Make your own free website on Tripod.com

Undilah PAS, Tumbangkan BN

BERITA MINGGUAN
Memampar berita atau isu semasa.   Kemaskini Setiap Ahad

  BERITA DPPKD MINGGU KE - 8 2 - 8 MEI 1999  

Bicara Editor
SHIT sejauh mana lucahnya.
     Dulu kita begitu asyid disajikan dengan liputan pembicaraan kes Sukma dan Dr. Munawar Aness yang dikatakan diliwat oleh TPM. Liputan begitu meluas melalui akhbar, tv dan pelbagai media massa. Semua orang tahu apa itu 'liwat' malah perkataan itu tidak menjadi asing lagi bagi kanak-kanak. Perkataan "memasukan kemaluan dalam dubur" juga boleh dibaca dengan jelas dalam akhbar.
     Tidak siapa kata perkara ini lucah, mengaibkan atau memalukan walaupun perkataan ini menyulitkan ibubapa, guru-guru untuk menjelaskannya. tetapi apabila Prof. Shahnon Ahmad menulis novel SHIT@PukiMak@PM semua orang mula melatah....aib, menjijikkan, ada juga hanya baca dua muka surat dah buat komen panjang lebar.
     Sejauh manakah matangnya pemikiran orang kita boleh kita lihat dengan jelas. Berapa ramaikah orang kita yang bercakap mengikut telunjuk pimpinan tanpa disadarkan dengan hujjah yang nyata dan jelas. Begitulah senario politik Malaysia.

Tok Ayah

Isu semasa
SHIT - Peranan PENA dan GAPENA
Novel Prof. Shahnon Ahmad "SHIT' diserang begitu hebat oleh pimpinan UMNO dan kini menjadi senjata pula untuk menyerang PAS dengan alasan Prof. Shahnon Ahmad adalah ahli PAS seumur hidup.
Prof. Shahnon Ahmad bersedia untuk hadir dalam sebarang perdebatan bersifat intelektual, tidak beremosi dan jauh dari prajudis politik untuk mempertahankan diri.
PENA dan GAPENA dua badan penulis yang mewakili golongan punulis belum ada sebarang reaksi. Apakah badan ini akan menjadi semacam badan kehakiman yang telah dibelagu gugat oleh pihak pemerintah serta bersetongkol dengan meraka yang zalim ?
Kita merasa pelik kalau novel yang berbentuk 'satira-politik' dikatakan lucah dan menjijikkan dan sebagainya. Tapi bagaimana pula dengan filem, video, CD yang boleh didapati dengan mudah terdedah secara terbuka digerai-gerai malah terdapat dipasaraya. Harganya pun lebih murah daripada novel SHIT, tidak ada orang yang mempersoalkan. Apakah pimpinan UMNO tidak sedar perkara ini atau membisu, hanya bercakap apabila pimpinan atas bersuara.
Sikap mengampu, mengikut telunjuk dan menjaga kepentingan diri dikalangan pemimpin inilah perlu dikikis. Rakyat perlu sedar dan insaf bahawa mereka seperti ini tidak mampu untuk membawa kepada kemakmuran rakyat amnya.


Fokus Isu Mingguan
Belum siap
Belum siap
Berita selanjutnya

Belum siap
Belum siap
Berita selanjutnya

Berita Khas
Liputan Persidangan UMNO Bahagian Dungun 1999
UMNO Bahagian Dungun telah mengadakan Persidanganya pada 24 April lalu. Minggu ini Liputan berita KHAS akan membuat fokus mengenai usul yang dibawa oleh perwakilan mereka untuk tatapan umum. Pengunjung bolehlah membuat penilaian.
Usul Perwakilan Dungun antaranya ialah usul mengancam kakitangan awam dan swasta serta cadangan membuat tindakan keji kepada mereka yang tidak menyokong UMNO. Usulnya berbunyi "....seperti yang kita tahu setiap perkara yang berlaku mestilah ada sebab dan munasabahnya, jesturu dari perhatian yang dibuat, segala perkara yang berlaku ini disebabkan adanya golongan tertentu yang menyerap masuk secara senyap kedalam jabatan-jabatan kerajaan mahupun swasta dan sekali gus menggunakan platform ini untuk menghasut rakyat membenci kerajaan. Kaedah dan teknik yang digunakan oleh 'komunis' dalam mendapatkan pengasuh dikalngan rakyat keseluruhannya".
Isul seterusnya...
..."kesan dari apa yang dibuat oleh pembangkang dalam pentadbiran kerajaan sehinggakan rashia-rashia penyelewengan kerajaan bocor, malah ada dikalangan kakitangan awam dan swasta secara terang-terang mentang kerajaan. Perkara ini bukan melibatkan kakitangan sahaja, tetapi juga kepada pelajar-pelajar khususnya pelajar sekolah menengah."
Ulasan Usul
Ini menunjukkan jengkal dan jahatnya UMNO.
1. Adakah menyokong parti pembangkang tidak boleh bekerja dengan kerajaan ?
2. Lihat sahaja dimana-mana jabatan kerajaan atau swasta orang UMNO atau orang PAS yang bekerja dengan amanah ? Siapa yang suka ponteng, rasuah dsbnya.
3. Menuduh dan menyamakan orang yang tidak menyokong UMNO sebagai komunis.
4. Dalam perbahasannya, mereka cuba untuk mengambil tindakan keji kepada mereka yang tidak mengikut telunjuknya.
Oleh itu marilah kita bersatu untuk mentang kejahilan dan hasrat dengki UMNO dan pengikutnya. Sama-sama kita jadikan negara kita dan semua struktur organisasi dalam negara kita dipimpinan oleh mereka yang tawaduk kepada Allah s.w.t.


Berita Tempatan

Belum siap
Belum siap
Berita Sepenuhnya


BERITA REFORMASI


Dr. Mahathir boleh mencari Kawasan Selamat ?
Sesuai dengan semangat korban yang dituntut oleh Islam pada setiap kali menjelangnya Aidiadha, maka sukalah saya menganjurkan kepada Dr. Mahathir untuk melakukan korban sebagaimana nukilan yang dibuat oleh Sdra. Anwar Ibrahim lewat perutusan Hari Rayanya yang memetik sejarah silam Imam Nawawi yang diminta oleh Sultan Malikus Saleh untuk mengeluarkan fatwa mewajibkan rakyat mengorbankan harta mereka bagi membantu negara dalam perang. Tetapi Imam Nawawi dengan tegas menyatakan bahawa Sultanlah terlebih dahulu harus mengorbankan segala harta yang dimilikinya yang kemudiannya barulah diikuti oleh setiap rakyat.
Berita Sepenuhnya


ARTIKAL PILIHAN


Teknik dan Strategi Lalikan Sikap dan Pemikiran Pengundi.
Mengapakah orang-orang PAS sentiasa mempunyai hujah untuk menangkis hujah-hujah orang UMNO, dan dengan cara itu mereka berjaya terus mengekalkan fahaman PAS mereka daripada dicairkan oleh kempen-kempen UMNO?
Artikal Sepenuhnya

 PEGUMUMAN
** Maklumat Terkini **

Mesyuarat Agung PAS Kawasan Dungun ke-40
Pihak PAS Kawasan Dungun akan mengadakan Mesyuarat Agung Tahunannya ke-40 pada 30 April 1999 di Dewan Darul Bayan, Pinang Merah.

AJK Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun Sesi 1999/2001
Untuk makluman semua, semua jawatan/Lajnah DPPKD kekal sebagaimana sesi lalu, 1997/1999 melainkansatu pos sahaja yang ada pindaan iaitu Lajnah Kebajikan & Kemasyarakatan. Maklumat/berita sepenuhnya akan diberitahu kemudian setelah pihak kami mendapat mandat(dasar DPPKD) secara rasmi daripada kepimpinan baru..





BILANGAN
PELAWAT

semenjak13 Mac 1999.


RENCAH BERITA


  1. Provokasi Polis
  2. Salahguna Pendaftaran
  3. Lembu dimport, babi ??
  4. Motif Pemberiaan Senjata
  5. Kenyataan Akhbar Pemuda PAS
  6. Tukang Karut Mahathir
  7. Mengapa OIC mmembisu ?
  8. Lima pemimpin Kosovo dibunuh
  9. Kenyataan Anwar terakhir
  10. Mahathir di Mekkah?
  11. Pemuda UMNO Saman Harakah

RENCANA PILIHAN


  1. Perlu ke PKN ?

SURAT PEMBACA




TAZKIRAH


  1. Sifat Kanaah dan Zahid




lembik jugak buat Homepage ni
HARAP MAAF MASIH DALAM PEMBINAAN
TAMAT TAMAT TAMAT TAMAT TAMAT TAMAT TAMAT TAMAT TAMAT TAMAT TAMAT TAMAT TAMAT TAMAT TAMAT TAMAT