“Sayyidina Hamzah Yang Gugur Di Uhud Tidak Dimandikan Kerana Tidak Ada Air, Kerana Terkorban Di Tengah-Tengah Padang Pasir”
Ucapan Dr. Mahathir kepada anggota-anggota Barisan Nasional sebahagian daripadanya adalah dari anggota-anggota MIC di Kuala Ketil. Beliau menghuraikan tentang persoalan syahid.
“Selimutkan Mereka Dengan Luka-Luka Mereka, Kerana Di Hari Qiyamat, Mereka
Akan Di- bangkitkan Dengan Urat-Urat Mereka Berdarahan, Warnanya Warna Darah Dan
Baunya, Bau Kasturi” Hadith RasuluLlah s.a.w. mengenai syuhada’ Uhud. Para
mujahid Islam telah syahid dalam peperangan, ditanam dengan pakaian yang
dipakainya dan tidak dimandikan serta tidak disembahyangkan. Hal ini dilakukan
dengan tujuan sebagai penghormatan kepada mereka dan menganggap mereka sebagai
orang yang hidup. Sabda RasuluLlah s.a.w. lagi : “Penghulu para Syuhada’ ialah
Hamzah
Ibn Abdul Muttalib……”
Persoalan : Siapakah yang benar dalam konteks ini ???
Dr. Mahathir dengan kenyataannya
atau
Nabi Muhammad s.a.w. dalam hadithnya???
Saudara-saudara sekalian yang mengaku Allah itu Esa !
Di sini saya paparkan kenyataan pemimpin Islam yang pernah diucapkannya di
satu perhimpunan di Kuala Ketil pada tahun 1986 selepas tragedi kes Memali
yang mengorbankan 14 orang awam dan seorang anggota polis. Peristiwa
berdarah itu telah menyebabkan beberapa pihak yang mengaku mewakili jamaah Islam
bertelagah dalam mempersoalkan, syahid atau tidak mereka yang terkorban itu?
Apakah mereka itu dari golongan ajaran sesat atau mereka berada dipihak yang
benar yang memperjuangkan daulah Islamiyyah? Andainya ajaran mereka tidak sesat,
apakah boleh mereka diiktirafkan sebagai para
syuhada yang syahid
memperjuangkan hukum Allah. Bukankah penentangan mereka adalah terhadap
pemerintah negara sedangkan pemimpin yang memerintah adalah beragama Islam? Dan
jelas sekali bahawa agama Islam sebagai agama rasmi
negara telah termaktub
di bawah Perkara 3 Perlembagaan Persekutuan.
Bagi kumpulan gerakan Islam, peristiwa ini telah menjadi satu catitan sejarah dalam perjuangan mereka, di mana pemimpin gerakan ini adalah seorang yang berjuang atas nama gerakan Islam. Keberanian dan ketegasan pemimpin ini menjadi ikutan mereka dan sebagai lambang kekuatan, yang menunjukkan bahawa ahli gerakan ini sanggup mati atas nama memperjuangkan daulah Islamiyyah yang melaksanakan hukum perundangan Islam. Sebagaimana mereka telah bersumpah setiapkali solat “Sesungguhnya ibadatku, pergorbananku, hidupku dan matiku hanya untuk Allah, Tuhan semesta alam.”
Manakala satu golongan lagi menolak kesyahidan mereka dengan berbagai alasan
atas nama Islam. Bagi mereka anggota polis yang terkorban itu lebih mulia kerana
perjuangannya untuk mempertahankan negaranya dari ancaman ajaran sesat
sebagaimana yang diberitahu oleh ketuanya sebelum melancarkan tindakan? Bukankah
usahanya itu sesuatu yang mulia kerana mematuhi
arahan pegawai atasan tanpa
sebarang keraguan. Di sinilah terbuktinya bahawa anggota polis akan mentaati
(mentakuti) pegawainya lebih dari kebenaran yang sebenar. Sejak awal pengambilan
menjadi anggota polis mereka telah memberi sumpah taat setia sepenuhnya tanpa
berbelah bagi kepada pemimpin tak kira siapa.
Oleh itu bagi menyelasaikan masalah ini maka pemimpin yang Agung telah bangun menyelesaikan kerumitan ini hanya dengan sekali kata-kata lalu menjelaskan segala-galanya. Selepas dari penjelasannya maka tenanglah sekalian rakyat jelata sehingga tiada bantahan lagi. Bantahan hanyalah dari kumpulan gerakan Islam yang kedengaran sayup-sayup.
Bersama ini disertakan kata-kata Hikmah Pemimpin Agung itu sekali lagi
sebagai renungan untuk kita semua, mudah-mudahan kita mendapat iktibar darinya
dan jika sudi, silalah print dan edarkan supaya sekalian rakyat dapat
menghayatinya bersama. Pemimpin Agung inilah yang banyak membangunkan negara
tersayang kita. Lihatlah kehebatan Putrajaya, makcik tua yang
miskin di
kampung pun terpegun melihatnya. Mahligainya, Masjidnya dan pejabatnya, semuanya
sungguh indah belaka!!!
PENDUKUNG PANJI ISLAM