Minda Pemuda
TOL, CUKAI JALAN & LESEN MEMANDU
- BUKAN BELANJAWAN IKAT PERUT, KAWAL NAFSU,
TETAPI JERUT LEHER GOLONGAN BAWAHAN

Timbalan Menteri, selaku Menteri Kewangan dalam perbentangan Belanjawan 98 pada 17 Oktober 1997 lalu menyifatkan Belanjawan sebagai 'Ubat pahit yang mujarab'. Beliau juga menyatakan bahawa belanjawan kali ini sebagai Belanjawan berhemat melindungi rakyat. Beberapa hari kemudian dalam kenyataannya di akhbar sebagai 'tidak keras'.

Belanjawan 98 menjadi tumpuan segenap lapisan masyarakat berikutan dengan keadaan ekonomi negara yang dilanda rundung dengan serangan nilai Ringgit, kejatuhan saham dan pertumbuhan industri kecil dan sederhana (IKS) yang tidak stabil.

Akhbar dan berita pula di sogok dengan pen- gulas-pengulas yang terdiri daripada intelektual- intelektual dan penulis yang berkepentingan menyokong dengan memberi pelbagai gambaran yang manasabah untuk menyedap bicara dan perbualan.

Sedar atau tidak sedar, sebenarnya kita telah dihantui dengan kenaikan kadar tol oleh Menteri Kerja Raya, Datuk Seri S. Samy Vellu sebelum belanjawan dibentangkan antara 0.74 sen hingga 3.62 sen mulai 1 Januari 1998. Sebelum ini kadar tol telah dinaikkan pada 1 Januari 1997. Pengumuman ini dibuat ketika beliau merasmikan pembukaan Laluan Hubungan Tengah, Lebuh Raya Utara-Selantan (NSE) yang menjadi tulang belakang sistem pengangkutan di Semenanjung.

Lebuh Raya Utara-Selatan Hubungan Tengah (NSCL) merangkumi laluan sejauh 39 km dari persimpangan Batu Tiga di Shah Alam di sebelah utara sehingga kepersimpangan Nilai Utara di selatan me- rupakan laluan pengangkutan penting untuk rakyat. Laluan akan hanya dianggap sebagai lebuh raya tol baru yang muncul seperti cendawan di seluruh negara.

Kenaikan kadar tol ini dinyatakan oleh Pengerusi Plus, Tan Sri Radin Seonarno Radin Soenario adalah untuk menampung kos pengendalian NSE yang gagal ditampung oleh kutipan tol sedia ada. Difahamkan kutipan tol pada tahun lalu berjumlah RM3.3 billion dan Plus hanya membuat pinjaman pokok pada kadar faedah berjumlah RM670 juta. Apakah alasan ini berpunca dengan nilai Ringgit yang jatuh 20%, menyebabkan kadar hutang mening- kat sebanyak 20% ?. Banyak per- soalan yang timbul, tetapi semuanya membebankan rakyat.

Sepatutnya penjanjian konsesi yang ditandatangani antara Kerajaan dengan Plus boleh diubah suai demi untuk kepentingan rakyat. Tempoh konsesi ini boleh dipanjangkan hingga 20 atau 30 tahun bagi mengurangkan beban rakyat dan juga boleh juga mengurangkan beban Plus itu sendiri. Apa yang diungkit kerajaan tidak mahu menanggung beban penang- guhan dengan Plus, sesuatu yang tidak masuk akal.

Kita menjadi makin keliru mengenai Kenyatan Timbalan Penda- na Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 27 Ogos lalu, bahawa arahan kabinet mengkaji kadar penurunan tol. Apakah kajian itu hanya sekadar dongengan untuk menyedapkan rakyat atau meredakan bantahan- batahan yang dibuat.

Bantahan demi bantahan, malah demotrasi juga pernah dibuat, tetapi suara rakyat tidak pernah diendahkan.

Naib Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Saudara Mahfuz Omar dalam kenyataannya semasa mengu- mumkan mengenai Seminar Kejatuhan Ringgit dan Kuasa Pengguna yang akan diadakan di sebuah hotel termuka pada 1 Novem- ber ini mengharapkan kerajaan dan Plus menangani isu kemerosotan nilai

Ringgit 20 peratus dengan berhati-hati dan jangan terlalu membebankan rakyat.

Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (Cuepacs) menyarakan kakitangan kerajaan memulaukan penggunaan lebuh raya sekiranya kadar tol terus dinaikkan.

Kerajaan mengesa rakyat untuk ber- jimat cermat dalam keadaan krisis ekonomi sekarang, tetapi dalam masa yang sama kerajaan menaikkan perbelanjaan rakyat dengan kadar tol baru. Kita juga faham bahawa pihak Kesatuan sekerja telah bersetuju untuk menangguhkan tuntutan kenaikan gaji dan elauan berikutan dengan krisis mata wang tetapi dalam masa yang sama kerajaan dengan sewenang-wenangnya menaik- kan kadar tol.

Kadar Tol baru ken- deraan persendirian ialah 11.24 sen sekilometer ber- banding 10.50 sen sekarang, iaitu peningkatan 0.74 sen. Tol lori dua gandar dinaikan 1.35 sen kepada 18.85 sen sekilometer berbanding 15.50 sekarang. Manakala lori tiga gandar dinaikan 3.62 sen kepada 22.48 sen sekilometer berbanding 20.86 sen seka- rang.

Bayangkanlah jika se- seorang itu berada di Kuala Lumpur ingin balik ke Johor Bahru memerlukan RM 64.00 sekarang untuk bayaran tol dan akan menjadi RM 70.70 pada 1 Januari 98. Adakah ini tidak membebankan ? Adakah perkara ini tidak melebihkan belanja rakyat ?

Gejala ini akan mengurangkan pula amalan balik kampung menjeguk keluarga dan sanak saudara ? Sebahagian besar golongan penduduk kota berfikir dua kali untuk pulang ke kampung.

Kenaikan kadar tol sebenar tidak kena pada masanya, dalam mana Malaysia menghadapi kemerosotan nilai Ringgit. Tambahan pula Belanjawan 98 telah menaikkan kadar cukai jalan untuk motosikal 200 cc ke atas di antara RM50-RM130 kepada RM150- RM400 setahun. Kenaikan ini adalah 260 % merupakan satu kenaikan yang begitu tinggi. Jika dibandingkan pula dengan kejatuhan nilai Ringgit 20%, sebenarnya kenaikan adalah 312% adalah terlalu tinggi untuk golongan pertengahan dan bawahan.

Ini tidak mengambil kira kenaikkan lesen memandu, dimana semua lesen, selain lesen motosikal, lesen memandu antarabangsa (IDP) dan lesen memandu Percubaan (P) dinaikkan kepada RM50 setahun berbanding sekarang RM20 setahun. Lesen IDP dikenakan pada kadar RM150 setahun manakala lesen P pula RM100 bagi dua tahun. Semua lesen belajar (tidak termasuk motosikal) dinaikan kepada RM30 bagi tiga bulan dan RM60 bagi enam bulan.

Kita setuju bahawa lesen motosikal tidak dinaikkan, tetapi bagaiman pula dengan orang-orang yang mempunyai kedua-dua lesen tersebut? Adakah semua orang yang berpendapatan rendah hanya memiliki lesen motosikal sahaja? Semua ini mengelirukan. Jika rakyat membantah dan tidak mem- bayar cukai jalan atau mem- perbaharui lesen tidakan dari segi undang-undang akan diambil. Penguat-kuasan serta sekatan jalan raya akan dibuat bila-bila masa dan rakyat pula akan dikenakan bayaran cukai atau denda. Ini jelas sekali cara kerajaan mengaut duit rakyat. Dalam belanjawan menyebut bahawa 25.9% pendapatan negara datangnya daripada Cukai Tak Langsung Lain iaitu kira-kira RM 16,608.12 juta.

Dalam Ucapan Muktamar Tahunan PAS Ke-43 Bersiap Menghadapi Cabaran 30 Mei 1997, Presiden PAS Haji Fadzil Mohd Noor telah menegaskan Mengenai dasar ekonomi libreral yang menjadi anutan negara kita sekarang, yang mengajar lapisan masyarakat memaksimumkan kekayaan melalui perlonggokan harta tanpa mengira halal dan haram, pembangunan dan kemajuan tanpa mengira aspek keadilan, mengabaikan program berbentuk kebajikan dan kemudahan asas rakyat dan akhirnya mewujudlah segelintir golongan ahli perniagaan yang kaya raya serta mewah dan gelojoh serta rakus. Mereka ini gharar dalam permainan kegiatan manipulasi dan spekulasi terutamanya di pasaran harta- nah.

Rakyat harus sedar dan insaf bahawa kuasa berada di tangannya bukan pada pemerintah yang rakus serta tamak. Kita harus Menjana Kuasa Rakyat.

Tok Ayah