Beribu-ribu kunjungi Masjid Rusila

 


Tuan Guru Haji Abd. Hadi Awang didakap oleh orang ramai yang menyampaikan ucapan tahniah.

MARANG: Masjid Rusila di sini - 15 kilometer dari pusat bandar Kuala Terengganu - kini semakin menjadi tumpuan umat Islam seluruh negara.

Selepas kemenangan PAS di negeri ini dalam pilihan raya umum baru-baru ini dan berjaya membentuk kerajaan dengan Tuan Guru Haji Abd. Hadi Awang sebagai menteri besarnya, Masjid Rusila yang bersebelahan rumah Tuan Guru telah dikunjungi ribuan umat Islam setiap hari.

Mereka mendengar kuliah pagi Jumaat dan khutbah Jumaat yang disampaikan oleh Tuan Guru dan ada di antara mereka yang bermalam di masjid itu. Mereka berkunjung ke situ bukan saja untuk mendengar kuliah Tuan Guru, malahan untuk menyampaikan tahniah kepada beliau dan pimpinan PAS Terengganu atas kemenangan cemerlang mereka.



Jika anda ingin mendengar kuliah Tuan Guru Haji Abdul Hadi Setiap Jumaat dan Kuliah Subuh setiap hari sila ke "Mimbar98" http://get.to/mimbar98.

 

Dipetik Daripada HARAKAH