Make your own free website on Tripod.com

Undilah PAS, Tumbangkan BN

DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN DUNGUN
Lot 3672, Tingkat 2, Bangunan PAS Kawasan Dungun, Kg. Pak Sabah,
23000 Dungun, Terengganu. Tel/Faks : 09-8445001


  BERITA DPPKD MINGGU KE-6 18-24 APRIL 1999  


Headlines

 BERITA TERKINI
** Maklumat Terkini **

Tindakan Provokasi Punca Keganasan
KUALA LUMPUR: Para saksi yang berada di perkarangan Mahkamah Tinggi mendakwa, tindakan pihak tertentu memukul, merampas telefon bimbit Pengerusi Gagasan, Tian Chua serta rakan yang cuba menolong beliau menjadi punca kepada tindakan ganas yang berlaku Rabu lepas.
Berita selanjutnya


Islam Antarabangsa


Apa motif Amerika jual senjata kepada Mesir ?
Amerika Syarikat (AS) telah meluluskan penjualan senjata bernilai AS$3.2 bilion (RM12.1 ribu juta) kepada Mesir yang terdiri daripada kelengkapan pelbagai jenis termasuk penghantaran pesawat pejuang, kereta kebal dan sistem peluru berpandu Patriot.
Berita selanjutnya

Serbia berniat hapuskan rakyat Kosovo
KELEWATAN Nato menghantar tentera daratnya ke Kosovo bagi melindungi etnik Albania yang sebahagian besar umat Islam menjadikan tentera Serbia bermaharajalela melakukan keganasan dan kekejaman kerana matlamat utamanya ialah untuk mengusir dan menghapuskan umat Islam dari wilayah itu.
Berita selanjutnya

Berita Dalam Negera

Kerajaan BN import lembu, tetapi eksport babi
IPOH: Kerajaan Barisan Nasional (BN) yang diterajui oleh Umno tidak memberikan perhatian serius terhadap bahan makanan sehingga menyebabkan sebahagian besar makanan termasuk daging dan ayam terpaksa diimport dari luar negara.
Berita selanjutnya

Salah Guna Pendaftaran Pengundi
Saban tahun Suruhanjaya Pilihanraya melancarkan gerakan Pendaftaran Pemilih serta Semakan Daftar Pemilih, dan saban tahun juga dakwaan-dakwaan tentang berlakunya penyalahgunaan proses berkenaan diperkatakan oleh mereka yang berkenaan. Kita akan masuk ke alaf baru tidak lama lagi. Kita kini telah maju dalam bidang IT dan penggunaan komputer amat meluas. Cukai yang dikutip daripada rakyat juga telah terlalu banyak yang digunakan untuk meningkatkan keupayaan jentera kerajaan dalam penggunaan komputer.
Berita selanjutnya

Berita Tempatan

Nama Pengundi Lama Hilang.
Beberapa orang yang telah menyemak senarai pendaftar pemilih baru yang telah dikeluarkan oleh pihak SPR mendapatinamanya telah tiada dalam senarai sebagaimana yang lalu. Pihak Pas telah dihubungi dan jurucakapnya memberi jaminan bahawa perkara ini akan diketengahkan. Pihak kami juga telah membuatsemakan secara berkomputer (intenert) dan mendapat sebahagian daripada nama-nama yang telah dikemukan kepada kami telah berpindah pusat menggundi. Oleh itu adalah dinasihat kepada mereka yang telah mendaftar untuk menyemak semula nama mereka.

Awasi Sikap Pendaftar UMNO
Jika anda baru mendaftar pastikan keretan yang diberikan kepada anda adalah betul. Beberapa orang yang telah mendaftar terutamanya di Perpustakaan Awan Dungun mendapati keretan kakinya tidak tercatat apa-apa maklumat. Pihak kami telah menghubungi SPR dan pihak SPR akan menyiasat perkara ini.


Tazkirah

Pesanan & Peringatan Akhir Rasulullah s.a.w.
12 Rabiul Awal, memang hari bersejarah, lahirnya Nabi Muhammad s.a.w., 14 abad dulu. Peringatan Maulid Nabi ini begitu semarak dirayakan dimana-mana. Tak salah memang selagi semua ini sebagai manifestasi rasa sayang dan rindu kepada Rasulullah s.a.w. Sebagai tanda terima kasih tiada terhingga atas pengorbanannya yang luar biasa terhadap ummah.
Tazkirah Sepenuhnya


BERITA REFORMASI


Dr. Mahathir boleh mencari Kawasan Selamat ?
Sesuai dengan semangat korban yang dituntut oleh Islam pada setiap kali menjelangnya Aidiadha, maka sukalah saya menganjurkan kepada Dr. Mahathir untuk melakukan korban sebagaimana nukilan yang dibuat oleh Sdra. Anwar Ibrahim lewat perutusan Hari Rayanya yang memetik sejarah silam Imam Nawawi yang diminta oleh Sultan Malikus Saleh untuk mengeluarkan fatwa mewajibkan rakyat mengorbankan harta mereka bagi membantu negara dalam perang. Tetapi Imam Nawawi dengan tegas menyatakan bahawa Sultanlah terlebih dahulu harus mengorbankan segala harta yang dimilikinya yang kemudiannya barulah diikuti oleh setiap rakyat.
Berita Sepenuhnya


ARTIKAL PILIHAN


Teknik dan Strategi Lalikan Sikap dan Pemikiran Pengundi.
Mengapakah orang-orang PAS sentiasa mempunyai hujah untuk menangkis hujah-hujah orang UMNO, dan dengan cara itu mereka berjaya terus mengekalkan fahaman PAS mereka daripada dicairkan oleh kempen-kempen UMNO?
Artikal Sepenuhnya

 PEGUMUMAN
** Maklumat Terkini **

Mesyuarat Agung PAS Kawasan Dungun ke-40
Pihak PAS Kawasan Dungun akan mengadakan Mesyuarat Agung Tahunannya ke-40 pada 30 April 1999 di Dewan Darul Bayan, Pinang Merah.

AJK Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun Sesi 1999/2001
Untuk makluman semua, semua jawatan/Lajnah DPPKD kekal sebagaimana sesi lalu, 1997/1999 melainkansatu pos sahaja yang ada pindaan iaitu Lajnah Kebajikan & Kemasyarakatan. Maklumat/berita sepenuhnya akan diberitahu kemudian setelah pihak kami mendapat mandat(dasar DPPKD) secara rasmi daripada kepimpinan baru..





BILANGAN
PELAWAT

semenjak13 Mac 1999.


RENCAH BERITA


  1. Kenyataan Akhbar Pemuda PAS
  2. Tukang Karut Mahathir
  3. Mengapa OIC mmembisu ?
  4. Lima pemimpin Kosovo dibunuh
  5. Kenyataan Anwar terakhir
  6. Mahathir di Mekkah?
  7. Pemuda UMNO Saman Harakah

RENCANA PILIHAN


  1. Perlu ke PKN ?

SURAT PEMBACA




TAZKIRAH


  1. Sifat Kanaah dan Zahid




lembik jugak buat Homepage ni
HARAP MAAF MASIH DALAM PEMBINAAN
TAMAT TAMAT TAMAT TAMAT TAMAT TAMAT TAMAT TAMAT TAMAT TAMAT TAMAT TAMAT TAMAT TAMAT TAMAT TAMAT