YB PAS, KeADILan temui rakyat

KEMAMAN: Ahli Parlimen Parti KeADILan Kemaman, Abdul Rahman Yusof bersama Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) Air Putih, Haji Ismail Harun yang baru memenangi kerusi masing-masing pada pilihan raya umun Isnin lalu, mula turun ke padang, Rabu lalu.

Mereka mengadakan lawatan secara tidak rasmi ke Pasar Kemaman menemui peniaga dan orang ramai yang berurusan di situ.

Sebaik sahaja kedua-dua wakil rakyat itu meninggalkan kawasan tersebut, orang ramai di situ mula bercakap dan menyifatkan pemilihan mereka tidak sia-sia.

"Wakil rakyat baru ini lepas menang sudah turun ke padang tetapi dahulu (wakil rakyat BN) bila sahaja diisytihar menang muka terus tak nampak," ujarnya.