Seruan supaya ubah imej

KUALA TERENGGANU: Para wakil rakyat PAS di negeri ini terutama Exco diseru supaya mengubah imej masing-masing agar selaras dengan kedudukan mereka.

Beberapa orang yang kurang berpuas hati dengan 'imej selekeh' beberapa wakil rakyat PAS berharap perkara itu dapat diperbetulkan sebaik mungkin.

Bagi mereka, setiap wakil rakyat tidak perlu mengubah imej sederhana yang ada sekarang sehingga menampakkan penonjolan diri selepas bergelar wakil rakyat atau Exco.

"Kita mahu mereka masih sederhana tetapi kemas, jangan selekeh," ujar seorang daripada mereka.