Tuan Guru Nik Abd Aziz Telah Merencatkan UMNO Kelantan

(BAHAGIAN KEDUA)

Jika saudara selalu mengikuti perkem- bangan Part PAS melalui suratkhabar rasminya Harakah, tentu saudara mengetahui bahawa PAS Negeri Kelantanlah merupakan Negeri yang paling berjaya menambahkan bilangan keahlian- nya secara besar-besaran berbanding dengan negeri-negeri lain. Jarang kedengaran berita sensasi tentang kemasukkan ahli-ahli UMNO atau daripada Bekas Parti Semangat Melayu 46 secara besar-besaran ke dalam Parti PAS di Terengganu.

Keberkesanan methodologi dakwah yang digunakan oleh sahabat-sahabat kita di Negeri Kelantan seharusnya dikaji dan didokumentasi- kan untuk kegunaan Parti PAS di tempat-tempat lain terutamanya di Dearah Dungun ini di dalam usaha untuk menawan Parlimen Dungun dalam pilihan raya yang terdekat ini.

Pada hekmat saya, perubahan selera po- litik yang berlaku di Negeri Kelantan, sedikit se- banyak mempunyai perkaitan yang rapat dengan cara gaya ke- pimpinan yang ditonjolkan oleh Tuan Guru Nik Abd. Aziz. Selain ketajaman fikiran sebagaimana yang dihuraikan pada beberapa minggu yang lalu, Tuan Guru juga amat disegani oleh para pe- mimpin dan penyokong-penyokong UMNO kerana kepakarannya dalam berkomunikasi dengan masyarakat setempat.

Ketika Parti PAS bersama Angkatan Perpaduan Ummah menawan pilihan raya Negeri Kelantan pada tahun 1990, UMNO cuba untuk mengapi-apikan masyarakat bukan Islam melalui MCA tentang "bahayanya" golongan berserban dan berjubah. Perkara ini lebih ketara apabila Kerajaan Negeri Kelantan di bawah kepim- pinan Tuan Guru Nik Abd. Aziz mengezetkan undang-undang untuk mengharamkan judi dan penjualan arak secara terbuka. Untuk menjelaskan tujuan dan objektif Kerajaan negeri Kelantan berhubung pengharaman tersebut, Tuan Guru telah bersemuka dengan wakil-wakil masyarakat Cina, Siam dan India. Walaupun pada mulanya, terdapat penentangan yang begitu hebat, tetapi setelah berdialog dengan Tuan Guru akhirnya masyarakat bukan Islam akur dengan bahaya dan kemudharatan kedua-dua 'bapak' kepada penyakit sosial iaitu arak dan judi.

Sikap keterbukaan dan sensitiviti Tuan Guru untuk mendengar keluhan wakil-wakil masyarakat bukan Islam melalui pertemuan-pertemuan berkala akhirnya dapat melenyapkan imej pelampau yang dilemparkan oleh UMNO kepada PAS bagi menolak sokongan masyara- kat bukan Islam di Negeri Ke- lantan kepada PAS. Akhirnya UMNO sudah kehilangan mo- dal untuk dijadikan bahan putar belit didalam kempen- kempen Pilihan Rayanya.

Di masjid-masjid atau surau pula, Tuan Guru meru- pakan seorang pendakwah yang sangat berkesan dalam penyampaian mesej dakwah- nya. Apabila menerangkan perihal Hari Pembalasan, azab atau seksaan beliau berjaya untuk melahirkan rasa gerun dihati hadirin yang ha- dir, begitu juga apabila mene- kankan soal-soal tanggung- jawab dalam perjuangan, be- liau berjaya mengelisahkan hati-

hati pejuang yang masih belum menu- naikan tanggungjawab mereka kepada Allah. Kadang-kadang apabila bergu- rau, beliau mampu mengukirkan se- nyuman dari seorang yang bengis. Pendek kata, penggunaan nada dan kata-kata beliau dipelbagaikan berse- suiaan dengan suasana dan pende- ngar. Dalam buku "NLP The New Technology Of Acheivement", penga- rangnya mengutarakan bagaimana penggunaan perkataan positif dalam ucapan dapat mempengaruhi pende- ngar untuk bertindak. Tuan Guru ba- gaikan seorang doktor di unit rawatan kecemasan yang cuba menyelamatkan seberapa banyak nyawa yang boleh tanpa mengira kawan ataupun lawan. Beliau dan pimpinan Negeri Kelantan yang lain sememangnya telah banyak menyelamatkan kita dari terus mengha rungi kehidupan ini di dalam satu sis- tem yang bercampur aduk diantara ha- lal dan haram. Sebagai contoh dalam masalah sistem perbankan, hasil tin- dakan Kerajaan Negeri Kelantan me- ngeluarkan semua wang kerajaan dari Bank Bumiputra yang masih berurusan dengan riba. Beliau memberikan teka- nan kepada Bank Bumiputra dan bank- bank lain supaya mewujudkan sistem pinjaman simpanan tanpa riba sebagai alternatif kepada Umat Islam. Usaha PAS yang murni ini telah dijelaskan kepada Masyarakat Negeri Kelantan dengan pendekatan penerangan kepa- da masyarakat setempat tentang ke- pincangan sistem ekonomi, muamalah dan lain-lain yang tidak berlandaskan Islam. Hasil pendekatan kaedah komu- nikasi yang bersesuaian dengan ma- syarakat setempat, barulah masya- rakat Islam mula nampak dan berte- rima kasih kepada Kerajaan Negeri Kelantan di bawah kepimpinan Tuan Guru tentang objektif dan arah tuju yang dibawa oleh PAS. Terima kasih mereka kepada kepimpinan PAS Negeri Kelantan kebanyakannya diter- jemahkan dalam bentuk sokongan pa- du ada sehingga menyertai perjuangan PAS .

Senjata yang ketiga dan ter- penting yang ada pada Tuan Guru ia- lah istiqamahnya beliau dalam mende- katkan diri kepada Allah. Ini mungkin berkat dari asuhan ayahanda beliau Tuan Guru Haji Nik Mat Bin Raja Banjar. Tuan Guru sekeluarga telah di- latih sejak kecil lagi oleh Almarhum ayahanda beliau untuk bangun pada jam 4.00 pagi bagi membaca dan menghafal Al-Quran. Menurut adik Tuan Guru, Nik Din Nik Mat sebagai- mana dipetik dari buku "Peribadi Tuan Guru" karya Hussain Yaakub, "Kalau ada di antara kami yang terle- wat bangun dari waktu yang telah ditetapkan, kami akan dihukum dan paling kurang kami akan dijiruskan de- ngan air sebelum waktu Subuh". Begi- tulah ketatnya disiplin yang dikenakan oleh Almarhum Tuan Guru Haji Nik Mat terhadap anak-anaknya.

Mengikut Ustaz Bunyamin Yaakob, apabila bermusafir keluar dari Negeri Kelantan, soalan pertama yang diajukan oleh Tuan Guru kepada pe- mandunya dan sesiapa saja yang be- rada di dalam kereta ialah di mana kita hendak bersolat Zohor atau Asar begi- tu juga Maghrib atau Isyak ? Beliau sa- ngat berlainan dengan kebanyakan da- ripada kita di mana biasanya soalan pertama yang kita ajukan ialah di ma- na kita hendak berhenti untuk makan.

Pendekatan diri kepada Allah, adalah satu ciri yang penting dalam perjuangan Islam dan merupakan kunci kepada pertolongan Allah dari dua petala langit dan bumi. Ingatkah bagaimana kemenangan perjuangan Islam dalam peperangan Badar de- ngan bilangan tentera Islam seramai 313 orang yang serba kekurangan dari pelbagai aspek termasuklah peralatan senjata tapi masih mampu menewas- kan Musyrikin Quraisy yang kekuatan- nya tiga kali ganda lebih besar dari- pada tentera Islam. Sekiranya kecang- gihan senjata menjadi ukuran, sudah tentu Mujahiddin Afghanistan sudah lama tersungkur di dalam timbusan lautan debu dalam perjuangan mela- wan Soviet. Sekiranya Kota yang ku- kuh menjadi ukuran, sudah tentu Sultan Muhamad Al-Faqih ke-V tidak dapat menawan Konsitenopel yang di- bentengi oleh kubu yang kukuh dan parit air yang dalam. Sekiranya ke- kuatan kebendaan menjadi ukuran untuk mencapai kemenangan dalam pilihan raya sudah tentu PAS tidak akan terdaya untuk menawan Parlimen Arau pada 4 Julai yang lalu. Tetapi masa telah membuktikan bahawa ke- hendak dan ketentuan Allah mengatasi segala-segalanya. Oleh itu jika sese- orang itu hampir dengan Allah maka pelbagai kemungkinan yang mustahil dipermudah dan diperkenankan. Inilah senjata dan keistimewaan yang ada pada Tuan Guru Nik Abd. Aziz dalam usaha dakwahnya.

Sebagai seorang perjuang yang ingin memburu kejayaan dalam sesuatu bidang, selalunya kita akan bertanya siapa yang telah berjaya menerokai bidang itu. Sekiranya ada, kita akan menjadikannya sebagai "Ro- le Model" atau ikutan kita. Kita akan mengkaji bagaimana mereka yang ter- dahulu boleh mencapai ke puncak kejayaan yang menjadi idam-idaman kita. Begitulah juga dengan apa yang berlaku di Negeri Kelantan. Tuan Guru dan kepimpinan Negeri Kelantan bukan sekadar dapat menawan Negeri Kelantan, malah mereka mampu untuk mempertahankan dan mengisi keme- nangan yang sudah hampir lapan tahun usianya. Marilah kita menjadikan Tuan Guru sebagai contoh teladan dan ukuran perbandingan dalam pro- ses pentarbiyyah kita ke arah insan yang sempurna. Sekurang-kurang da- lam tiga aspek perbincangan yang te- lah saya utarakan iaitu penajaman fikiran, berkomunikasi dan pendeka- tan diri kepada Allah.

Dalam usaha menajamkan fi- kiran, kita perlu belajar ilmu mantiq' disamping itu juga kita perlu memper- banyakkan pembacaan dan memper- luaskan ilmu pengetahuan tersebut. Bila kita mempunyai pengetahuan yang luas, maka keputusan dan tinda- kan yang kita ambil akan lebih ber- kesan.

Dalam berkomunikasi pula, sekiranya kita terlibat secara langsung dalam penyampaian maklumat secara syarahan kita perlu mempelbagaikan nada dan menyusun kata-kata supaya kena pada tempatnya. Sebagai contoh dalam menilai penyampaian khutbah Jumaat di Masjid Lama, Sura, pada pandangan saya Khutbah yang dibaca oleh Ustaz Wan Hassan adalah satu contoh yang baik. Orang yang menga- rangnya samada Ustaz sendiri atau pihak ketiga pada pandangan saya mempunyai penguasaan yang tinggi dalam bidang kesusasteraan. Susunan kata-katanya dan bahasa yang digu- nakan memang menyentuh perasaan terutamanya ketika mengulas tentang bagaimana Saidina Umar membantah cadangan kenaikan gajinya oleh saha- bat-sahabatnya.

Akhir sekali dalam usaha untuk mendekatkan diri kepada Allah, saya sarankan supaya kita cuba untuk bangun pagi dan bersolat Subuh di masjid atau surau secara beristiqa- mah. Bagi saya Solat Subuh berje- maah di Masjid adalah satu amalan yang amat sukar berbanding dengan waktu-waktu yang lain. Tetapi seki- ranya kita dapat mengerjakannya se- cara istiqamah, insya-Allah kita akan dapat melangkah satu langkah lagi ke hadapan. Moga-moga tulisan saya ini dapat memberikan manafaat untuk kita semua dalam usaha untuk membaiki diri untuk menjadi seorang insan yang kamil (sempurna) di sisi Allah, Insya- Allah

Oleh : Abu Fahim