Make your own free website on Tripod.com
DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN DUNGUN
MANIFESTO : PAS GADAI PRINSIP NEGARA ISLAM ?

Dr. Mahathir dan kunco-kunconya nampak telah membuat fitnah lagi bahawa PAS telah mengadaikan prinsip perjuangannya telah menepikan matlamat menegakkan negara Islam dalam manifesto bersama Barisan Altenatif kerana DAP tidak bersetuju.
Apakah Dr. Mahathir telah membaca manifesto tersebut atau suka membuat tuduhan melulu sebagaimana biasanya yang kita tahu. Belum apa lagi dah tuduh Sdr. Anwar lebamkan mata sendiri. Kemuadian Keluarga Sdr. Anwar racun Anwar dan pelbagai tuduhan.
Jika kita buka manifesto tersebut muka surat 9 kita baca ada tertera bahawa matlamat melaksanakan Islam sebagai addin dalam kehidupan masyarakat. Melaksanakan Islam sebagai addin itu bermakna nak dirikan Negara Islamlah dalam ertikata lain. Tahukah bahawa dalam perlembagaan PAS sendiri tiada pun disebut dirikan negara Islam. Adakah ini bermakna PAS tak mahu dirikan Negara Islam.
Nampaknya Dr. Mahathir kurang arif (tak pandai) tentang bahasa. Biasanya kita sebut bukan Islam itu bermakna orang Kafir. Kita tak guna kafir kerana dalam uslud ia agak kasar, tetapi maksudnya kafirlah.
DAP boleh menerima konsep ini tetapi UMNO masih tidak mahu...apakah DAP lebih Islamik daripada UMNO. Kita lihat sendiri bagaiman UMNO didik MCA, pada 5 Oktober baru-baru ini Dr. Ling Liong Sik telah menghina Islam...apakah orang UMNO buta dan tuli.

Tarikh : 28 Oktober 1999