ditanya ber- hubung dengan kekalahan ini, beliau menjawab "Bukan Shahidan seorang saja yang patut diper- salahkan". Bermakna ada lagi orang-orang lain yang menjadi sebab dan musabab kekalahan BN di Arau. Kegairahan Team Anwar untuk menjatuhkan Dr. Mahathir dalam persidangan UMNO pada bu- lan Jun yang lalu adalah salah satu punca kekalahan BN di Arau. Beberapa minggu sebelum per- sidangan bermula, TV3, Utusan Malaysia dan Berita Harian menyiarkan berita pergolokan politik di Indonesia. Berita perletakkan jawatan Presiden Suharto yang disusuli dengan desakan rakyat Indonesia supaya membicarakan Suharto berhubung kekayaannya dan keluarganya yang dianggar- kan bernilai US$40 billion yang dikumpulnya selepas 32 tahun memerintah Indonesia. Rakyat Indonesia menyalahkan Suharto kerana lebih mementingkan semangat nepotisme dan kronisme da- lam usaha memulihkan ekonomi Indonesia. Beberapa hari sebelum bermulanya persidangan UMNO, muncullah Panglima Ahmad Zahid Hamidi dengan pendedahan beraninya bahawa di dalam UMNO pun wujud unsur nepotisme dan kronisme. Dia mencabar akan membuat pendedahan nama-nama pemimpin UMNO yang terlibat dengan aktiviti pilih kasih dalam pembahagian tender kerajaan dan dalam usaha kerajaan membantu syarikat-syarikat yang bermasalah dari segi kewangan di per- sidangan UMNO di Kuala Lumpur baru-baru ini. Di mana kebanyakan pemimpin koprat yang men- dapat pembelaan dan bantuan kewangan dari kerajaan di masa kemelesetan ekonomi ini ialah mereka-mereka yang rapat dengan Dr Mahathir seperti anak Dr. Mahathir sendiri iaitu Mirzan Mahathir, Tajudin Ramli dan lain-lain lagi. Pendedahan Dato' Ahmad Zahid Hamidi yang bertujuan untuk menyelar ketidakadilan Presidennya dan mencari sokongan untuk Team Anwar dari perwa- kilan UMNO yang bakal hadir ke persidangan itu mendapat liputan meluas oleh media massa tempa- tan yang dikuasai oleh Team Anwar ke seluruh pelusuk ceruk rumah-rumah yang memiliki TV. Tetapi sayangnya, usaha Panglima Zahid dengan mudah saja dipatahkan oleh Panglima Tertingginya, Dr. Mahathir yang sudah lama memakan bermacam-macam jenis garam berbanding Panglima Zahid di dalam perjuangan UMNO.

Walaupun Ahmad Zahid Hamidi "gagal" dalam misinya di persidangan itu tapi hasil liputan meluas yang dibuat oleh media massa tempatan berhubungan sikap nepotisme Suharto, serta pendedahannya adanya amalan nepotisme didalam UMNO, membangkitkan satu rasa kebenciaan

yang membara dalam jiwa rakyat Malaysia terhadap Suharto dan sesiapa jua yang mengamalkan dasar nepotisme. Walaupun persidangan UMNO telah la- ma berakhir tetapi perkataan nepotisme dan kronis- me sangat berhantu. Sesiapa saja dikaitkan dengan dua perkataan keramat ini akan disamakan dengan Suharto yang mengunakan kedudukannya untuk mengumpul harta peribadi tanpa mengambil peduli penderitaan rakyatnya dalam menghadapi situasi kemelesetan ekonomi. Inilah yang menakutkan Dr. Mahathir dan dia bagaikan dikejar oleh hantu apa- bila ada orang bercakap tentang nepotisme dan kro- nisme. Sehinggakan beliau menegur media massa tempatan supaya jangan lagi menggunakan perka- taan-perkataan yang diimpot dari negara asing itu kerana ia boleh menjatuhkan kerajaan yang me- merintah sekarang ini. Kesempatan ini telah diper- gunakan sepenuhnya oleh PAS untuk mengaitkan pemilihan Ismail Kassim iaitu adik Dato' Seri Shahidan Kassim dalam pilihanraya Parlimen Arau sebagai satu amalan nepotisme. Hasilnya BN ke- cundang dengan kemerosotan undi sebanyak 29.05% berbanding pilihanraya tahun 1995. Kekala- han ini bukan silap Dato' Seri Shahidan Kassim se- orang saja tapi ramai lagi yang terlibat seperti Ketua Pemuda UMNO ; Ahmad Zahid Hamidi, Ketua Pen- garang Kumpulan Utusan Melayu ; Datuk Johan Jaafar, Ketua Pengarang Kumpulan Berita Harian ; Datuk Ahmad Nazri Abdullah dan beberapa orang penting di TV3 yang merupakan penyokong-penyo- kong Anwar. Mereka pada mulanya hanya hendak menghalau beberapa ekor" nyamuk" di dalam ke- lambu tapi akhirnya membakar kelambu secara tak sengaja.

Beberapa minggu selepas post mortem ke- kalahan BN di Arau, punca-punca kekalahan di Arau telah dikenal pasti untuk diambil tindakan. Kumpulan Utusan Melayu dan Berita Harian yang dimiliki oleh UMNO itu telah memecat Ketua Penga- rang masing-masing kerana "dosa" yang telah me- reka lakukan kepada UMNO. Penyusunan semula struktur pentadbiran media massa milik UMNO dili- hat sebagai petanda kepada kita bahawa bilik gera- kan pilihanraya BN di Angkasa Puri, Sri Pentas, Kumpulan Utusan Melayu dan Berita Harian sudah mula beroperasi. Langkah kedua yang diambil oleh "Bilik Gerakan" ini ialah mengharamkan pengguna- an perkataan nepotisme dan kronisme di semua media massa milik UMNO. Langkah ketiga ialah mencipta isu-isu nasional untuk meraih so- kongan padu dari rakyat untuk bersatu menyo- kong kerajaan seperti isu pemindahan kemudahan pemeriksaan Kastam, Imigresen dan Kuarantin (KIK) dari Tanjung Pagar ke Woodlands, isu penye- baran fitnah Sukom 98 melalui Internet dan isu kenyataan Kedutaan Amerika di Malaysia mengenai kemungkinan mereka akan diserang. Dijangkakan banyak lagi isu-isu lain yang akan digunakan oleh "Bilik Gerakan" ini untuk mengajak rakyat Malaysia bersatu bersama kerajaan bagi menentang anasir luar. Mana-mana Parti Pembangkang yang meng- kritik kerajaan berhubung isu yang dibangkitkan nanti akan dilabel sebagai pengkhianat kepada Negara. Akhir sekali, negeri-negeri yang dikenal pasti mempunyai masalah untuk berdepan dengan Parti Pembangkang melalui lawatan kerja Dr. Mahathir yang sedang rancak berjalan sekarang ini akan diberi penekanan oleh "Bilik Gerakan" ini. Menurut analisis politik, Terengganu merupakan se- buah negeri yang disenaraikan sebagai bermasalah oleh Dr. Mahathir kerana secara tiba-tiba sahaja hampir tiap-tiap hari Negeri Terengganu yang sela- ma ini sunyi sepi seperti ketinggalan dari segi pem- bangunan mendapat liputan Berita Perdana.

Janganlah kita terlalu berbangga dan alpa dengan kemenangan di Arau kerana BN seme- mangnya sudah mula menggerakkan jentera pilihan rayanya ke arah menghadapi Pilihanraya Umum. "Bilik Gerakan" BN tidak sama dengan Bilik Gera- kan PAS. Bilik gerakan mereka sebenarnya bukan di Bangunan UMNO seperti di Dungun ini tetapi bilik gerakan mereka ialah di Angkasapuri (RTM), Sri Pentas (TV3), Pejabat Utusan Melayu dan Pejabat Berita Harian. Medan ceramah mereka bukanlah di padang-padang yang luas seperti kita tetapi di kaca TV dan suratkhabar-suratkhabar yang boleh dida- pati di mana-mana saja. Pendengar mereka tidak perlu dimaklumkan melalui poster-poster seperti kita malah mereka memang siap sedia menunggu setiap hari jam 8:00 pm - 9:00 pm dengan secawan kopi ditangan mereka. Sekiranya 60% dari rakyat Malay- sia yang berjumlah 19.65 juta (mengikut statistik 1996) memiliki TV, bermakna seramai 11.79 juta daripada kita memiliki TV. Sekiranya 60% daripada 11.79 juta menonton Berita Perdana setiap hari ber- makna seramai 7.07 juta rakyat Malaysia menonton Berita Perdana setiap hari. Sekiranya 60% dari mereka terpengaruh dengan dakyah TV, bermakna seramai 4.24 juta orang yang perlu "dibasuh" kem- bali oleh penceramah PAS. Sekiranya ia dibahagi- kan sama rata kepada 14 buah negeri di Malaysia, bermakna Negeri Terengganu perlu berceramah kepada 302,857 orang pendengar bagi membersih- kan dakyah yang telah disampaikan oleh kerajaan. Sekiranya setiap satu ceramah, kita mampu mengumpulkan 5,000 orang pendengar bermakna kita perlu mengatur 61 sesi ceramah untuk menang- kis semua dakyah yang berkumandang di TV. Kita selalunya terpaksa mengandakan usaha kita untuk berdepan dengan propaganda kerajaan.

Oleh : Abu Fahim