BERTEKAD MENCAPAI KEMENANGAN

PERSIAPAN PENGURUSAN KEPIMPINAN & JENTERA PILIHAN RAYA

Persoalan pilihan raya sering disebut. Pelbagai andaian tarikh pilihan raya juga men- jadi tajuk perbualan diantara kita. Tak penting juga soal siapa akan menjadi calon menjadi tajuk hangat diperbincangkan. Ramai dika- langan kita cuba untuk bekerja memenangkan parti, namum sebahagian kecil sahaja yang benar-benar tahu apakah peranan dan tugas- nya dalam parti. Apa pun yang berlaku, yang penting kita mestilah tahu apa yang patut dilakukan. Para pemimpin sepatutnya tahu bagaimana untuk membawa pengikutnya be- kerja dalam organasasi dan pengikut pula sepa- tutnya tahu apa peranannya untuk membantu parti. Dalam begitu ghairah dengan suasana hampir pili- han raya, ramai dikalangan ki- ta begitu yakin dan bangga dengan kekuatan yang ada. Kita begitu optimis bahawa kita boleh menang dalam pili- han raya kali ini. Apatah lagi apabila kita dikejutkan dengan kemenangan yang tak disang- ka-sangka di Parlimen Arau, Perlis dengan majoriti 1,323 undi daripada kalah pilihan raya lalu 6,889 undi.

Persoalan menang dan kalah dalam pilihan raya sepatutnya ba nyak memberi pengajaran kepada kita. Di Terengganu ini sahaja kita pernah menang dan kita juga sentiasa kalah, malah pernah tidak menang satu kerusi pun. Apa yang patut kita teliti ialah kekuatan organisasi kita sendiri. Banyak perkara yang boleh kita ambil penga- jaran daripada beberapa perubahan organisasi pada hari ini. Pada Ijtima' Kepimpinan PAS Negeri Terengganu Kali Ke-3, satu Kertas Kerja Dasar telah dibentangkan untuk menghadapi pilihan raya umum 1999. Beberapa perkara yang perlu kita pelajari daripada pilihan raya- pilihan raya yang kita hadapi ialah jangan terlalu percaya dan bangga dengan kekebalan diri sendiri. Kita boleh mengambil pengajaran daripada kisah tenggelamnya Titanic sebuah kapal yang dianggap paling selamat sekali di dunia pada masa itu. Kapal yang mempunyai 14 kompartmen yang kedap air dan bahagian da- sarnya berlapis-lapis akhirnya karam bersama dengan 1,513 orang penumpang.

Kadang-kadang kita telalu berbangga dan ghairah dengan konsep Islam yang dibawa, memang kita tidak memper- soalkan Islam yang kita bawa itu benar dan hak tetapi ba- gaimana pembawaan dakwah kita perlu di semak. Memang malang kalau kita terlalu bangga dan yakin bahawa kita boleh menang, kerana kita membawa mesej Islam atau kita sentiasa betul dan tidak ada orang boleh mempersoal- kan kerana Islam konsep per- juangan kita.

Setelah kapal Titanic melanggar tepi iceberg yang tajam dan bercerancang, kap- tennya Ernest Smith sedikit pun tidak bimbang meskipun dia sedar bahagian badan kapal itu mula merekah. Ma- lah para pegawainya bersorak dan bangga kerana kapal itu boleh melepasi iceberg. Sebenarnya kerosakkan akibat per- langgaran dengan iceberg itu lebih teruk dari- pada yang disangkakan.

Begitu dengan perjuangan kita, oleh ke- rana kita membawa mesej Islam maka kita pun repuh apa sahaja, kerana Islam adalah jaminan Allah s.w.t. jaminan yang begitu kuat sekali. Kita sedikit pun tidak bimbang dan berwaspada dengan musuh-musuh. Akhirnya perjuangan Islam yang suci itu rosak dan binasa oleh musuh-musuh Islam yang terdiri daripada orang-orang Islam itu sendiri. Oleh itu kita sepa- tutnya membuat penyelidikan

Banyak perkara yang dilakukan adalah sama seperti yang disebut Sudah teratuk baru tergadah. Kerja-kerja yang dilakukan kebanyakkannya diketahui tidak mendatang hasil setelah kita lihat hasilnya kesan buruknya, bukannya daripada kajian atau pandangan jauh yang dirasai dalam pengolahan stategik. apakah kaedah pembawa dan penyampaian mesej Islam kita sesuai atau tidak bukan dengan sekadar berbangga dengan Islam sebagai perjuangan kita.

Terlalu berbangga dan ber- puas hati dengan kemahiran atau kebolehan yang ada hinggakan kita tidak begitu berminat dengan kaedah atau kebolehan yang lain. Kita juga tidak suka kalau ada dikalangan ahli kita yang cuba membawa perubahan dalam orga- nisasi atau dakwah. Sepatutnya kita mengambil iktibar daripada apa yang berlaku pada pembuat jam tangan Swiss yang mengguna gerakan pegas utama sebagai asas pergerakan jam, terlalu baik dan tidak boleh tergugat dengan perubahan yang berlaku. Lagi me- reka telah menguasa 65% pasaran jam dunia. Apabila Intel telah mem- bina cip kuartz iaitu menggunakan ayunan otom sebagai asas jam, pi- hak pembuat jam Swiss meman- dang ringan dan menolak tawaran syarikat Intel. Syarikat Seiko Jepun telah me- ngambil kesempatan ini akhirnya jam kuartz te- lah berjaya sehingga 90% dalam pasaran jam dunia.

Sebahagian dikalangan orang-orang ki- ta selalu memberi gambaran yang salah menge- nai suasana politik persekitarannya. Kadang- kala kita terlalu rasa bangga dengan hasil pencapaian yang dilalui oleh sebagaian dika- langan ahli kita yang berada dibawah kita dengan kedudukan yang sedikit pun tidak boleh disokong oleh kajian dan fakta. Berbangga dengan kemahiran sendiri. atau kekuatan yang ada akan menyebabkan kita menjadi lalai dengan apa situasi sebenarnya.

Begitu juga kadang kala kita mengambil ringan akan ancaman persekitaran. Sebahagian dikalangan kita tidak begitu serius jika dimaklu- mankan bahawa ramai dikalangan orang-orang atas pagar tidak suka akan perjuangan PAS ini disebabkan beberapa faktor kecil sahaja yakni atas sifat dan kerenah penyokong-penyokong PAS sahaja, bukannya konsep Islam yang dibawa. Tetapi ada dikalangan sebahagian pemimpin dalam beberapa kelompok tertentu sebahagian dikalangan ahli-ahli perjuangan PAS memandang ringan sahaja. akibatnya kita tidak pernah berjaya dalam siri-siri dakwah yang kita lakukan.

Banyak perkara yang dilakukan adalah sama seperti yang disebut Sudah teratuk baru tergadah. Kerja-kerja yang dilakukan kebanyak- kannya diketahui tidak mendatang hasil setelah kita lihat hasilnya kesan bu- ruknya, bukannya daripada kajian atau pandangan jauh yang dirasai dalam pengola- han startegik.

Sepatutnya kita sedar tidak ada organisasi yang ter- lalu kuat sehingga tidak mam- pu ditandingi ataupun tidak tewasi.

Faktor-faktor yang men- jadi kerjayaan dimasa yang la- lu tidak semestinya menjamin untuk mencapai kerjayaan dimasa sekarang. Oleh sebab itu corak dan permainan politik mesti diubahsuai dan sentiasa dikaji serta diteliti. Terlalu ber- bangga dengan kerjayaan dan kecemerlangan lalu menye- babkan kita menjadi statik dalam gerakan. Kita tidak menolak kerjayaan lalu adalah usaha yang dilakukan oleh golangan tua dalam parti se- masa mereka muda dahulu. Tetapi perubahan masa dan teknologi membuat manusia sentiasa berlumba-lumba untuk mencapai kerjayaan. Kalau dahulunya seorang itu boleh menamam tanaman untuk dimakan, memancing atau men- jala untuk menjadikan lauk dan boleh menda- patkan apa-apa hanya sekadar dia seorang sa- haja menguasakannya bagi memenuhi keper- luan hidup sekeluarga, tetapi sekarang tidak.. Begitu juga dengan perjuangan parti. Banyak perkara perlu dipecah-pecahkan mengikut kepakaran. Jika kita lambat maka kita akan ketinggalan, yang pasti kita tidak dapat mengembalikannya semula.

BERSAMBUNG.....

Oleh : Zuzally Zukarnain